Anda di halaman 1dari 8

Akidah

1. Muktazilah mempunyai lima ajaran asas iaitu:

1. Al-Tauhid
o Muktazilah percaya kepada Tauhid iaitu Tuhan itu satu. Mereka berbeza
dari majoriti Muslim dalam menerangkan tentang konsep Tauhid supaya
selari dengan wahyu dan akal. Contohnya majoriti mazhab dalam Islam
menghadapi kesulitan dalam menerangkan sifat Tuhan tanpa
menyamakanNya dengan perwatakan manusia (anthropomorphic) atau
tidak menerangkan langsung maksud tersebut seperti yang tertulis dalam
wahyu. Muktazilah mengatakan sifat Tuhan adalah tidak berbeza dari
zatNya. Dengan kata lain, Tuhan itu Maha Mengetahui, tetapi Tuhan itu
Maha Mengetahui kerana zatNya bukannya kerana Ia mempunyai
pengetahuan yang terasing dari diriNya. Konsep Tauhid ini diterangkan
dalam hasil kerja cendekiawan Muktazilah, hakim agung Abd al-Jabbar
ibn Ahmad.
o al-Qur'an ialah makhluk.
o Tuhan di alam akhirat kelak tak terlihat mata manusia. Yang terjangkau
mata manusia bukanlah Ia. Mereka berdalil dengan firman Allah Ta’ala :

yang bermaksud:

“Maka Nabi Musa berkata: Wahai Tuhan ku perlihatkanlah kepadaku zat


Mu yang Maha Suci supaya aku dapat memandang kepada Mu, Allah
menjawab: Engkau tidak sekali-kali dapat melihat Ku”
Mereka menafikan penglihatan itu berdasarkan kepada tafsiran mereka
akan perkataan “‫ ”لن‬yang menafikan masa sekarang dan akan datang.

2. Al-'Adl - Keadilan Tuhan. Dalam menghadapi masalah kewujudan kejahatan di


dunia, Muktazilah percaya kepada free will (kebebasan manusia). Kejahatan
dilihat sebagai sesuatu yang berlaku kerana kesalahan manusia dalam
melakukan sesuatu. Muktazilah tidak menafikan kewujudan kezaliman ke atas
manusia kerana ini terjadi disebabkan manusia itu menyalah gunakan free will
(kebebasan) yang diberi Tuhan. Dalam menerangkan hal ini, Muktazilah
bergantung kepada doktrin taklif - iaitu hidup ini adalah ujian Tuhan kepada
manusia yang diberikan akal fikiran untuk memilih yang baik dan buruk.
Pada hari Kiamat nanti, mereka akan dihukum Tuhan atas segala nikmat yang
mereka perolehi dan tanggungjawab yang diamanahkan semasa mereka di
dunia. Sekiranya mereka ini menyalah gunakan akal fikiran yang diberi Tuhan,
mereka akan dihukum di neraka. Ini kerana Tuhan telah bersikap adil dalam
menjelaskan jalan yang lurus dan jalan yang sesat dalam kitab suciNya.
3. Al-Wa'd wa al-Wa'id - Janji dan amaran. Mereka berpendapat Tuhan tidak
akan mungkir janji iaitu memberi pahala pada muslimin yang baik dan memberi
azab seksa pada muslimin yang jahat pada hari Kiamat nanti.
4. Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn - Posisi pertengahan. Pendapat ini
dicetuskan Wasil ibn Ata yang membuatnya berpisah dari gurunya Hasan al-
Basri, bahwa mukmin berdosa besar dan tidak bertaubat, dia bukan mukmin
(beriman) tetapi juga bukan kafir (tidak beriman), statusnya boleh dipanggil fasik.
Mereka ini boleh dikebumikan sebagai Muslim, didoakan dan mengahwini
Muslim. Hanya Tuhan yang akan menentukan di neraka mana mereka
ditempatkan kerana neraka itu mempunyai banyak tingkat untuk semua
golongan.
Imam Hasan al-Basri berpendapat muslim berdosa besar masih seorang mukmin
sementara golongan Khawarij mengatakan mereka kafir.
5. Al-amr bil ma'ruf wa al-nahy 'an al munkar - menyeru kebaikan dan
melarang kemungkaran. Menyeru kebaikan terdapat dua jenis, satu yang wajib
seperti tanggangjawab agama (al-faraid) apabila seseorang meninggalkannya
(dayya'aha) dan yang sunat (al-nafila) apabila seseorang meninggalkannya
(tarakaha). Dan bagi melarang kemungkaran, ia wajib kerana kemungkaran itu
adalah salah (qabih). Jika boleh, melarang kemungkaran itu mestilah jalan yang
tidak menyusahkan atau menjadikan kemungkaran itu tidak begitu teruk, dengan
matlamat supaya kemungkaran itu tidak berlaku langsung.
Tafsiran Muktazilah berbeza dengan tafsiran ulama’-ulama’ ahli as-sunnah wal-
jamaa’h. Di mana muktazilah berpendapat bahawa menyuruh kepada perkara
yang ma’ruf dan mencegah perkara kemungkaran mestilah dengan hati terlebih
dahulu, kemudian dengan lidah, kemudian dengan tangan dan sekiranya tidak
mencukupi dengan lidah dan tangan maka dengan menggunakan pedang.
Mereka tidak membezakan antara yang berkuasa dengan tidak berkuasa.
Mereka berdalil dengan firman Allah Ta’ala:
" yang bermaksud:

"Dan jika dua puak dari orang yang beriman berperang maka damaikanlah di
antara keduanya dan jika salah satu di antara keduanya berlaku zalim terhadap
yang satu lagi maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi
perintah Allah."

2. pendapat aswj tentang afalul ibad:

Golongan ini berpendapat bahawa segala kejadian baik atau buruk ditentukan
Allah, tetapi manusia mempunyai pilihan iaitu ikhtiar untuk menentukan untung
nasibnya.

Contohnya : Kehidupan seseorang yang masih boleh berubah sekiranya


berusaha bersungguh-sungguh

Contohnya : Kejayaan adalah daripada titik peluh sendiri bukan usaha orang lain.

Adalah yang terbaik kerana percaya semua perkara ditentukan oleh Allah tetapi
manusia diberi pilihan untuk menentukan hidupnya sendiri.

Af’alul Ikhtiariah

Perbuatan manusia yang lahir daripada usaha & kehendak manusia itu sendiri.

Contoh : i) menunaikan solat

ii) belajar
Af’alul Ittirariah

Perbuatan manusia yang lahir tanpa kehendak atau usaha manusia.

Contoh : menggigil kerana demam atau kerana terlalu sejuk

3. perkara membatalkan akidah:

Ulama berpendapat perkara yang membatalkan akidah dan iman terbahagi


kepada tiga:

 Iktikad
 Perbuatan
 Perkataan

Ulama menyebut dalam kitab masing-masing secara terperinci jenis-jenis perkara di


atas yang boleh mengeluarkan daripada daerah keimanan sehingga membawa
kekufuran.

Secara ringkasnya seperti berikut:

1. Beriktikad adanya Tuhan yang lain selain Allah atau kuasa yang setara
dengannya.
2. Beriktikad makhluk boleh memberi kuasa.
3. Percaya kepada kuasa-kuasa yang lain daripada Allah, seperti jin dan lain-lain.
4. Melakukan perbuatan ibadah seperti orang kafir, contohnya tunduk dan patuh
kepada berhala dan memakai salib dan sebagainya.
5. Menghina al-Quran.
6. Menghina Rasulullah s.a.w dan sunahnya termasuk melukis karikatur yang
menjatuhkan martabat Nabi Muhammad.
7. Menganggap syariat tidak sesuai pada zaman sekarang.
8. Menganggap undang-undang Islam sudah lapuk, kejam dan zalim.
9. Merasa syak dan ragu atas kebenaran Islam.
10. Menafikan perkara yang menjadi maklum dalam agama atau perkara yang
diketahui umum.
11. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
12. Mengaku adanya Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.
13. Menganut fahaman isme-isme yang lain seperti liberalisme dan lain-lain.

4. sbb terjebak ke dalam penyakit akidah:

 Black metal.
 Percaya perkara mistik dah tahyul
 Tilikan
 Percaya bomoh

5. KHURAFAT

·         MAKSUD
-            Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap
mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada
hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat
 
·         CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH
DIAMALKAN
-            mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu
bahaya kepada seseorang
-            mempercayai binatang seperti burung boleh membawa
tuah atau sial
-            membuang ancak bagi menghalau hantu
-            mengunjungi kubur yang dianggap keramat
 
·         FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD
DIKALANGAN UMAT ISLAM
-            iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan
sukar membezakan amalan benar dan khurafat
-            terpengaruh dengan masyarakat yang bebas
mengamalkan perkara khurafat
-            ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan
terkenal
 
·         CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI
KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM
-            menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu
di semua lapisan masyarakat
-            mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat
mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat
-            mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh
masyarakat
 
·         AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN
PERBUATAN KHURAFAT
-            menyebabkan syirik dan batal iman
-            membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
-            menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik

6. Ciri-ciri ajaran sesat yang didapati dalam ajaran-ajaran sesat di Malaysia adalah
seperti
berikut.:-
i. Mengaku dirinya sebagai Nabi dan mendakwa menerima wahyu

ii. Mempercayai ada Nabi-nabi lain selepas Nabi Muhammad.

iii. Mempercayai wahyu masih lagi turun selepas wafatnya Rasulullah saw.

iv. Mengakui dirinya atau gurunya sebagai Imam Mahdi atau mempercayai bahawa
orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa
seperti
Imam Mahdi dan sebagainya.

v. Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula kedalam jasad orang
yang masih hidup.

vi. Mendakwa pengikut-pengikut ajarannya sahaja akan masuk syurga.

vii. Mendakwa gurunya memegang pintu syurga.

