Anda di halaman 1dari 65

Panduan Percuma Wordpress

Ditulis oleh :

Mohd Ramzan Bin Rozali


www.RajaBlog.info
Penyataan Hak Cipta

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian ebook ini dalam apa jua
bentuk dalam apa jua cara sekalipun, sama ada secara eloktronik, fotocopi, mekanik, rakaman untuk tujuan
komersial sebelum mendapat izin dari bertulis dari pihak RajaBlog.info. Pihak kami akan mengambil
tindakan tegas melalui saluran undang-undang jika didapati anda melanggar hak cipta ini.

Disclaimer

Panduan ini dihasilkan dari pengalaman penulis dalam menggunakan wordpress sebagai platform blog dan
ia juga adalah lebih kurang sama dengan mana-mana cara installation manual yang ada di internet kerana
caranya adalah sama.

Penulis telah berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan report ini dengan terbaik, bagaimanapun tidak akan
bertanggung jawab ke atas sebarang kesilapan, kerosakan atau kerugian yang berlaku secara langsung atau
tidak langsung selepas anda mengikuti panduan ini. Maklumat dan teknik yang digunakan telah di imbas
beberapa kali sebelum diterbitkan dan di akui tepat semasa penerbitan.

Wordpress® dan Trademarks mereka telah didaftarkan di bawah Automattics Inc. Blog RajaBlog.info tidak
berkaitan atau di taja oleh Automattic Inc mahupun Wordpress®, Projek OpenSource. RajaBlog.info
adalah web blog informasi mengenai blogging yang menggunakan Wordpress® sebagai platform
utamanya.

Ebook Panduan Percuma Wordpress ini adalah percuma sebagai tujuan membantu rakan-
rakan yang mahu mempunyai blog wordpress sendiri.

Anda tidak dibenarkan untuk menjual ebook percuma ini. Anda boleh meletakkan
ebook ini di laman web anda tetapi tidak boleh diubah – hendaklah berada dalam keadaan
asal. Namun begitu, saya sarankan anda untuk menggunakan link affiliate yang ada untuk
manfaat anda buat masa hadapan (rujuk bahagian akhir panduan untuk maklumat lanjut)
Pengenalan

Panduan Percuma Wordpress Versi RajaBlog ini adalah satu panduan percuma yang
diharapkan dapat menambahkan lagi bilangan blog dengan harapan apabila blog yang ada
semakin meningkat, maka terhasillah lebih banyak blog yang berkualiti dan ditulis oleh
pakar dalam bidang masing-masing,

Meskipun saya sedar terdapat panduan installation wordpress yang telah diterbitkan
dalam bahasa Melayu sebelum ini, namun panduan ini tetap dihasilkan dan ia saya kira
ringkas dan ini adalah asas dalam wordpress. Sesiapa yang belum biasa pasti akan lebih
memahami gambarajah dari teks, bukan? ;)

Huraian demi huraian beserta dengan gambar snapshot digunakan untuk memudahkan
pemahaman anda terutama buat mereka yang tidak begitu biasa dengan teknologi web.
Untuk pengetahuan anda, ebook ini dicipta berdasarkan kepada blog wordpress saya yang
sebenar di www.myanimeonline.com.

Jika terdapat sebarang soalan dan tindakan yang tidak begitu jelas dalam panduan ini, sila
lawati forum rajablog di www.rajablog.info/blog. Selain itu jangan lupa masukkan blog
yang baru anda cipta di direktori Rajablog, http://direktori.rajablog.info.

