Anda di halaman 1dari 16

USUL FIQH

SESSI 2
BAHAGIAN KALAM
KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM
BAHAGIAN KALAM
SESUATU PERCAKAPAN TERBAHAGI KEPADA DUA: KHABAR DAN
INSYAK
Khabar: sesuatu percakapan yang difahami
daripada seseorang yang boleh kita
mengatakan dia berkata bohong atau benar.
Contoh: berita, peristiwa, cerita.

Insyak: sesuatu percakapan yang difahami dari


seseorang yang tidak boleh kita mengatakan
dia berkata bohong atau benar. Contoh:
suruhan, larangan, seruan, pujian, kejian,
harapan, soalan.
KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM

 AL-AMRU & AN-NAHYU


 AL-MUJMAL & AL-MUBAYYAN
 AL-AM & AL-KHAS
 AZ-ZAHIR & AL-MUAWWAL
 AF’AAL AR-RASUL SOLLALAHU ALAI WASALLAM
 AN- NASIKH & AL-MANSUKH
AL-AMRU (PERINTAH)
 Ertinya: Perintah daripada Allah terhadap
mukallaf melalui Al-Quran dan Hadis.
 Bentuk Lafaz sesuatu suruhan:
1)Fi’il Amr
2)Fi’il Mudhori’ didepannya Lam Al-Amru,
3)Lafaz yang menunjukkan kewajipan seperti kutiba,furida
4)Jumlah khabariah yang difahami sebagai satu perintah.
5)Masdar yang menggantikan fe’el amr.
KAEDAH-KAEDAH LAFAZ AL-AMRU
 Kaedah yang pertama: Asal Al-Amru menunjukkan wajib.
Yang bermaksud, makna hakiki bagi sesuatu suruhan itu ialah
wajib, kecuali jika ada qorinah atau“tanda” menunjukkan yang
membawa hukum selain daripada wajib… contoh:
a) An-Nadbu atau Sunat: didalam ayat hutang: “hai orang2 yang
beriman, apabila kamu berhutang piutang dan perlu dibayar pada
waktu yang ditetapkan maka hendaklah kamu menulis…
hingga ke ayat…maka tak ada dosa bagi kamu jika kamu tidak
menulisnya” ayat ini juga boleh diketogarikan sebagai Al-Irsyad.
b)Ibahah iaitu yang harus: “dan makanlah rezki yang diberikan
oleh Allah”
c)Doa: “wahai tuhan kami,berikanlah kepada kami kebaikan di
dunia dan di akhirat.”
d)Tahdid-Ugutan: jika kamu tidak malu maka buatlah apa yang
kamu hendak
KAEDAH-KAEDAH LAFAZ AL-AMRU
 Kaedah yang Kedua: Perintah selepas tegahan
menunjukkan harus. “Diharamkan keatas kamu memburu
binatang ketika kamu sedang berihram” kemudian “dan selepas
kamu bertahallul maka pergilah berburu.”
 Kaedah yang Ketiga: Qada’ adalah perintah baru.
Yang bermaksud: kewajipan yang sudah luput disebabkan tidak
dilakukan pada waktu yang ditentukan. Maka perbuatan Qada’
ini bukanlah perintah asal tetapi perintah baru. Contoh:
seseorang itu berdosa jika tidak mendirikan solat pada
waktunya tanpa penghalang, dan diwajibkan keatasnya Qada’,
