Anda di halaman 1dari 15

BAB 2

Konsep Manusia daripada


Perspektif Islam dan Barat
PROSES KEJADIAN MANUSIA DARIPADA PERSPEKTIF
ISLAM

• Menurut wahyu, asal kejadian manusia ialah tanah. Ini merujuk kepada
kisah kejadian Adam a.s yang diciptakan oleh Allah sebagai manusia
pertama di dunia. Allah menciptakan manusia untuk menjadi khalifah di
bumi, bertugas mengelola dan memanfaatkan kemakmurannya. Allah
berfirman yang bermaksud:
• “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:
”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi,”
Mereka berkata: ”Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang
yang akan membuat kerosakan ke atasnya dan menumpahkan darah,
padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan
Engkau?” Tuhan berfirman Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang
kamu tidak ketahui.”
• (Surah al-Baqarah, ayat 31)
• Justeru di dalam Al-Quran, Allah telah menjelaskan bahawa asal kejadian
manusia melalui dua proses. Proses pertama ialah Allah telah
menciptakan manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s daripada tanah
manakala proses yang kedua pula, Allah menciptakan manusia melalui
hukum “Sunnahtullah”. Di dalam Al-Quran telah menyatakan manusia
terdiri daripada jasad jasmani dan rohani.
UNSUR JASMANI
• Allah menegaskan di dalam al-Quran bahawa kejadian manusia itu berasal
daripada tanah. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“ Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati


(berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang
disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami
jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal
daging dan segumpal daging itu Kami jadikan segumpal tulang belulang.
Kemudian tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Dan sesudah
itu Kami jadikan ia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha sucilah
Allah pencipta yang paling baik. "
(Al-Mukminun: 12,13 dan 14)
UNSUR ROHANI
• "Dan apabila Aku (Allah) sempurnakan kejadian-Nya serta aku tiupkan
padanya roh dari (ciptaan-Ku) maka hendaklah kamu merendahkan diri
padanya.”
(AL-Hijr:29)
• Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa unsur rohani
menjadi sebahagian daripada diri manusia untuk hidup apabila Allah
meniupkan roh ke dalam jasad. Walau bagaimanapun segala hal yang
berkaitan dengan roh tidak dijelaskan kerana ia adalah rahsia dan
urusan Allah. Unsur rohani juga mempunyai keperluan dalam
memastikan roh dalam keadaan sihat seperti solat, berzikir, membaca
al-Quran dan segala bentuk amalan kebaikan dan kebajikan yang
membolehkan kita mendekatkan diri kepada Allah. Sebagaimana firman
Allah SWT yang bererti:
• "Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan
ketakwaan. Sesungguh­nya beruntunglah orang-orang yang
membersihkan jiwanya. Dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang
mengotorkannya. "
(As-Syams: 8-10)
• Menurut sebuah hadis dari Ibnu Abbas meriwayatkan tanah yang menciptakan Adam a.s
diambil daripada beberapa tempat.
• Kepala Adam terdiri daripada tanah Baitul ­Muqaddis kerana terletaknya otak dan akal
manusia
• Telinga daripada bukit Tursina kerana ia adalah alat pendengaran dan tempat untuk
menerima nasihat
• Dahi dari tanah Iraq kerana ia adalah tempat sujud kepada Allah
• Muka daripada tanah Aden kerana la adalah tempat berhias dan tempat kecantikan manusia
• Mata daripada tanah telaga Al-Kautsar tempat untuk melihat dan menarik perhatian
• Gigi daripada tanah Al-Kaustsar kerana ia adalah tempat memanis
• Tangan kanannya daripada tanah Kaabah ia adalah tempat untuk mencari rezeki dan
mengadakan kerjasama sesama manusia
• Tangan kiri daripada tanah Paris ia adalah tempat digunakan untuk beristinjak
• Perut daripada tanah Khurasan ia adalah tempat lapar dan kehausan
• Kemaluan daripada tanah Babylon di situlah tempat memuaskan nafsu seks dan tipu daya
syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa dan maksiat
• Tulang daripada tanah Tursina ia adalah alat peneguh tubuh badan manusia
• Dua kaki daripada tanah India ia adalah tempat berdiri dan berjalan
• Hati daripada tanah Syurga Firdaus tempat iman bertakhta, ilmu, keyakinan, kemahuan dan
sebagainya
• Lidah daripada tanah Tha'if tempat mengucapkan syahadah, bersyukur dan berdoa kepada
Allah SWT.
• KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT HUKUM SUNNATULLAH
• Menurut wahyu insan ialah makhluk yang istimewa. Allah menciptakan dalam bentuk yang
khusus melalui proses evolusinya sendiri mengikut “Hukum Sunnatullah”. Firman Allah,
• “Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai
penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air
yang hina (air mani).”
• Terdapat beberapa proses peringkat kejadian manusia menurut Al-Quran. Antaranya
merupakan proses-proses mengikut Hukum Sunnatullah.
• Talqaih (permanian)
• Proses kejadian manusia bermula dengan saripati air mani sebagaimana firman Allah yang
bermaksud:
• “kemudian Dia menciptakan keturunannya dari saripati air mani yang hina”
(al-Sajdah:ayat 8)