Mohd Ramzan Bin Rozali


www.RajaBlog.info
ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1 5

MENCARI NICHE 6
MELIHAT TRENDS 9
MENCARI DOMAIN 15

BAHAGIAN 2 18

AKAUN EMAIL UNTUK B LOG 19


INSTALLATION WORDPRESS 21
SEARCH ENGINE OPTIMIZATION (SEO) 26
WORDPRESS.MENULIS ARTIKEL & FUNGSI UTAMA W ORDPRESS 33
MENULIS ARTIKEL & F UNGSI UTAMA WORDPRESS 34
A. MELETAKKAN B LOCKQUOTE 34
B. MELETAKKAN LINK 35
C. MELETAKKAN B OLD( TEBALKAN) 36
D. MELETAKKAN W ARNA 37
E. MELETAKKAN MORE ATAU BACA SETERUSNYA ( SEPERTI READ MORE>>) 38
F. MELETAKKAN KATEGORI & TAG 40
5. SIARKAN ARTIKEL ANDA DENGAN KLIK PUBLISH 41

BAHAGIAN 4: SETTING LAIN 43

MENUKAR TEMA (THEME) 43


PENGAKTIFKAN PLUGIN 47
DAFTAR B LOG DI FEED BURNER 53
MENGGUNAKAN S IDEBAR 56

PENUTUP 60
BAHAGIAN 1

MENCARI NICHE
DAN
MENDAPATKAN DOMAIN
Mencari Niche

Mencari niche adalah penting memandangkan ia mengenai topik yang anda akan tulis dan
uruskan dalam jangka masa yang panjang. Namun jangan terlalu memikirkan mengenai
hal tersebut hingga anda tak berbuat apa-apa.

Mencari niche boleh dilakukan dengan mengenali minat atau niche sedia ada dari laman
web yang sudah establish. Jika anda ada hobi yang selalu dilakukan setiap hari atau setiap
hujung minggu, itu bererti topic berkenaan amat sesuai untuk dijadikan niche blog anda.
Sekarang saya akan menunjukkan cara mencari niche di www.amazon.com
dan di niche mana blog rajablog.info berada.

1. Layari www.amazon.com

2. Pilih Book (atau mana-mana kategori pilihan anda) dari Shop All Departments di
bahagian kiri laman web
3. Pilih Computers & Internet

4. Pilih Home Computing di bahagian Browse


5. Pilih mana-mana sub niche di bahagian ini untuk blog anda. Nota: Sebagai
contoh:

Blogging & Blogs merupakan Niche Rajablog.info

Jadi jika anda perhatikan, rajablog.info berada di niche computers & internet, sub niches
home computing dan barulah sub niche yang lebih dalam iaitu blogging dan blogs. Apa
yang penting adalah tengok dibahagian tepi bilangan produk iaitu disini, 362. Memang
banyak dan ini bererti permintaan adalah tinggi di pasaran. Alasannya mudah, amazon
selaku penjual popular di internet tidak akan menjual sesuatu yang tidak laku.
Melihat Trends
Seterusnya kita mahu melihat Trend atau corak permintaan terhadap niche yang telah
anda pilih melalui google trends.

A. Melihat Trend Carian dari Google.com


1. Layari www.google.com/trends
2. Taip anime atau mana-mana niche yang anda minati.
Nota : Perhatikan Trends semakin menurun.

3. Taip subniche anda yang lain seperti watch anime online.


Nota: Trends semakin meningkat!
4. Taip Naruto, subniches kepada anime.
Nota: Trends naruto juga meningkat!

Perhatikan Trends pencarian anime di internet semakin menurun. Namun ia tak bererti
sub niche anime pun begitu. Jadi saya taip watch anime online dan lihat trend carian di
internet semakin meningkat. Saya dalami lagi niche dengan memilih perkataan Naruto
sahaja pula, iaitu sub niche kepada anime. Lihat, trend carian juga semakin meningkat.

B. Menentukan Persaingan

So kita telah melihat trend carian di internet, sekarang kita akan lihat persaingan topik
yang mahu dipilih pula.

1. Layari www.goodkeywords.com
2. Download & Install perisian tersebut jika anda belum mempunyainya.
3. Kita akan mengira persaingan dengan formula
search result/search demand = ratio (perlu tinggi dari 1)
4. Buka perian tersebut di komputer dan taip naruto anime (gabungkan niche dan
subniche, anime dan naruto)
5. Klik kanan pada baris pertama hasil carian (Naruto anime episode download),
Copy to Clipboard>Copy Selected Rows

6. Menggunakan formula search result/search demand = ratio, maka search


demand/search count adalah 5107.