jika dia tidak melakukannya juga maka berdosalah orang itu
buat kali yang kedua.
 Kaedah yang kelima: Perintah melakukan bertujuan
menegah sebaliknya. Contoh: “Wahai orang2 yang beriman,
tetapkanlah iman kamu kepada Allah..” justeru itu beriman dan
menjaga keimanan itu wajib, maka kufur itu haram.
AN-NAHYU (LARANGAN)
 Ertinya: Larangan daripada Allah terhadap
mukallaf melalui Al-Quran dan Hadis.
 Bentuk Lafaz sesuatu suruhan:
1)Tegahan yang menggunakan Fi’il Amr. “jauhilah”
2)Fi’il Mudhori’ didepannya Lam An-Nahyu. “janganlah kamu
mendekati Zina”
3)Lafaz yang menunjukkan makna tegahan seperti:
“harrama,naha”
4)Lafaz orang yang melakukan perbuatan tersebut diancam.
5)Nafi halal.
KAEDAH-KAEDAH LAFAZ AN-NAHYU
 Kaedah yang pertama: Asal An-Nahyu menunjukkan
Haram.
Yang bermaksud, makna hakiki bagi sesuatu larangan itu
ialah Haram, kecuali jika ada qorinah atau“tanda”
menunjukkan yang membawa hukum selain daripada wajib…
contoh:
a) Al-Karahah atau Makruh. Contoh: Sabda Rasulullah S.A.W
yang bermaksud: jika satu daripada kamu memasuki masjid,
maka janganlah kamu duduk sebelum kamu solat 2 rakaat.
b)Doa: “wahai tuhan kami,Janganlah engkau pikulkan
kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya”
c) Al-I’tinas- menenangkan. Contoh: “janganlah engkau
berduka cita sesungguhnya Allah bersama kita..”
d)Ta’dib-mendidik “dan janganlah engkau memberi sesuatu
dengan tujuan mendapat lebih banayak daripadanya”
KAEDAH-KAEDAH LAFAZ AN-NAHYU
 Kaedah yang Kedua: Tegahan sesuatu bereti suruhan
sebaliknya. “Janganlah engkau menyekutukan Allah” ayat
ini menegah kita dari menyekutukan Allah, justeru
berdasarkan kaedah ini bermaksud suruhan yang sebaliknya
iaitu mentauhidkan Allah dan beriman kepadanya.
 Kaedah yang Ketiga: Asal An-Nahyu menunjukkan
kerosakkan secara mutlak. Yang bermaksud: tegahan
yang ditujukan kepada perkara tertentu. Contoh: Solat
seorang wanita ketika haidh, berpuasa di hari-raya, jual beli
binatang yang masih dalam kandungan ibunya. Semua
perbuatan tersebut adalah haram dan tidak sah. Dan sesuatu
yang dilarang itu bermaksud tidak diperintahkan, dan
sesuatu yang tidak diperintahkan adalah batal dan tidak sah
hukumnya. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim:“setiap perkara yang tidak ada perintah kami, maka
ia tertolak”
AL-MUJMAL dan AL-MUBAYYAN
 Erti Mujmal: lafaz yang tersembunyi maksudnya dan tidak
dapat difahami. maka ia memerlukan penjelasan atau
penafsiran daripadaNya atau penjelasan dari Ulamak Fiqh.

