Anda di halaman 1dari 36

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PERLIS
JALAN BEHOR PULAI
01000,KANGAR
PERLIS

MURID DAN ALAM BELAJAR


PENSYARAH : EN. MUHAMMAD RUDZI
BIN DARUS
AHLI KUMPULAN
ALI MUSTAFA BIN MOHD YUSOFF
890520-03-5109

AZZIADATUR RASYEEDA BINTI AZMAN


910613 – 01 - 5540

FAIZNUR MAISYA BINTI ANNUR SANI


900927-07-5002

MOHD IKHWAN BIN MOHD HADZIR


891127-02-5371
PENGENALAN KEPADA
PERMAINAN RAKYAT
BATU SEREMBAN
APAKAH PERMAINAN RAKYAT ?
Sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek
moyang.
Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan
tradisional pada masa lalu :
 Keseragaman cara hidup nenek moyang kita

Juga dikenali sebagai permainan tradisional.


Ada di antara permainan yang tidak dimainkan lagi tetapi
hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek.
Ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak
sehingga hari ini :
 Congkak
 Wau
BATU SEREMBAN
Juga dikenali permainan Selambut atau Serembat.
Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya
secara individu.
Kebiasaannya secara berkumpulan :
 Dua hingga empat orang atau lebih

Menggunakan buah sebanyak 5 biji.


Buah boleh terdiri daripada :
 Guli kaca
 Biji getah
 Ketulan batu kerikil sederhana besar
 Ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat
Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah
yang berlainan :
 Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan
menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah
satu kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang
teratas dinamakan buah tujuh.
KONSEP PERMAINAN &
MODEL PENGAJARAN
BATU SEREMBAN
KONSEP PERMAINAN
Buah Satu :
 Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan
semua buah tidak menyentuhi satu sama lain.
 Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus
dilambungkan ke udara.
 Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus
dikutip.
 Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah
di atas lantai sudah dikutip.
Buah Dua :
 Cara dimainkan sama seperti buah satu.
 Dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
 Ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga :
 Ada sedikit perbezaan.
 Pada lambungan pertama, satu biji buah akan dikutip.
 Lambungan yang kedua, tiga biji buah akan dikutip
dengan serentak.
Buah Empat :
 Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
 Pada masa sama, pemain harus mengutip kesemua empat
biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima :
 Dimainkan seperti buah empat.
 Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan
mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan
serentak.
 Kemudian, buah ibu dilambungkan ke udara dan pada
masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam
tangan pemain diletakkan di atas lantai supaya hanya
buah ibu sahaja yang akan disambut.
Buah Enam :
 Pemain akan mendapat sedikit perbezaan.
 Pemain akan mendapati bahawa dua biji buah akan
menjadi buah ibu.
 Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara,
sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain
yang terdapat di atas lantai hingga selesai.
Buah Tujuh :
 Urutan daripada buah enam.
 Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus
dilambungkan dengan serentak.
 Kemudian, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
 Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah
tangan.
 Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
 Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga
akan disambut.
MODEL PENGAJARAN &
KAITAN DENGAN
PERMAINAN

MODEL MODEL
SOSIAL PERSONAL
Model Sosial
Direka cipta untuk mengambil peluang demi
membina komuniti pembelajaran.
Bertujuan :
 Membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui
interaksi dengan orang lain
 Cara bekerjasama dengan individu lain secara produktif
 Bagaimana berfungsi sebagai seorang ahli dalam
pasukan atau kumpulan
Mengapa sesuai dengan permainan batu seremban?
 Dapat mewujudkan kemahiran bersosial yang sangat
tinggi
 Interaksi sesama rakan dan guru dapat ditingkatkan
 Dapat bekerjasama sekiranya bermain secara
berkumpulan

Model ini membantu memperkembangkan perspektif


individu dan kumpulan dalam memperjelaskan dan
mengembangkan idea-idea.
 Pemikiran seseorang lebih terbuka kepada idea-idea
orang lain
 Contoh :
permainan batu seremban mengajar seseorang itu tentang
cara bertanding secara sihat
dapat mengajar mereka bertolak ansur sekiranya kalah/perlu
memberi peluang kepada giliran bermain yang seterusnya

 Mod nya lebih menekankan kepada penyiasatan atau


penerokaan secara kumpulan.
 Seperti dalam pembelajaran koperatif
 Main peranan seperti yang dapat dilihat dalam
permainan
mewujudkan kerjasama sesama kumpulan yang sedang
bermain
Model ini membantu pelajar :
 Mengenal pasti pelbagai perspektif sesuatu masalah
 Memahami penaakulan di sebalik pelbagai pemikiran,
berbanding dengan diri sendiri.

Mod interaktif mendorong pelajar :


 Mengumpulkan maklumat
 Membincang dengan menggunakan kemahiran sosial.
 Contoh :
dalam permainan batu seremban, berlaku perbincangan
dalam menentukan peraturan dalam pemberian markah bagi
setiap individu
Menurut Joyce (2001) - model ini melatih pelajar :
 Menggunakan kemahiran mendengar
 Memahami konteks
 Berkebolehan menyusun maklumat serta-merta
 Merangka soalan untuk menyelesaikan masalah
Model Personal
Bermula dari perspektif kendiri seseorang individu.
Cuba menerapkan pendidikan supaya :
 Kita memahami diri sendiri dengan lebih baik
 Bertanggungjawab terhadap pendidikan kita
 Belajar ke arah pencapaian yang lebih optimum
daripada kini
Objektif pembelajaran dapat dicapai :
 Sikap memahami diri sendiri dan bertanggungjawab
dapat dipupuk
setiap pemain mempunyai tanggungjawab masing-masing
untuk mencapai kemenangan dan tanggungjawab
kumpulannya sendiri