7. Layari www.yahoo.com dan masukkan keyword “naruto anime episode


download”. Perhatian: letakkan keyword beserta dengan pembuka kata.

Nota: Pembuka kata digunakan untuk mendapatkan definisi dan laman web yang
menggunakan perkataan Naruto Anime Episode Download secara terus.
Tujuan Pembuka kata digunakan untuk mendapatkan definisi dan laman web yang
menggunakan perkataan Naruto Anime Episode Download satu ayat.

Manakala keyword Naruto Anime Episode Download tanpa pembuka kata akan
memaparkan hasil carian salah satu atau lebih dari keyword Naruto Anime
Episode Download di bahagian definisi, seperti ini:

Perhatikan hasil carian yang dipaparkan adalah sepatah perkataan dan bukannya
sepotong ayat seperti tadi. Cara yang betul adalah letakkan pembuka kata

8. Copy jumlah carian di bahagian kanan iaitu 637


9. Paste ke bahagian Search Result di “Ratio Calculator”

10. Lihat kolum Ratio untuk menentukan persaingan.


Nota: Ratio yang semakin besar bererti semakin kurang persaingan.

Kesimpulan: Melihat kepada Ratio dari file tersebut yang besar, kita dapat
simpulkan bahawa persaingan dan demand niche tersebut adalah bagus iaitu
kurang persaingan dan banyak dicari.
Nota Penting: Terdapat pelbagai cara dalam pencarian niche dan InsyaAllah ia akan
dibincangkan dengan lebih details pada masa akan datang. Niche untuk adsense sebagai
contoh perlu menggunakan taktik tambahan dengan mencari keywords dan niche yang
mempunyai nilai cost per click (cpc) yang lebih tinggi, maka anda akan lebih untung.
Mencari Domain

1. Layari domain suggestion di http://domain-suggestions.domaintools.com dan


masukkan keyword pilihan anda berdasarkan trends atau dari perisian good
keywords.

2. Analisa Hasil. Nota : WatchAnimeOnline.com, .net, .info dan seterusnya tidak


ada.

Nota: Perhatikan WatchAnimeOnline.com, .net, .info dan seterusnya tidak ada


kerana semuanya telah ditanda dengan butang gelap, bererti telah diambil.

3. Yang ada hanyalah AnimeOnlineSite.com.


4. Layari who.is dan periksa domain name tersebut sama ada telah dimiliki atau
belum. Saya gunakan Who.is kerana kadangkala data disini pun belum diupdate
dan kita mahu mencari cadangan domain yang lain juga.

5. AnimeOnlineSite.com available, iaitu belum dimiliki.


Hasilnya animeonlinesite.com, animeonlinesite.net dan animeonlinesite.org
belum dimiliki. Seelok-eloknya pilih .com kerana lebih popular, mudah diingati
kerana biasa digunakan dan lebih disukai search engine (fakta search engine
dotcom ini masih saya ragui sebenarnya…)
6. Jika mahu mencari nama domain yang lebih menarik, lihat cadangan di bahagian
bawah.

7. Pilih Mana-mana domain yang berkenan dan hantarkan maklumat domain ke


bahagian support rajablog.info jika anda ingin mendapatkan hosting dari
RajaBlog.com, satu hasil kerjasama dengan planhoster.com. Nota : Untuk tutorial
ini, saya memilih domain MyAnimeOnline.com
BAHAGIAN 2

INSTALLATION
DAN
MENGGUNAKAN WORDPRESS
BAHAGIAN 2 : INSTALLATION DAN MENGGUNAKAN WORDPRESS

Akaun Email untuk Blog


1. Login ke cpanel akaun hosting milik anda

2. Jika anda baru mempunyai hosting, anda harus mencipta email baru. Tujuannya
supaya anda boleh menghantar semua maklumat installation nanti ke email
tersebut. Klik Add/Remove Email accounts di bahagian email management

