Anda di halaman 1dari 3

iblis dan jawatannya

Editor :SerikandiUmar_rosnza

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Iblis Azazil nekad untuk menjadi
penderhaka, lalu dia meminta supaya Allah s.w.t. panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat
iaitu selagi wujudnya manusia.
Dia (Iblis) berkata(Al-Israk:62):

“Terangkan kepadaku inikah orang yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika
Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan
keturunannya, kecuali sebahagian kecil.” Permintaannya diperkenankan. Allah s.w.t. murka
kepada syaitan laknatullah di atas sifatnya yang sombong, degil dan dengki.
Firman Allah:
“Pergilah, siapa di antara mereka yang mengikuti kamu maka sesungguhnya neraka
jahanam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.” Lalu Iblis
Azazil dihalau dari syurga.Allah berfirman (Shaad:77-78):

“Kalau demikian, keluarlah engkau dari syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk
yang direjam. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat-Ku terus menerus hingga ke hari
kiamat.
Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar Iblis. Iblis laknatullah mengetuai kerajaannya
selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Ianya tiada pilihanraya di mana ada syaitan yang
mencabar kerusinya. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada
syaitan yang berkhidmat untuknya, persis seorang presiden sebuah negara. Iblis mempunyai
barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di
bawah empayar Iblis.
Lima menteri kanan itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Mari kita mengenali
menteri-menteri ini:
1. Dasim

Malaun ini dikatakan anak emas Iblis laknatullah. Kenapa? Dasim serta seluruh rakyat
kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci, berang dan dengki
setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan
rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak
kegemilangan bagi kerajaan Dasim yang terkutuk.
2. Al-A’war

Membentuk dan memudahkan laluan zina dan keruntuhan moral ialah tugas kementerian si
durjana ini. Gembiralah Iblis apabila zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah, kerana itu
petanda keturunan Adam pincang.
3. Maswath

Anak Iblis yang satunya ini merupakan pakar jurusan menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa
membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok
manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.
4. Zalnabur

Si terkutuk ini pula dan kakitangannya berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci-
maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang
ramai, seperti di pasar atau shopping mall.
5. Tsaba

Geng syaitan ini memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa
tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka yang kematian orang tersayang termasuk dalam
senarai ‘most wanted’ Tsaba. Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap
Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah s.w.t. atas
semua yang terjadi.
Tidak ada yang terlepas dari gangguan syaitan kecuali mereka yang dilindungi Allah s.w.t.
Sebenarnya sejak dilahirkan, setiap bayi ditemani seekor syaitan bernama ‘qarin’ (syaitan ini
umpama ‘baby sitter’ berbanding syaitan-syaitan lain yang mempunyai tugas tersendiri). Hanya
selepas nyawa terpisah dari badan, tugas ‘qarin’ dikira beres.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tangisan bayi ketika kelahirannya (adalah akibat perbuatan jahat) dari syaitan.” (Riwayat
Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
“Setiap anak Adam pasti akan ditusuk di bahagian tepi (badannya) dengan jari-jarinya (Iblis)
ketika dilahirkan, melainkan Isa bin Maryam sahaja. Iblis telah cuba melakukan tusukan tetapi
tusukannya telah terhalang”. (Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)
Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar Iblis. Iblis laknatullah mengetuai kerajaannya
selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Ianya tiada pilihanraya di mana ada syaitan yang
mencabar kerusinya. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada
syaitan yang berkhidmat untuknya, persis seorang presiden sebuah negara. Iblis mempunyai
barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di
bawah empayar Iblis.
Lima menteri kanan itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Mari kita mengenali menteri-
menteri ini:
1. Dasim
Malaun ini dikatakan anak emas Iblis laknatullah. Kenapa? Dasim serta seluruh rakyat
kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci, berang dan dengki
setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan
rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak
kegemilangan bagi kerajaan Dasim yang terkutuk.
2. Al-A’war
Membentuk dan memudahkan laluan zina dan keruntuhan moral ialah tugas kementerian si
durjana ini. Gembiralah Iblis apabila zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah, kerana itu
petanda keturunan Adam pincang.
3. Maswath
Anak Iblis yang satunya ini merupakan pakar jurusan menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa
membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok
manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.
4. Zalnabur
Si terkutuk ini pula dan kakitangannya berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci-
maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang
ramai, seperti di pasar atau shopping mall.
5. Tsaba
Geng syaitan ini memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa
tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka yang kematian orang tersayang termasuk dalam
senarai ‘most wanted’ Tsaba. Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap
Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah s.w.t. atas
semua yang terjadi.
Tidak ada yang terlepas dari gangguan syaitan kecuali mereka yang dilindungi Allah s.w.t.
Sebenarnya sejak dilahirkan, setiap bayi ditemani seekor syaitan bernama ‘qarin’ (syaitan ini
umpama ‘baby sitter’ berbanding syaitan-syaitan lain yang mempunyai tugas tersendiri). Hanya
selepas nyawa terpisah dari badan, tugas ‘qarin’ dikira beres.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tangisan bayi ketika kelahirannya (adalah akibat perbuatan jahat) dari syaitan.” (Riwayat
Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

dipettik dari blog Pondok Pasir Tumboh dipostkan balik oleh admin
http://lamanpelajarislam.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai