Anda di halaman 1dari 1

SEJARAH - TINGKATAN 2

NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN


JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH

Pengenalan 
1. Setelah berjaya menguasai Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,    
British berhasrat untuk menguasai Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor.

2. Penguasaan terhadap negeri-negeri tersebut adalah bertujuan untuk menghalang


kemaraan     kuasa-kuasa Eropah lain di Asia Tenggara.

3. British berjaya mengukuhkan kedudukannya di negeri-negeri itu dengan menempatkan

    seorang Penasihat British.

Negeri-Negeri Melayu Utara Penampan Keselamatan Di Tanah Melayu


1. British telah muncul sebagai sebuah kuasa imperialis yang besar pada akhir kurun ke-
19.

2. Negara-negara di Asia Tenggara yang kaya dengan hasil buminya telah menjadi              
tumpuan kepada kuasa-kuasa besar Eropah seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat
dan       Rusia.

3. Perancis berminat dengan Lembah Menam Chao Phraya dan merancang untuk              


membina Segenting Kra  yang akan mengancam perdagangan British di Singapore.

4. Jerman berminat untuk mengambil Pulau Langkawi manakala Amerika Syarikat pula


ingin             mendapatkan Terengganu dan Rusia berhasrat untuk menduduki Ujung
Salang.

5. Oleh itu, amatlah penting bagi British untuk meluaskan tanah jajahannya ke seluruh
Tanah         Melayu.

6. Pada tahun 1897, British telah menandatangani perjanjian dengan Siam untuk
menghalang         mana-mana kuasa lain mendapatkan tanah jajahan daripada Siam.

7. Namun, perjanjian itu gagal dicapai apabila sultan-sultan negeri Melayu Utara telah        
berhubung dengan kuasa lain.                                                                                                       

Anda mungkin juga menyukai