3. Isikan email address yang akan digunakan untuk akaun wordpress anda. Saya
akan gunakan support@myanimeonline.com sebagai contoh. Anda boleh gunakan
email@domain anda atau apa-apa yang anda inginkan.
4. Klik NO untuk tidak menggunakan mail client.
Nota : Kita akan gunakan email gmail sebagai pusat email yang akan
di ’release’ untuk report kedua nanti. Anda disarankan supaya meneruskan
tutorial ini sehingga habis dahulu sebelum menggunakan gmail sebagai pusat
email.

5. Klik Home di bahagian menu cpanel, disebelah atas.


Installation Wordpress

1. Klik Fantastico di bahagian software. Saya ingin meringkaskan cara installation


dan tidak mahu anda pening kepala, maka saya ajarkan anda untuk menggunakan
fantastico kerana ia sememangnya amat mudah untuk install dari fantastico.

2. Klik Wordpress di bahagian Blogs.


3. Klik New Installation di bahagian kanan

4. Pilih Nama Domain *MyAnimeOnline.com (*domain pilihan anda) di bahagian


Install on Domain.
Nota 1 : Kosongkan bahagian Install on directory jika anda ingin blog di install di
domain utama. Sebagai contoh http://www.rajablog.info/
Nota 2: Isikan perkataan blog atau sebarang perkataan lain di bahagian Install on
directory jika anda ingin blog di install di sub domain seperti
http://www.rajablog.info/blog atau
http://www.rajablog.info/perkataan-lain-yang-anda-isikan
5. Isi butiran yang diperlukan. Jika anda tidak pasti, anda boleh lihat pada contoh
yang saya lakukan di bawah.
6. Klik Finish Installation

7. Penting !: Isikan email address anda.


Nota : Segala maklumat ini akan dihantar ke email anda dan ianya penting untuk
kegunaan pada masa depan

Layari domain anda dan anda sepatutnya dapat install wordpress dengan berjaya. Layari
laman web baru anda dengan menaip domain tersebut, seperti www.myanimeonline.com
SEARCH ENGINE OPTIMIZATION (SEO)

Apa itu Search Engine Optimization (SEO)?

Search Engine Optimization (SEO) adalah proses mengoptimakan carian search engine
seperti google dan yahoo supaya blog anda disenaraikan paling atas dan pada kedudukan
terbaik. SEO adalah cara yang paling berkesan dan merupakan cara utama bagi mana-
mana web dan blog. Boleh dikatakan SEO yang baik = trafik yang tinggi = meningkatkan
promosi @ produk affiliate yang ditawarkan pada blog anda.

Cara Asas SEO Wordpress (mengubah permalink)

Sekarang kita akan tengok satu aspek penting sebelum anda memulakan blogging iaitu
permalink. Ia mampu mengatasi pesaing anda.
Sebagai contoh saya klik salah satu post ini dan perhatikan url ini, terdapat simbol soal
seperti : http://www.myanimeonline.com/p?=1 , iaitu url yang tidak bermakna dan tidak
human friendly berbanding http://www.myanimeonline.com/naruto/naruto-episode-
49.html sebagai contoh. Search engine bot seperti google menggemarkan url yang
mempunyai makna.

Contoh yang baik adalah bila kita klik pada post berkenaan, url tersebut mempunyai
makna dan perkataan, iaitu tajuk post berkenaan. Setelah saya menggunakan teknik
permalink sebegini, iklan adsense saya lebih kerap keluar dan tepat dengan topik yang
dibincangkan.
Kembali ke blog baru tadi, Klik pada Login di bahagian sidebar. Isi Username dan
password. Klik Login.

