Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE 1203: PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN


SEMESTER MEI 2010
TUGASAN KURSUS (30%)
________________________________________________________________________

ARAHAN

1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan
bukti yang tepat dan relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman”
saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Tugasan hendaklah dihantar sebelum/ pada Tutorial 4 ATAU mengikut arahan


yang akan diumumkan kemudian.

4. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan
yang diplagiat tidak akan diterima dan markah (0) akan diberikan.

1
SOALAN TUGASAN

Gabungan pengajaran guru yang berasaskan persembahan multimedia atau digital di


samping penerapan kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran terbukti
dapat meningkatkan minat dan kesediaan murid. Pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Kesihatan juga tidak terkecuali dari aplikasi sedemikian. Kemahiran guru
dalam menyediakan alat bantu mengajar khususnya bahan multimedia akan dapat
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan.

Sebagai seorang guru Pendidikan Kesihatan anda dikehendaki:


(a) Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan menggunakan
aplikasi MSWords.
(5 markah)
(b) Menyediakan papan cerita (story board) bagi menghasilkan kit pembelajaran.
Papan cerita hendaklah dihasilkan dalam aplikasi MSWords.
(5 markah)

Untuk (a) dan (b), jadikan sebagai booklet (Kertas A4 di lipat dua) agar
mudah dimuatkan sebagai kit pengajaran dan pembelajaran. Rujuk panduan
pelajar

(c) Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan aplikasi


MS PowerPoint dan muatkan ke dalam CD.
(15 markah)

(d) Bina kotak untuk dijadikan kit pengajaran berdasarkan kreativiti anda untuk
memuatkan Manual pengguna, RPH, Papan Cerita (dalam bentuk booklet) dan
CD.
(5 markah)

(Jumlah: 30 Markah )

2
PANDUAN PELAJAR

(a) Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian adalah berdasarkan format yang akan
dibincangkan dalam kelas Pedagogi Pendidikan Kesihatan.

Perkara Perincian Catatan


Penulisan adalah seperti penyediaan Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

Hasil pembelajaran harus dinyatakan secara eksplisit dan boleh diukur

(b) Sediakan papan cerita bagi menunjukkan langkah-langkah pengajaran agar selari
dengan RPH di atas.

Contoh:

SLAID 1 Pengenalan Kepada Pendidikan Kesihatan


Tahun 2

Cadangan Gambar: Kawasan Sekolah yang bersih dan indah


Cadangan Animasi: Murid-murid berpakaian kemas berjalan menuju
ke bilik darjah
Burung berterbangan di awan
Cadangan Warna: Latar belakang hijau (suasana pagi)
Audio : Bunyi kicauan burung

SLAID 2
Tajuk: Gaya Hidup Sihat
Pemakanan

Cadangan Gambar : Gambar murid menikmati sarapan bersama


yang terdiri dari roti, milo, keju
Cadangan Animasi: Milo panas (kelihatan berasap)
Cadangan Warna:

3
(c) Menghasilkan kit pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan aplikasi MS
PowerPoint

Memuatkan elemen-elemen multimedia seperti audio, video, hyperlink dan animasi


Warna yang bersesuaian dengan konteks pengajaran dan pembelajaran.

(d) Bina kotak mengikut kreativiti anda untuk dijadikan kit pengajaran dan
pembelajaran. Kit tersebut hendaklah mengandungi manual pengguna, RPH,
Papan cerita dan CD. Contohnya:

Hasilan pada (c) dimuatkan


dalam CD dan disertakan
seperti dalam rajah.

Poket untuk letakkan CD

Poket untuk letakkan Manual


pengguna, RPH dan Papan
Cerita (dalam bentuk booklet)

Anda mungkin juga menyukai