• Nutfah (proses permanian)


• Proses persenyawaan bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Firman Allah yang
bermaksud:
• “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur
yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia
mendengar dan melihat”.
• (al-Insan:ayat 2)
• Nutfah (proses permanian)
• Proses persenyawaan bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Firman Allah yang
bermaksud:
• “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami
(hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan
melihat”.
• (al-Insan:ayat 2)

• Alaqah (segumpal darah)
• Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama atau hari ke tujuh. Pada hari yang
ke tujuh telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim. Selepas itu Kami
mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah yang bermaksud;
• “Kemudian air mani itu Kami jadkan segumpal darah” (al-Mukminum:14)
• Mudghah (seketul daging)
• Pembentukan mudghah berlaku setelah segumpal darah berkembang menjadi seketul daging Firman
Allah yang bermaksud :
• “lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging” (al-Mukminun :14).
• Izam (tulang) dan lahm(daging)
• Seterusnya pembentukan tulang belulang telah berlaku dan dibalut dengan daging. Ini dinyatakan
dalam firman Allah yang bermaksud :
• “lalu kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya kami membalutkan izam
dengan daging’’(al-Mukminun :14)
• Khalqan akhar
• Kemudian peringkat perkembangan fizikal berlaku yang dikenali sebagai khalqan akhar dan seterusnya
janin terus berkembang hingga sempurna penciptaan bentuk rupa manusia.
KEDUDUKAN TEORI EVOLUSI DARWIN
• Teori Evolusi Darwin berasaskan
kepada hipotesis sejarah yang
menegaskan bahawa manusia dan
makhluk lain berkembang melalui
rantai perkembangan jenis kejadian
daripada bentuk yang bersahaja
kepada yang komplikasi dan dari
bentuk primitif kepada maju dari segi
fizikal dan pemikiran. Evolusi juga
adalah salah satu daripada teori yang
tercetus daripada fahaman
materialisme iaitu aliran yang
berpandangan bahawa semua yang
tercipta dan wujud bersifat
kebendaan. Teori ini turut mendakwa
bahawa semua hidupan berasal
daripada benda mati melalui kejadian-
kejadian kebetulan. Kenyataan
tersebut bertentangan dengan
pengiktirafan bahawa Allah telah
menciptakan alam semesta ini.
• Selain itu, teori evolusi telah dinafikan oleh penemuan-penemuan sains. Buktinya,
rekaan di dalam hidupan adalah sangat kompleks dan hebat seperti di dalam dunia
benda-benda mati, kita dapat melihat betapa sensitifnya keseimbangan-
keseimbangan yang terdapat pada atom-atom, pencantuman atom-atom,
penbentukan mekanisme dan struktur seperti protein, enzim, dan sel yang
dihasilkan. Keajaiban rekaan ini telah membatalkan Darwinisme pada penghujung
abad ke 20.
• Penolakan Teori Evolusi Secara Saintifik
• Teori evolusi adalah doktrin yang berasal daripada Yunani Purba dan telah
dimajukan secara komersial pada abad ke-19. Perkembangan paling penting yang
menjadikan teori ini tersohor dalam dunia sains adalah buku oleh Charles Darwin
bertajuk The Origin of Species yang diterbitkan pada 1859. Di dalam buku ini,
Darwin menafikan bahawa Allah telah menjadikan spesies-spesies hidupan yang
berbeza di bumi ini secara berasingan. Menurut Darwin, semua hidupan
mempunyai satu leluhur yang sama dan mereka dibezakan dengan perubahan-
perubahan kecil melalui peredaran zaman. Teori Darwin tidak berasaskan kepada
penemuan-penemuan sains yang kukuh kerana dia menganggap semua yang
wujud dengan satu "andaian". Berikutan itu, Darwin gagal berhadapan dengan
persoalan-persoalan kritikal yang cuba ditanggapinya melalui bukunya yang
bertajuk "Difficulties of the Theory".
• Bahagian Ketiga
• PANDANGAN ISLAM TENTANG MAKHLUK DAN MANUSIA

