Anda di halaman 1dari 2

Nama : Nina Elyana binti Ishak No.

matrik : PI 100310 Kelas : Satu Subjek : Bahasa Melayu Komunikasi Tajuk Rencana : Isu pembuangan bayi banyak diperkatakan dewasa ini. Jelaskan factor dan caracara mengatasi isu ini. Sejak akhir-akhir ini, isu pembangunan bayi semakin menjadi-jadi serta menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat pada hari ini. Sebagaimana yang kita tahu, kes pembuangan bayi ini sudah menjadi satu kes yang bermusim di setiap tahun samada kita ketahui di dada-dada akhbar, television, laman sesawang, majalah dan seumpama dengannya. Isu pembuangan bayi ini bagaikan sebuah drama dalam kehidupan kita. Pelbagai usaha serta tindakan yang di ambil untuk menangani masalah isu pembuangan bayi ini tetapi tidak ada sebarang kesan terhadap tindakan serta usaha tersebut malah isu pembuangan bayi ini tetap terus berlaku. Dalam hal ini, siapakah yang harus dipersalahkan?. Ibubapa merka,rakan-rakan atau masyarakat? Itulah yang menjadi persoalan dalam masalah pembuangan bayi hingga hari ini. Selain itu, apa yang paling mennyayat hati adalah bayi itu di buang di tempat pembuangan sampah. Bukan itu sahaja, bayi itu juga di buang di reban ayam, masjid, surau, perhatian bas, tandas-tandas awam, bahkan dalam semak juga merupakan sarang dan mereka sanggup membuang bayi di tempat-tempat tersebut. Manusia seperti ini sememangnya tidak mempunyai sikap keperimanusiaan sehingga sanggup membuang darah daging mereka sendiri. Terdapat juga beberapa faktor yang telah dikenalpasti di dalam kes pembuangan bayi ini. Di antaranya adalah pegangan agama yang semakin rapuh di kalangan remaja. Hal ini menunjukkan betapa mudahnya mereka tercebur dengan perbuatan-perbuatan yang mungkar kerana ceteknya ilmu terutamanya dalam ilmu agama. Selain itu, faktor berlakunya gejala pembuangan bayi adalah kurangnya kawalan daripada ibubapa. Ini kerana adalah sebab ibubapa mereka sibuk mencari nafkah atau dengan kata lain

ibubapa sibuk mengejar kemewahandunia daripada menjaga maruah keluarga. Oleh itu, peranan ibubapa penting dalam membentuk atau mencorakkan anak-anak mereka. Seterusnya adalah pengaruh negatif yang meluas di kalangan remaja. Hal ini menyebabkan perkembangan teknologi maklumat kadang-kadang ia membawa kesan yang lebih buruk jika ianya tidak dipantau oleh orang-orang yang tertentu. Antara contohnya ialah membiarkan anak-anak melihat atau menonton gambar-gambar dan video-video perkara yang tidak senonoh. Oleh yang demikian, terdapat langkah-langkah beberapa langkah untuk mengatasi gejala pembuangan bayi yang semakin berleluasa in. anataranya semua pihak juga haruslah memainkam peranan bagi membanteras gejala ini. Antaranya adalah dengan mengadakan kelaskelas agama dan sebagainya. Seterusnya peranan ibubapa juga penting kerana ibubapa harus mementau pelakuan anak-anak mereka sebelum anak-anak mereka melakukan gejala yang tidak bermoral ini. Oleh itu, remaja mestilah sedar bahawa perbuatan membuang bayi ialah perlakuan keji yang amat dilarang oleh agama.

Anda mungkin juga menyukai