1. Login ke akaun wordpress blog anda.

2. Klik Settings

3. Klik Permalinks di bahagian sub menu


4. Seterusnya kita akan gunakan Klik Custom, specify below dan isikan
/%category%/%postname%.html.
Nota: Jangan anda terus tekan update. Tunggu sehingga arahan seterusnya..

/%category%/%postname%.html.

5. Buka Notepad dengan klik Windows ->Accessories->Notepad.


6. Klik File -> Save as -> Isikan File name dengan .htaccess dan save as type: All
Files
7. Buka perisian filezilla, perisian ftp anda dan klik file .htaccess di kolum kiri dan
tarik ke kanan

8. Klik kanan file .htaccess di bahagian kanan ftp anda.

9. Klik File attributes


10. Tukar nombor numeric value ke 777

11. Klik Update Permalink Structure


Nota: Permalink Structure Updated akan dipaparkan selepas itu.

Perhatian: Cuba klik salah satu artikel anda dan lihat url artikel tersebut. Ia
sepatutnya berakhir seperti ini:
Anda telah berjaya membuatkan blog anda sebagai supaya lebih Search Engine and
Human Friendly. Bagaimanapun ini adalah asasnya sahaja dan masih terdapat lebih
banyak details yang kita akan bincang pada ebook seterusnya. Ebook ini akan
menerangkan fungsi wordpress supaya anda tahu asas-asas wordpress.
Menulis Artikel & Fungsi Utama Wordpress

1. Login ke akaun wordpress anda


2. Klik Write Untuk Menulis Artikel

3. Tulis artikel anda


4. Gunakan Fungsi asas dibawah:

a. Meletakkan Blockquote
1. Highlight artikel yang mahu di blockquote
2. Klik fungsi blockquote
Contoh hasil Blockquote

b. Meletakkan Link

1. Highlight perkataan yang mahu anda link kan

2. Klik fungsi hyperlink


3. Masukkan link web yang mahu anda rangkaikan

4. Klik Same Window atau New Window


Nota: Same Window bererti laman web yang tersebut akan dibuka dari
laman web anda manakala New Window akan membuka link tersebut
pada tetingkap baru.

c. Meletakkan Bold(tebalkan)
1. Highlight teks yang mahu ditebalkan
2. Klik fungsi Bold

d. Meletakkan Warna

1. Highlight teks berkenaan

2. Klik Fungsi lain


3. Klik fungsi color iaitu seperti 4. Pilih mana-mana color
“A” kesukaan anda.

Berjaya ditukar

e. Meletakkan More atau Baca Seterusnya (seperti Read More>>)


1. Klik di ruang kosong sebelum bahagian artikel yang mahu
disorokkan untuk bacaan seterusnya
2. Klik fungsi more

3. Hasilnya
f. Meletakkan Kategori & Tag

1. Isikan Tags yang anda rasakan sesuai. Tags adalah kata kunci
yang mungkin berkaitan dengan post anda dan mungkin lebih
dari satu kata kunci.

Tags akan menjadi semakin besar apabila makin ramai orang yang
klik pada tags tersebut yang menandakan ia merupakan topik
hangat.

Contoh: Berikut adalah contoh tag pada rajablog.info


2. Isikan kategori artikel di bahagian kategori.

5. Siarkan Artikel anda dengan klik Publish

6. Semak artikel anda buat kali terakhir


Hasilnya
BAHAGIAN 3: SETTING LAIN

Menukar Tema (theme)


Nota: Template yang digunakan dalam contoh ini adalah template lama sebelum saya tukar
kepada template sekarang

1. Layari www.google.com
2. Masukkan anime[atau niche anda] + wordpress theme
3. Pilih mana-mana web yang disenaraikan.

4. Muat turun [download] tema berkenaan.


Nota: Untuk muat turun, sila rujuk web berkenaan. Biasanya terdapat perkataan
Download
5. Save themes tersebut

6. Login ke hosting blog anda menggunakan ftp


7. Klik wp-content
8. Klik themes

9. Upload file themes yang telah disimpan

10. Klik Presentation ->Themes di bahagian administration blog


11. Klik pada gambar theme yang baru untuk installation

Nota: New theme activated dipaparkan. Klik Visit Site untuk melihat themes
tersebut secara terus.

Tema baru berjaya digunakan.


Pengaktifkan Plugin

Plugin adalah fungsi tambahan yang boleh ditambah pada wordpress anda, sebagai
contoh plugin untuk contact form dan seumpamanya. Anda boleh dapatkan pelbagai
plugins yang anda mahukan di wordpress plugins directory.
http://wordpress.org/extend/plugins/

Saya cadangkan anda download plugins yang popular dan top 10 kerana biasanya plugins
tersebut adalah paling berguna dan berkesan ;)
1. Download Plugins yang di inginkan.
Katakan anda download Wordpress Stat dan Save ke Komputer anda.
2. Kembali ke wp-content

3. Klik plugins

4. Drag dan “tarik” ke folder plugins


5. Di bahagian administration, klik menu plugins

6. Aktifkan kesemua plugin yang ada.


Nota: Dalam contoh ini anda akan ditunjukkan installation plugins Akismet, satu
plugins yang menghalang spam
Nota: Salah satu plugin iaitu Askimet akan memaparkan amaran supaya
Wordpress API key dimasukkan.

7. Klik “Akismet Configuration”

8. Klik pada link Wordpress.com di bahagian Akismet Configuration

Nota: Daftar (sign up) di Wordpress.com untuk mendapatkan Wordpress API


key. http://wordpress.com/api-keys/

9. Masukkan API yang diberi melalui email oleh Wordpress.com setelah mendaftar.
10. Klik Update Options

Nota: Options saved akan dipaparkan.

Itulah salah satu contoh cara installation plugins Akismet, satu plugin anti spam. Lain
plugin lain pula cara installationnya tapi asasnya tetap sama iaitu upload ke wp-
content/plugins dan aktifkan di bahagian plugins administration.
Daftar Blog di FeedBurner

1. Layari www.feedburner.com
2. Masukkan url blog di borang yang disediakan dan klik Next

3. Masukkan butiran di borang yang disediakan.


Nota: Jika sudah mendaftar, klik Sign In dan Activate Feed

Masukkan butiran jika belum mempunyai Sign In dan masukkan username &
akaun password
4. Klik Next pada paparan seterusnya. 5. Tanda kesemua kotak kecil yang
disediakan dan Klik Next

6. Klik Edit Feed Details di laman seterusnya dan copy Feed Address
(lihat gambar di bawah)
7. Dapatkan plugins Feedburner. Aktifkan plugin tersebut
8. Klik ke bahagian Setting dan seterusnya Feedburner
9. Paste feedburner url di bahagian no.2, di bahagian administration feedburner dan
klik save.

Nota: Your Settings have been saved akan dipaparkan.


Menggunakan Sidebar

Salah satu kelebihan wordpress adalah sidebar (bahagian tepi blog) yang boleh
diubah dengan senang di bahagian widgets.

1. Klik Design->Widgets

Nota: Pastikan anda melihat gambarajah seperti di bawah. Jika tidak, ini bererti tema anda tidak
menggunkan system widgets dan sila tukar tema yang lain!
2. Di bahagian sidebar, pilih sama ada sidebar tersebut adalah sidebar1 atau sidebar2
(jika template anda menggunakan 2 sidebar) dan klik show.

3. Klik Add pada widget calendar (atau mana-mana widget yang lain).
Nota: Ia akan ditambah ke bahagian tepi di bahagian bawah sekali.

4. Ubah kedudukan dengan drag (klik dan tarik) sahaja. Dalam contoh ini saya
letakkan dibahagian paling atas.

5. Ubah Title dengan klik edit

6. Klik Save Changes untuk update sidebar anda.


Nota: Changes Saved dipaparkan

7. Klik pada Visit Site untuk melihat perubahan.

Nota: Perhatikan bahagian sidebar akan diubah ke sidebar yang baru.


Penutup

Alhamdullillah,pada pandangan saya telah habis asas-asas dari proses permulaan


installation wordpress hinggalah beberapa setting penting yang wajib diketahui oleh
setiap pengguna wordpress.

Saya kira panduan ini adalah panduan asas dan sebarang pertanyaan lanjutan boleh
diajukan di forum Rajablog di www.rajablog.info/forum. InsyaAllah saya akan jawab
secepat mungkin dan diharap anda yang tahu akan selok-belok wordpress juga dapat turut
membantu dan pertanyaan yang penting akan diupdate di ebook ini beserta dengan link si
penanya dan penjawab sebagai bonus.

Selain itu jangan lupa masukkan blog yang baru anda cipta di direktori Rajablog,
http://direktori.rajablog.info. Oh ya, lihat juga muka surat terakhir iaitu beberapa web
rajablog yang mungkin ada manfaat dan kegunaan untuk anda.

Terima Kasih dan jangan lupa layari www.rajablog.info/blog/ dan tinggalkan komen anda
mengenai ebook ini disana.
”Dapatkan Komisen Hingga *50% hanya dengan
sebaran Ebook dan Panduan Percuma RajaBlog! ”

Biasanya anda perlu mempromosikan web berlainan untuk pelbagai


produk tapi kini di RajaBlog, anda hanya perlu promosikan ebook
percuma yang pasti sesiapa pun akan berminat dan akan mendapat
komisen terus setelah mereka mendapatkan produk berbayar yang lain.

Anda hanya perlu promosikan pelbagai produk percuma dan biarkan kami promosikan
produk-produk berbayar kami yang lain. Sekali mereka di bawah anda, anda akan
senantiasa dapat komisen berterusan dari produk yang mereka beli di RajaBlog!

*50% - nilai ini akan berubah mengikut produk yang dibeli. Komisen maksimum adalah 50%.

Dapatkan Link dan Promosikan Sekarang


Rangkaian RajaBlog

Laman Web Utama RajaBlog.info yang


turut menggunakan wordpress.
RajaBlog.info merupakan Bahagian
Informasi RajaBlog. Maka segala produk
dan tips informasi mengenai blog akan
diedarkan oleh RajaBlog.info

www.rajablog.info

Forum RajaBlog.info yang baru


dilancarkan sempena ulangtahun kedua
RajaBlog. Anda boleh bertanyakan
soalan-soalan berkaitan dengan blogging
disana.

www.rajablog.info/forum
Direktori blog RajaBlog yang
mengumpulkan senarai blog dari
Malaysia dari pelbagai kategori.
Penghantaran link secara timbal balas

http://direktori.rajablog.info (reciprocal) adalah percuma manakala


penghantaran link 1 hala hanya $5
hingga ke akhir tahun 2008.

Ruangan Download Percuma dan


Membership RajaBlog.info. Setiap orang
yang dibawa masuk (walaupun ahli
www.rajablog.info/members percuma) akan memungkinkan anda
memperolehi komisen setelah mereka
upgrade ke pelbagai produk RajaBlog.

** Sedang Diperbaharui** Laman Web RajaBlog yang menekankan


www.rajablog.com konsep
Blog Anime dari Kumpulan RajaBlog. Ia
diuruskan oleh saya, Azwan dan Izudin.
Matlamat blog ini adalah untuk
menyiarkan berita dunia anime beserta
episod terbaru siri-siri popular seperti
Bleach, Naruto, Detektif Conan, dan One
Piece. Juga terdapat direct download
untuk manga dan anime tersohor.

www.myanimeonline.com

Laman web yang masih dalam


pembinaan ini merupakan membership
produk-produk internet marketing seperti
Master Resell Rights (MRR), Resell
Rights (RR) dan Private Label Rights
(PLR). Sama seperti RajaBlog.info, ia
mempunyai Blog dan Membership.

www.perpustakaanmaya.com

Anda mungkin juga menyukai