 Mempunyai daya usaha yang lebih tinggi untuk bersaing


bagi mendapatkan mata yang banyak
 Memupuk dan mendidik pelajar yang lemah dari segi
koordinasi mata dan tangan
supaya mereka dapat menguasai kemahiran itu dengan lebih
baik
Model menekankan kepada :
 Pembentukan kendiri
 Mendorong pelajar untuk berdikari secara produktif
 Mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab
terhadap matlamat sendiri

Contoh dalam permainan :


 Setiap murid berdikari untuk menguasai permainan
tersebut
 Cuba berfikir dengan membuat pengiraan sendiri
 Murid-murid dapat menguasai kemahiran dari segi
fizikal dan kognitif.
Tujuan model personal :
 Membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu dan
berkeyakinan.

Matlamat utama :
 Pembentukan individu serta pencapaian harga diri
individu.

Maka model personal :


 Pendekatan untuk membentuk dan menyepadukan
aspek emosi serta intelek dalam melahirkan personaliti
yang seimbang
SUMBANGAN TERHADAP
PEMUPUKAN NILAI
PERPADUAN DAN
RANCANGAN P & P
BATU SEREMBAN
Batu seremban boleh memupuk perpaduan dalam kalangan
murid dan guru.
Semasa menjalankan proses P&P :
 Setiap murid dikehendaki membentuk kumpulan dalam 3 orang
satu kumpulan.
 Setiap kumpulan akan berlawan sesama sendiri.
dikehendaki memungut mata sebanyak mungkin

 Pastikan setiap kumpulan mempunyai pelbagai kaum.


 Berbincang untuk merancang strategi bertanding dengan
kumpulan yang lain.
 Permainan akan di tamatkan 10 minit sebelum masa
matapelajaran tamat.
 Kemudian, guru memberitahu dan bertukar pandangan dengan
murid-murid, menanyakan perasaan mereka.
Semasa bermain mereka dapat bergaul sesama sendiri
tanpa mengira bangsa dan kaum.
Semangat bekerjasama dan bersatu padu dapat
diwujudkan antara murid-murid
Jurang antara murid-murid dapat dieratkan
Dapat mendidik pelajar supaya mengenali adat dan
permainan tradisional nenek moyang.
Dapat mengetahui serba sedikit tentang adat setiap
bangsa
 Murid berbangsa Cina dan India yang dapat mengetahui
salah satu permainan rakyat yang dimainkan orang
Melayu

Melalui pengetahuan yang dimiliki, nilai perpaduan


dapat dipupuk dalam kalangan murid.
Lebih bersatu padu dan bertolak ansur antara rakan-
rakan yang berlainan kaum.
SUMBANGAN TERHADAP
PERKEMBANGAN JERI
BATU SEREMBAN
Jasmani
Dapat meningkatkan kemahiran murid dari segi
koordinasi.
 Menggunakan mata dan tangan

Murid-murid perlu mengunakan mata dan tangan


secara serentak dengan cepat dan cekap.
Dapat menguasai kemahiran ketangkasan semasa
melambung batu di udara sambil mengutip batu di
lantai.
Emosi
Murid dapat mengawal emosi dengan baik semasa
bermain.
Mereka perlu bersabar menunggu giliran dengan
tenang tanpa membuat sebarang gangguan.
Mereka perlu menghormati sesuatu keputusan dan
peraturan yang telah ditetapkan.
Rohani
Murid-murid akan bersikap lebih jujur semasa
bermain permainan
 Mereka perlu mengira mata dengan sendiri semasa
membuat penimbangan batu.

Mereka akan jujur dengan diri sendiri dan rakan-


rakan.
Nilai rohani yang positif dapat diterapkan dalam diri
pelajar.
Intelek
Murid-murid akan menguasai kemahiran intelek
dengan lebih proaktif.
Mereka perlu menggunakan kemahiran kognitif untuk
membuat kira-kira secara congak
 kerana mata yang dipungut semasa menimbang perlu
digandakan.

Secara tidak langsung mereka akan mahir dalam


pengiraan matematik iaitu pendaraban.
REFLEKSI
BATU SEREMBAN
Permainan batu seremban ini sangat penting dan
berguna kepada murid-murid kerana :
 Sangat membantu dalam mengembangkan jasmani,
emosi, rohani dan intelek

Ibu bapa harus memupuk minat anak-anak dalam


permainan tradisional.
Sejak kecil anak-anak boleh didedahkan dengan
permainan bagi mengisi masa lapang bersama keluarga.
Ajar anak-anak cara permainan dimainkan dan terapkan
kepada mereka betapa pentingnya ia dikekalkan.
Guru perlu lebih kreatif dalam merancang pengajaran
permainan rakyat dalam kelas
 Supaya objektif tercapai dan dapat menarik minat pelajar.

Pihak media massa harus kerap menonjolkan berita


tentang permainan-permainan tradisional.
Rencana-rencana khas perlu disiarkan bagi
menimbulkan minat para pembaca terhadap sesuatu
sukan.
Diperkenalkan dengan lebih meluas melalui internet.
Dapat membawa imej negara Malaysia di mata dunia
umumnya.
Wajar meneruskan usaha meningkatkan lagi mutu
permainan tradisional
 Agar tidak luput ditelan dek zaman

Kekalkanlah ia di persada seni dan budaya negara agar


generasi akan datang dapat menikmati akan
keindahan warisan seni budaya kita di sepanjang
zaman.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai