Anda di halaman 1dari 2

KELEBIHAN

1.KOMISEN JUALAN PERIBADI (Personal Sale)

Para agen AM MOBILE Communication akan mendapat keuntungan apabila membuat


sebarang transaksi jualan. Nilai keuntungan dikira dengan peratus-peratus yang telah
ditetapkan mengikut telco(lihat PRODUK). Peratus keuntungan akan diberi terus selepas
jualan, bukan secara bulanan atau mingguan.

Sebagai contoh: sekiranya anda menjual produk tambah nilai Celcom RM10, komisen yang
akan anda terima adalah 3% = RM0.30. Komisen akan dibayar terus (melalui akaun
deposit) kepada anda setiap kali anda melakukan transaksi produk kepada pelanggan.

Ini bermakna, sekiranya baki akaun deposit anda diandaikan RM100 dan anda melakukan
transaksi kepada akaun pelanggan dengan nilai RM10,server akan menolak baki akaun
deposit anda sebanyak RM9.70 sahaja dari nilai tersebut. Disebabkan transaksi itu, baki
deposit anda yang akan tinggal di dalam akaun deposit anda berubah menjadi
RM90.30.(mesej akan dihantar kepada anda)

2.BONUS DAFTAR AGEN (Agen Daftar Agen)

Para agen AM MOBILE COMMUNICATION boleh mendaftarkan rakan mereka untuk


bersama-sama melakukan jualan topup dengan untung tertinggi. Harga yuran pendaftaran
Agen Baru adalah RM25 sahaja semur hidup. Manakala komisyen atau bonus bagi Agen
yang mendaftarkan agen tersebut adalah RM10. Cara daftar adalah seperti berikut (Rujuk
lamanDAFTAR RAKAN untuk maklumat penuh):

TAIP: AMDAFTAR<>Nama Rakan<>NO H/P rakan yang akan didaftarkan<>(Nama Agen


yang memperkenalkan/No agen yang memperkenalkan)

CONTOH: AMDAFTAR Ahmad Faris 0191234567 (Nor Hani Mohd


Fahmi/0133656565)

HANTAR ke 014-8397450 SAHAJA.

*RM15 akan ditolak dari akaun reload anda, sila pastikan baki anda mencukupi.
*Ambil RM25 tunai daripada rakan anda, komisyen anda RM10.

www.prepaid‐mudah.blogspot.com 
 
 
3.BONUS AGEN PALING AKTIF "AGEN UNGGUL" SETIAP MINGGU

Syarikat mewujudkan satu kaedah pemberian bonus yang diberi nama ‘agen unggul' untuk
setiap minggu dalam laman blog ini. Sebagai tanda penghargaan kepada agen-agen kami,
kami akan mendepositkan RM 5 ke akaun deposit agen yg paling banyak membuat jualan
dalam setiap minggu. Untuk makluman semua, jualan agen-agen akan dikira setiap
minggu, dan mana-mana agen yang membuat jualan tertinggi akan mendapat bonus
sebanyak RM 5 yang mana akan didepositkan terus ke akaun agen tersebut.

Agen-agen digalakkan untuk berusaha dengan sebaiknya untuk mendapat RM 5 daripada


kami pada setiap minggu. Ini adalah sebagai tanda penghargaan syarikat atas sokongan
anda kepada kami. Semoga kita semua akan terus berjaya. Selamat berusaha!

4. BONUS SASARAN JUALAN "AGEN GEMILANG" SETIAP BULAN

Pihak kami akan memberi bonus Target Sales (sasaran jualan) setiap bulan. Bonus ini akan
bermula pada bulan Mac 2010 ini. Pihak syarikat akan membuat sasaran jualan bergantung
kepada jualan agen-agen terdahulu. Buat permulaan, pihak kami akan meletakkan sasaran
jualan RM5000 sebulan bagi semua agen(buat permulaan).

Mana-mana agen yang mempu mencapai sasaran tersebut, agen tersebut akan mendapat
gelaran "AGEN GEMILANG". Bonus RM25 akan dikreditkan ke akaun agen tersebut.
Pengiraan bonus dikira berdasarkan jualan berdiskaun.

Apakah itu jualan berdiskaun? Jualan berdiskaun ialah jumlah jualan dengan harga yang
anda beli dari kami. Contohnya, jika anda menjual Celcom RM10, pihak kami tidak
mengira RM10 sebagai jualan anda. Tetapi kami mengira harga diskaun yang kami beri
kepada anda iaitu RM9.70 sahaja.
 

www.prepaid‐mudah.blogspot.com 
 
 

Anda mungkin juga menyukai