Anda di halaman 1dari 3

“www.lamanpelajarislam.blogspot.

com”
“Menjayakan Remaja Dengan Cara Islam”

Pembentangan suatu projek adalah suatu pekara biasa yang dilakukan oleh pelbagi lapisan umur, tak
kira tua dan muda. Sampaikan pelajar sekolah rendah pun membentangkan sesuatu. Hal ini adalah
untuk melatih para pelajar berani bercakap dihadapan ramai. Cara pembentangan yang betul hendaklah
mengandungi beberapa perkara iaitu:

-Pecakapan haruslah jelas- Percakapan adalah suatu aspek yang penting, dimana gaya dan cara
persembahan adalah yang perlu diketengahkan untuk menghairahkan penonton untuk mendengar apa
yang akan dibentangkan. Hal ini akan menyebabkan para penonton tertunggu untuk mendengar apa
yang ingin anda sampaikan. Adalah perlu dititik beratkan cara percakapan itu dimana percakapan
haruslah jelas dan menghormati penonton. Kurangkan atau hapuskan gaya cakap tidak sopan seperti:
Aku, mu,hoi dan lain-lain lagi. Kata ganti nama diri seperti hendaklah ditukar dengan kata ganti nama diri
seperti ini Saya,para hadirin, wahai dan lain-lain lagi.

-Lihat kepada penonton- Pembentangan kurang menarik dan meyebabkan penonton naik bosan
jika pembentang hanya melihat kepada apa yang dibentangkan. Mereka yang membentang hendaklah
melihat penonton dengan gaya yang hebat iaitu dengan melihat sambil melemparkan senyuman. Hal ini
adalah penting untuk menarik minat penonton. Disamping itu juga penonton juga akan terkesan dengan
pembentangan kita itu. Jika pembentang hanya melihat kepada apa yang dibentangkan jadi apa gunanya
penonton. Biarlah mereka merasakan mereka sebagai penonton. Harus diingatkan bahawa melihat
kepada penonton sangat penting untuk menjayakan sesebuah pembentangan.

-Menyusun ayat dengan kemas agar mudah difahami- Salah satu faktor yang
menyebabkan penonton tertarik dengan pembentangan kita ialah dengan bahasa yang menarik
(magnetic language). Cara untuk membuat gaya bahasa yang menarik adalah dengan cara meringkaskan
ayat dengan memperbanyakkan isi. Hal ini menyebabkan masa dapat disingkatkan. Tapi awas! Jangan
kerana terlalu ghairah dengan meringkaskan ayat anda menyebabkan anda kehilangan isi penjelasan
terhadap isi. Oleh kerana ini, penonton akan mudah memahami apa yang hendak anda sampaikan.

-Beri alasan(hujah) terhadap pembentangan anda-Kata pepatah melayu lama “kalau


tiada angin masakan pokok bergoyang”. Kalau ada isi tanpa alasan(hujah) apakah gunanya?. Jika anda
mengatakan isi ini bakal menjayakan anda! Maka mana buktinya?..Hujah adalah faktor yang penting
untuk menarik keyakinan penonton dan bakal menambahkan lagi semangat penonton menonton
pembentangan anda. Contohnya jika seseorang itu menggunakan isi atau pembentangan yang palsu
atau diragui, adalah penonton akan menerima atau mengambil apa yang anda bentangkan..?Hujah anda
hendaklah disertakan dengan riak muka yang meyakinkan penonton. Hal ini penting sekali bagi
meyakinkan penonton.Jika anda menunjukkan riak muka yang tidak meyakinkan adakah penonton anda
akan yakin kebolehhasilan pembentangan anda itu.

-Pakaian hendaklah kemas-Pakaian merupakan faktor yang penting bagi menjayakan sesuatu
pembentangan. Penampilan diri bermula daripada gaya pemakaian kadangkala juga menggambarkan
penampilan seseorang. Disamping itu, pakaian merupa suatu alat yang penting dalam kehidupan.
Pemakaian seseorang yang akan membentangkan sesuatu projek atau selainnya hendaklah kemas dan
menarik. Tapi awas! Jangan terlalu melebih-lebih dalam pemakaian kerana ia menyebabkan percakapan
penonton (buah mulut). Bagi pembentang perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat
dari hujung rambut hingga hujung ibu jari kaki. Hal ini akan menyebabkan suatu pembentangan berjalan
dengan lancar dan diberkati Allah.

-Suara hendaklah jelas tanpa ada gangguan- Biasanya, gangguan terhadap suara bermula apabila
seseorang itu hilang keyakinan atau gugup(berdebar). Suara adalah anugerah Allah yang amat bernilai
yang tidak dapat dibeli oleh nilai mata wang. Dikala membentangkan sesuatu pembentangan hendaklah
dengan suara yang jelas yang boleh didengari oleh para penonton. Supaya para penonton tidak
menganggap kita bercakap berseorangan(cakap sorang-sorang). Suara mempunyai dua jenis iaitu:

 Suara mulut
 Suara pena( melalui penulisan)

-Membenarkan apa yang dicakapkan- Semestinya wajib para pembentang membenarkan apa
yang dibentangkan, contohnya: “mereka berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya $50 dalam sehari”
isi pembentangan

 “saya cukup yakin dengan sistem ini bakal menghasilkan wang dalam masa yang singkat
InsyaAllah”
 “Saya tak berapa pasti semada sistem ini akan membuahkan hasil dalam masa yang singkat tapi
memakan masa yang lama”

Kedua-dua ayat diatas ialah percakapan pembentang tentang isi pembentangan mereka. Point
yang pertam itu ialah ayat isi (yakin terhadap isi) yang baik untuk dicontohi. Point yang kedua itu
adalah kurang menepati format pembentangan. Hal ini belaku kerana ayat yang tidak yakin akan
isi yang dibentangkan. Penggunaan perkataan InsyaAllah adalah digalakkan untuk memberkati
pembentangan kita.

-Tahu sejarah(asal-usul) yang dicakapkan- Saya merasakan bahawa hanya segelintir sahaja
yang mengambil berat tetang hal ini. Mereka menganggap bahwa sejarah isi yang dibentangkan tidak
penting. Mereka tersilap besar bahkan merugikan mereka sendiri saja. Mereka telah menghilangkan
semangat penonton mereka. Sejarah ialah penting untuk menarik minat penonton bahkan pelanggan.
Dengan adanya sejarah tentang isi yang dibentangkan ia dapat meyakinkan penonton. Ciri-ciri sejarah
yang perlu dicakapkan ialah:

 Bila mula dipekenalkan


 Siapa yang melakukan
 Mengapa?
 Sejauh mana?(berapa lama)
 Tarikh bermula
 Dimana?
 Bagaimana

Anda mungkin juga menyukai