 Erti Mubayyan: lafaz yang menjelaskan perkara yang


tersembunyi maksudnya dan yang tidak difahami.

 Hukum beramal dengan Mujmal di dalam Al-Quran dan


Hadis: ditangguhkan sehinggalah ditafsirkan dan dijelaskan
maksudnya yang sebenar. Oleh itu lafaz mujmal memerlukan
Al-Mubayyan supaya mukallaf dapat mengetahui maksud
sebenar daripada lafaz tersebut dan beramal dengannya.
SEBAB-SEBAB MUJMAL
 Tidak dapat ditarjihkan salah satu daripada makna lafaz al-
musytarak disebabkan tiada Qarinah. Contoh: “mawalla” ertinya:
hamba yg dimerdekakan dan yang memerdekakan hamba. Jika
seseorang itu berwasiat supaya hartanya diberikan kepada
muwalla. Maka perlulah ada penjelasan dari si pemberi wasiat.
 Lafaz yang asing, yang tidak difahami makna yang dikehendaki.
Contoh: “Saat yang tetap berlaku…”
 Pindahan daripada makna bahasa kepada istilah syarak. Contoh:
Solat dari segi bahasa ialah: Doa’. Manakala istilah syarak ialah:
segala perbuatan dan percakapan yang bermula dengan takbir dan
diakhiri dengan salam. Di dalam Al-Quran boleh terdapat banyak
suruhan mendirikan solat,tetapi tidak dijelaskan didalamnya cara-
cara mendirikan solat: oleh itu Nabi S.A.W menerangkan cara-cara
solat: “solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.”
AL-KHAS
 Ertinya: Lafaz yang diperuntukkan bagi menunjukkan satu
makna secara berasingan.
Samaada satu dalam bentuk nama orang seperti: Khalid.
Atau satu dalam bentuk jenis seperti: Rajul, Insan, Kaum
Atau banyak dan dapat dikira seperti 80, 100, 40 dll.
 Hukum lafaz Khas:
- Ulamak bersepakat bahawa hukum yang ditunjukan
daripada lafaz khas adalah secara Qat’i dan Yakin. Maqsud
Qat’i disini ialah ia tidak memungkinkan makna2 yang lain
berdasarkan dalil yang ada. Contoh: maka bayaran
dendanya ialah memberi makan 10 orang miskin.
AL-’AM
 Ertinya: Khitab yang menunjukkan pengertian
yang umum dan menyeluruh tanpa batasan.
 Lafaz-lafaz ‘Am:
1) Lafaz kullu, Jamii’, Kaaffah, ‘Aammah. Kullu imri’in. kullu
nafsin.
2) Mufrad yang ada Alif Lam Istighraqiyyah. Az-Zaaniyah.
3) Jama’ yang ada Alif Lam Istighraqiyyah. Al- Mutallaqaatu.
4) Mufrad yang ada Idofah. Maa’uhu.
5) Jama’ yang ada Idofah. Amwaalihim
6) Isim Mausul. Allaziina.
7) Isim istifham. Man(siapakah)
 Hukum lafaz ‘Am:
- Ulamak bersepakat mengatakan tidak boleh
beramal atau berpegeng dengan lafaz ‘Am sebelum
mencari ada atau tiada mukhassisnya. Ulamak
berpendapat demikian dengan dalil. Sahabat pada
mulanya berpendapat Fatimah puteri Rasulullah
berhak mendapat pusaka berdasarkan umum firman
Allah: “Allah perintahkan kamu mengenai
pembahagian pusaka untuk anak-anak kamu…” ayat
ini umum meliputi anak-anak nabi dan semua anak-
anak umat Islam. Selepas itu Abu Bakar memberitahu
para sahabat bahawa nabi ada bersabda: “kami para
nabi tidak boleh dipusakai, apa-apa yang kami
tinggalkan akan menjadi sedekah”
DILALAH ‘AM, ADAKAH IA QAT’I ATAU
ZANNI?
 Pendapat Jumhur Ulamak:
- Dilalah ‘Am sebelum atau selepas pengkhukhusan
adalah bersifat Zanni.
 Pendapat Ulamak Hanafi:
- Dilalah ‘Am kepada makna-maknanya adalah
secara Qat’i selagi ia tidak dikhususkan atau
ditakhsiskan.
- Apabila ia ditakhsiskan maka dilalahnya terhadap
makna-maknanya yang masih tinggal itu adalah
secara Zanni.
 Kesan Perselisihan:

- Takhsis Lafaz ‘Am Al-Quran dengan Lafaz Khas Hadis


Ahad. (Bolehkah Hadis Ahad mengkhususkan dalil ‘Am
Al-Quran?)
* Jumhur Ulamak: boleh. Kerana keduanya zanni.
* Ulamak Hanafi: tidak boleh. Kesabitan Al-Quran lebih
kuat.
Contoh: boleh atau tidak memakan makanan yang
disembelih oleh orang islam tetapi tidak menyebut
nama Allah? “Dan Janganlah kamu makan dari
sembelihan yang tidak disebut nama Allah..” Al-Quran.
“Sembelihan Orang islam adalah halal, samaada ia
menyebut nama Allah atau tidak…” Hadis Ahad.

Anda mungkin juga menyukai