Anda di halaman 1dari 2

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

MTE3113 – ACTION RESEARCH

NAME : Alifah Bin Mohamad

Mohd Ikhwan Bin Bujang (SMPMT1108)

TRANSCRIPT/SUMMARY OF AN INTERVIEW

Interviewer : Mohd Ikhwan Bin Bujang

Interviewee : Alifah Bin Mohamad

Date : 12 Januari 2011

Time : 9.40 p.m – 9.45 p.m (5 minutes)

Venue : Asrama Blok A, Bilik A 01-06

Overview of the interview:

The interview is about to get opinions and ideas about the teaching profession. Below
are the questions and the summary of the interview.

Q: Apakah definisi seorang guru pada pandangan anda?

A: Guru merupakan seorang insan atau manusia yang mendidik dan mengajar insan
lain seperti pelajar-pelajar sekolah, dan selain itu guru juga merupakan seorang yang
mengajar orang kampung atau masyarakat di sekeliling tentang kebaikan atau tentang
ilmu yang seseorang guru itu ada.

Q: Bagaimana anda boleh mula meminati bidang keguruan ini, atau adakah anda
memang meminati bidang keguruan dari awal?

A: Saya tidak menjangka dapat memasuki bidang keguruan ini, kerana pada asalnya
saya merancang untuk menyambung pembelajaran di unversiti. Sebelum mendapat
tawaran ke IPG, saya mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Labuan (KML) dalam
bidang sains hayat yang membolehkan saya untuk menyambung pengajian dalam
bidang perubatan di universiti nanti. Selepas sebulan di KML, saya mendapat tawaran
ke IPG, dan pada masa itu saya memikirkan dan bertanya pada diri sendiri adakah
saya patut menerima tawaran ke itu atau meneruskan pengajian saya di KML, dan
setelah perbincangan dengan ibu bapa dan ahli keluarga serta nasihat dari bapa
saudara saya yang merupakan seorang guru, bapa saudara saya sangat
mencadangkan saya untuk menyambung pengajian ke IPG kerana di SANA peluang
pekerjaan nanti sudah ada. Selain itu, saya tidak perlu memikirkan tentang masalah
kewangan kerana di IPG setiap pelajar diberikan elaun bulanan, bukan pinjaman.

Q: Apakah cita-cita sebenar anda kalau bukan seorang guru?

A: Pada waktu persekolahan dahulu, saya suka dan ingin menjadi guru atau polis,
tetapi sebenarnya matlamat dan cita-cita sebenar yang ingin saya capai ialah menjadi
seorang insan yang dapat menolong orang lain.

Q: Pada pendapat anda, dengan menjadi seorang guru dapatkah anda menjadi
seperti seorang insan yang dapat menolong orang lain seperti yang anda
inginkan?

A: Ya, kerana pada pandangan masyarakat, guru merupakan seorang individu yang
berilmu, berakhlak mulia, beradab, dan ada nilai-nilai murni dalam dirinya. Melalui
pandangan masyarakat tersebut, kerjaya seorang guru ini akan menjadi flatform
kepada saya untuk memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang lain seperti
yang saya inginkan.

Q: Apakah harapan anda terhadap diri anda setelah bergelar guru yang sebenar
kelak selepas menamatkan pengajian dan ditempatkan di sekolah? Apakah yang
ingin anda capai?

A: Saya berharap saya akan dapat mengajar pelajar dengan cemerlang dan
menyedarkan mereka supaya mereka tahu matlamat hidup mereka dan mengetahui
betapa pentingnya ilmu dalam hidup mereka.

Anda mungkin juga menyukai