BENTUK-BENTUK AJARAN SESAT


Bentuk ajaran sesat yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga bentuk:-
i. Bentuk Ajaran Baru.
Ajaran bentuk tarikat ini biasanya menggunakan berbagai-bagai nama seperti ajaran
Crypto, oleh Mokhtar Hassan di Kluang Selangor, Ajaran Ilmu Hakikat oleh Jahar @
Jarab. Dumin.

ii. Bentuk Tarikat.


Ajaran bentuk Tarikat ini biasanya menggunakan nama-nama Tarikat yang masyhur.
Melalui bentuk ini guru-gurunya menggunakan cara-cara yang berbeza dengan yang
asal
atau diubah suai. Ada juga Tarikat itu diciptakan sendiri oleh pengasasnya seperti
Tarikat
Zikrullah oleh Hasan Anak Rimau / Ayah Pin di Kelantan, Tarikat Khalid dan lain-lain.

iii. Bentuk Kepercayaan dan Amalan Tradisi.


Bentuk ini lumrahnya diamalkan oleh orang yang dianggap Wali kepercayaan kepada
dukun-dukun, pawang, bomoh, atau pembawa ilmu tertentu samaada melalui menurun
dan sebagainya.
Semua bentuk ajaran ini adalah jelas membawa penyelewengan dari segi akidah yang
boleh menjerumuskan pengamalnya kepada kesesatan.
7. al-jahmiah

istilah al-Jahmiyyah adalah berasal daripada nama seseorang yang bernama Jahm bin
Shafwan yang telah dibunuh oleh Salm bin Ahwaz pada tahun 127H. Aliran ini sangat
terkenal dengan dasar pemikiran mereka yang cenderung menggunggulkan akal fikiran
di atas al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih sehingga yang demikian mereka telah
mencipta pelbagai pemahaman yang sesat lagi menyesatkan di dalam agama.

Antaranya ialah mereka mendakwa bahawa


- al-Qur'an adalah makhluk Allah, Allah berada di merata tempat (di mana-
mana),
- menafikan (meniadakan) sebahagian sifat-sifat Allah khususnya sifat
Istiwa' (bersemayam) Allah di atas 'Arasy di atas langit,
- Tangan (al-Yad) Allah dan lain-lainnya.
- Pada peringkat awalnya dia mewujudkan fahaman Jabariah iaitu
fahaman yang mengatakan hamba tiada usaha dan ikhtiar melainkan
bergantung semata kepada Allah. Kemudian, dia memasukkan dalam
ajarannya dengan beberapa fahaman Muktazilah yang berpendapat
falsafah menggunakan akal dan manakala Qadariah pula qada’ dan qadar
semuanya dari hamba tiada kaitan dengan takdir.
- Menafikan sifat-sifat Allah. Katanya “ Kalau Allah itu mempunyai sifat
maka samalah ia dengan makhluk ”.Ini bercanggah dengan al-Quran dan
hadis iaitu semua sifat kesempurnaan itu sifat Allah. Sedangkan sifat
makhluk(manusia) sangatlah berbeza dengan sifat Allah. Mendengar
Allah ialah pendengaran yang seluas-luasnya manakala pendengaran
manusia amat terbatas dan terhad.
- Syurga dan neraka itu akan binasa.

8.
KESAN BERIMAN DENGAN TAUHID RUBUBIYAH, ULUHIYAH & ASMA' WA
INDIVIDU MASYARAKAT NEGARA
(1 )  Beramal utk memperolehi  Berkasih sayang sesama ahli  Berusaha membina
PERBUATAN kebahagiaan di dunia & dalam masayarakt tamadun berasaskan syariat
kesejahteraan di akhirat  Bebas drpd gejala sosial & Islam
perkara maksiat  Memakmurkan dunia
dengan tamadun Islam yang
cemerlang
(2)  Bercakap benar  Menjaga adab ketika  Pemimpin Negara berani
PERKATAAN  Sering menyeru kpd berkomunikasi menyuarakan hak &
kebaikan & mencegah  Menjauhi perkara yang boleh kepentingan demi keadilan
kemungkaran mengeruhkan suasana sejagat
 Sentiasa berzikir memuji seperti mengumpat,  Membela nasib umat Islam
Allah memfitnah, mengadu domba drpd ditindas oleh pihak
& bertengkar tertentu
(3)  Berfikiran terbuka &  Bebas dari unsur-unsur  Berfikir tentang kemajuan &
PEMIKIRAN banyak pengetahuan tahyul & khurafat optimis terhadap
 Yakin dgn kebolehan diri  Berfikiran positif tentang kecemerlangan Negara
sendiri masa depan umat pada masa depan
 Berfikiran positif

(4)  Berani berkata benar demi  Bersatu padu melaksanakan  Berani & berdaya saing
PENAMPILAN mencari & menegakkan tanggungjawab amar makruf  Memimpin Negara kea rah
kebenaran & nahi munkar keselamatan &
 Merendah diri & tidak kemakmuran dunia.
sombong.

Cara tingkatkn iman:

1. Beribadat diri kepada Allah dengan menunail\kan solat


2. Melawat orang sakit supaya sentiasa mengingati mati.
3. Amar makruf nahi munkar.
4. Tahajjud
5. Mengkaji al-quran

Anda mungkin juga menyukai