• Islam merupakan agama yang universal iaitu merangkumi semua aspek kehidupan termasuk
kejadian tentang makhluk dan manusia. Mengikut pandangan Islam Allah yang berkuasa
dalam mencipta kejadian makhluk dan manusia seperti yang ditegaskan dalam firman Allah
yang bermaksud;
• “Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila
Ia berkehendak ( untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: ”Jadilah
engkau! Lalu jadilah ia”
• (Surah Al-Baqarah: 117 )

• Setiap kejadian mempunyai fungsi serta peranannya sendiri. Kejadian makhluk dan manusia
merupakan bukti tentang keagungan, kekuasaan, kehendak dan kebesaran Tuhan Yang
Menciptakannya. Bagi golongan yang mahu berfikir seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim
a.s yang merenung setiap kejadian alam contohnya kejadian matahari dalam mencari hakikat
ketuhanan. Kejadian mata yang dikurniakan oleh Allah sebagai alat penglihatan cukup untuk
membuktikan kekuasaan Allah, Allah S.W.T telah menyusun mata terdiri dari tujuh
lapis.Setiap lapisannya mempunyai sifat dan fungsinya yang khusus. Seandainya satu lapisan
sahaja yang hilang, maka mata tidak akan dapat berfungsi dengan sempurna. Begitulah bukti
kebijaksanaan Allah, oleh itu kita sepatutnya rasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan
dan menghindari daripada berfikir bahawa sesuatu benda walaupun sebesar zarah yang ada
di langit mahupun di bumi terlepas dari mempunyai hikmah Allah di sebalik kejadiannya.
Maka wajiblah seluruh makhluk di alam ini sujud serta menyembah Allah.
• PERANAN MANUSIA SEBAGAI HAMBA ALLAH

• Sebagaimana Allah Maha Pencipta telah menjelaskan


tentang asal kejadian atau unsur kejadian manusia,
demikian juga telah menjelaskan tentang hakikat
siapakah dia sebenarnya manusia itu. Demi untuk
kebaikan manusia sendiri dengan rahmat dan inayah
Allah kepada manusia maka Allah tidak sekali-kali
menyerahkan usaha untuk mengenal sendiri yang
diketahuinya mempunyai kelemahan-kelemahan dan
kekurangan. Siapakah sebenarnya manusia?
• Manusia adalah hamba, hamba kepada Allah Maha Pencipta, kerana setiap yang
dicipta itu pada hakikatnya adalah hamba kepada yang menciptanya. Sebagai
hakikatnya hamba maka ia tidak mempunyai apa-apa di atas dirinya atas tenaganya
dan juga atas apa yang dhasilkan olehnya. Jika seorang manusia itu menjadi hamba
kepada tuannya, seperti yang terkandung dalam undang-undang sivil Islam maka Si
hamba itu tidak mempunyai atau memiliki dirinya, tenaganya dan hartanya.
Kesemuanya itu adalah menjadi hakmilik kepada tuannya. Menepati dengan
hakikat bahawa manusia itu hamba yang mengabdi kepada Allah maka hidupnya itu
adalah pengabdian kepada Allah. Dunia ini adalah masjid yang luas sebagai medan
pengabdian kepada Allah yang amat luas seluas usia hidup dan seluas-luas usia
muka bumi ini Oleh yang demikian manusia mesti tunduk patuh, taat setia
mengikut dan menurut perintah Allah dengan sujud dan menyerah diri kepada-Nya.
Penyerahan diri kepada-Nya meliputi penyerahan diri kepada Allah dalam Akidah,
Akhlak, Ibadah dan Syariah. Firman Allah yang bermaksud:
• Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menjadikan langit
dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar Tauhid (Mengesakan Allah) dan bukanlah
aku dari orang-orang yang menyekutukan-Nya (dengan sesuatu yang lain).
• (Al-An'am : 79)
• PERANAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH

• Khalifah adalah satu keistimewaan besar yang hanya diberikan


kepada manusia dan tidak diberikan kepada makhluk yang lain. Bagi
memegang status sebagai khalifah Allah, manusia mesti
melaksanakan konsep kehambaan dan penyerahan diri kepada
Allah.Ini kerana manusia yang berserah diri dan taat kepada
perintah-Nya akan memastikan segala aturan alam berada dalam
kesejahteraan dan kedamaian. Justeru khalifah Allah
dianugerahkan sifat "al-Siyadah atau Ketuanan" untuk menjadi
“Tuan” ke atas segala makhluk dan segala ciptaan di atas muka
bumi ini. Tetapi sifat ini bukan menjadi sifat yang istimewa dan
asasi dalam tugas khalifah. Sifat tersebut hanya sebagai alat atau
jalan kepada manusia untuk melaksanakan tugas khalifah tersebut.
Sebagai khalifah di bumi, manusia berperanan terhadap tiga
hubungan iaitu :
• Huquq Allah (Hak Allah)
• Huquq al-Adamiyyin atau Al-Nas (Hak Sesama Manusia)
• Huquq al-Ibad (Hak Sesama Makhluk)
Huquq Allah

• Dalam hubungan manusia dengan Allah, manusia berfungsi sebagai hamba dengan
mentauhidkan Allah dan bersyukur kepada Allah. Tauhid bererti tunggal atau esa. Maka
mentauhidkan Allah bererti mengakui, meyakini dan mengimani keesaan Allah dengan segala
sifat-sifat yang sempurna disertai dengan keyakinan yang teguh bahawa tiada sekutu bagi-Nya
dan tiada sesuatu yang menyamai-Nya pada kesempurnaan tersebut.

• Huquq al-Adamiyyin

• Sesungguhnya agama Islam telah menetapkan satu undang-undang untuk memupuk hubungan
yang baik sesama manusia, walaupun berlainan agama. Iaitu melalui perpaduan, kerana
perpaduan amat penting dalam kehidupan kita dalam sebuah masyarakat, negara dan
seterusnya bagi umat sejagat. Ini kerana hanya dengan cara tersebut sahajalah yang dapat
melahirkan umat yang kuat,saling berganding bahu serta pemedulian, maka perdamaian tentu
saja akan dapat dicapai dan permusuhan akan dapat dihindarkan. Dengan perpaduan,
keindahan persaudaraan dapat kita saksikan dalam sesebuah masyarakat. Perpaduan juga
dapat menjamin kehidupan yang harmoni dan aman. Sekaligus mengelakkan berlakunya
permusuhan, perpecahan dan tindakan buruk sesama manusia. Dengan perpaduan, manusia
akan membuat pembangunan masyarakat yang membawa kemajuan negara. Seterusnya
dengan perpaduan yang lebih global di peringkat antarabangsa akan mencetuskan hubungan
kenegaraan untuk membina tamadun umat. Kesedaran terhadap pentingnya ikatan yang kukuh
di dalam sesebuah masyarakat dapat membantu kita untuk membina sebuah negara yang kuat
dan mantap samada dari sudut kerukunan rakyatnya, kestabilan ekonomi, kekebalan
pertahanan bersandarkan kepada semangat perpaduan semua.
• Huquq Al-Ibad (Hak Sesama Makhluk)
• Manusia merupakan salah satu ciptaan Allah yang diberi amanah untuk
menjadi khalifah di muka bumi ini kerana dikurniakan akal. Akal
merupakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia dan
ianya tidak dikurniakan kepada makhluk-makhluk lain. Sebenarnya
manusia serta makhluk ciptaan Allah yang lain saling bergantungan serta
saling memerlukan. Makhluk ciptaan Allah bukan hanya manusia tetapi
segala benda yang wujud seperti matahari, bulan, air, tumbuh-tumbuhan,
gunung-gunung, tanah, binatang dan lain-lain. Sebagai khalifah manusia
wajib mengabdikan diri kepada Allah.. Manifestasi pengabdian kepada
Allah diberikan kepada manusia atas dasar kepercayaan bahawa manusia
adalah pemegang amanah Allah untuk memakmurkan kehidupan di bumi.
Firman Allah yang bermaksud:
• “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah
(Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-gunung, maka mereka
enggan untuk memikul amanah Allah dan khuatir akan mengkhianatinya,
dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya
manusia amat zalim dan jahil.
• (surah al-Ahzaab :72)

Anda mungkin juga menyukai