Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum…

Berjumpa lagi kita buat kali kedua dalam bicara bisu ini.(^_^)Ape khabar antum semua?Ummi
harap antum semua sihat.Macam mane?Dah buat post mortem amalan tahun lepas?Bagus lah kalau
dah sudah.Jadi sekarang masa untuk bertindak…
Anak-anak yang dikasihi sekelian,
Cuba antum berfikir sejenak….pandang sekeliling….renung dalam diri…..berapa banyak nikmat
yang telah Allah berikan pada kita semua? Tubuh badan yang sempurna ( rasanya tak de dah yang
terpaksa bertongkat kan? )…Sihat pulak tu ( semuanya cukup makan )…Mata yang celik ( kalau ada
pun mungkin rabun je,pakai cermin mata ok la)….Telinga tidak pekak ( cuma kadang tu saje buat-
buat tak dengar arahan ibubapa atau guru mahupun pengawas di sekolah )…Rata-rata dari keluarga
yang boleh dikatakan senang dan mampu ( kalau tidak masakan mampu belajar di sekolah ini ). Tapi
nikmat yang paling besar yang telah Allah kurniakan kepada kita semua tentu sekali adalah nikmat
Islam dan Iman.
Anak-anak SMI yang dikasihi,
Terlalu sering kita dengar ungkapan ini.Hampir setiap kali usrah naqib atau naqibah akan
menyebutnya.Bila ada ceramah aje sudah pasti penceramah akan memperkatakan perkara yang
sama.Apa sebenarnya maksud ungkapan ini? Apa yang antum faham mengenai ungkapan keramat
ini? Macam mana? Ada yang boleh meneka? Mungkin boleh bincangkan dalam usrah akan datang.
(^_^)
Sesungguhnya agama Islamlah satu-satunya agama yang benar.Agama yang dapat
menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat.Allah berfirman dalam ayat 19 Surah Ali `Imran
maksudnya "Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam".Alangkah beruntungnya kita
semua…Kita semua dilahirkan dalam keluarga Islam.Celik-celik saja mata ke dunia ini kalimah
Allah lah yang pertama diperdengarkan kepada kita.Lalu kita dibesarkan dengan penuh kasih sayang
oleh ibubapa kita dalam suasana Islam.Seterusnya dimasukkan pula ke institusi pengajian yang
berasaskan Islam.Agar kita dapat mempelajari serta menghayati agama yang suci ini….Alangkah
beruntungnya kita…
Tentu antum pernah membaca kisah Yusuf Islam dalam pencariannya mencari kebenaran dalam
hidupnya terpaksa melalui berbagai kesulitan.Bertahun-tahun lamanya beliau mencari mutiara
kebenaran.Sehingalah suatu hari beliau menerima senaskhah al-Quran terjemahan dari adiknya.Lalu
Allah membuka hatinya untuk kembali kepada Islam setelah membaca,mengkaji dan menghayati
kebenaran didalamnya.Namun kita yang sedari kecil sudah dilahirkan dalam keluarga Islam
diibaratkan orang yang sedang berhadapan dengan makanan.Kita hanya perlu menghulurkan tangan
menjamah apa yang telah dihidangkan di hadapan mata.Kita tidak perlu tercari-cari lagi.Semua di
hadapan mata kita sedari kecil.Alangkah beruntungnya kita….
Dan di sana ada pula kisah saudara-saudara baru kita yang terpaksa berhadapan dengan berbagai
ancaman hingga ada yang terpaksa menggadaikan nyawa demi mempertahankan akidah suci yang
baru dianuti.Namun kita dapat beribadat dalam keadaan yang selesa,tenang dan aman.Kalau ada
gangguan pun hanyalah dari siaran kartun Naruto yang disiarkan berdekatan waktu Maghrib atau
ada teman yang nak ajak bermain online game barangkali.Namun kalau tidak kerana itu kita pasti
dapat beribadat tanpa halangan.Alangkah beruntungnya kita….
Apabila di suatu malam Nabi Muhammad sallahu `alaihi wa sallam bersolat sehingga terpecah tumit
kakinya,A`isyah radhiAllahu `anha bertanya mengapa baginda perlu bersusah payah,sedangkan baginda
telah Allah ampunkan segala kesalahannya yang terdahulu maupun yang akan datang.Baginda
menjawab "Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur?" Jadi kalau Nabi yang telah dijanjikan
syurga pun bersusah –payah menzahirkan kesungguhan baginda bersyukur dengan beribadat,kita yang
tak tentu ke mana destinasi terakhir kita bagaimana?
Ummi rasa biarlah Ummi tinggalkan antum kali ini dengan persoalan itu untuk antum fikir-
fikirkan.Salam sayang dari Ummi buat antum sekelian.

Anda mungkin juga menyukai