Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN ALAM MEGAH

SEKSYEN 28, 40400 SHAH ALAM

KERTAS KERJA KHEMAH IBADAT

1.0 PENGENALAN

Generasi pelajar muslim pada hari ini dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan
masalah yang melingkari setiap aspek kehidupan mereka. Kecemerlangan
akhlak dan penampilan sahsiah diri yang benar-benar unggul di kalangan
pelajar islam perlu diperkasakan lagi selaras dengan perkembangan isu-isu
semasa yang sentiasa menggugat keimanan dan ketakwaan setiap individu
muslim. Kewujudan generasi pelajar muslim yang benar-benar mantap dari
sudut keilmuan dan mencintai solat dapat menjadi pemangkin kearah
melahirkan satu generasi yang berilmu,beriman dan beramal dan berupaya
mengharungi arus kehidupan yang semakin mencabar dewasa ini.

Justeru itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Agama Islam
dengan kerjasama Eka Educational Kid mengambil inisiatif kearah
menggerakkan usaha murni tersebut bagi melahirkan generasi pelajar muslim
yang berkualiti tinggi.

2.0 TEMA

“KEM KEMBARA IBADAH CINTAI SOLAT”

3.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar-pelajar islam yang bersahsiah mulia disamping meningkatkan


kecemerlangan minda dan prestasi.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membimbing para pelajar islam memupuk pembangunan sahsiah diri


yang unggul dan peningkatan dari segi pencapaian akademik yang tinggi.
4.2 Menanam nilai keyakinan diri dari aspek mental dan spiritual bagi
meningkat kualiti.
4.3 Membentuk kerjasama secara berpasukan bagi meneruskan agenda
bukan sahaja di sekolah hinggalah ke peringkat lebih tinggi.
5.0 SASARAN

Murid – murid islam Tahun 4 dan Tahun 5 ( 80 orang )

6.0 PELAKSANAAN :

6.1 Tarikh : 14,15 dan 16 MEI 2010


6.2 Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad
6.3 Tempoh : 3 hari 2 malam

7.0 TEMPAT

EKA EDUCATIONAL CENTRE

Batu 12 ¾ Jalan Gombak, Alang Sendayu

53800 Kuala Lumpur

8.0 ANGGARAN KOS :

Bil Perkara Kos Jumlah Sumber

01. Pengurusan dan RM 37.50x 80 ORG RM 3000.00 Panatia Agama


perkhidmatan: Islam
- Khidmat jurulatih
- Fasilitator
- Penceramah
- Penginapan (dorm)
RM 32.50 X 80 ORG RM 2600.00 Murid

02. Pengangkutan( bas sekolah ) RM 500 x 2 buah RM 1000.00


Murid

JUMLA H RM 6600.00
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En. Ab. Rasid bin Mahmudin ( Guru Besar )


Pengerusi : Pn. Hjh. Rokenah bt Wardi ( PK Pentadbiran )
Naib Pengerusi : Pn. Zawizan bt Mohamad ( PK HEM )
: Pn. Hjh Mardiana bt Ab Manaf ( PK KOKU )
: Pn. Nona Asiah bt Abdul Wahab ( PK PTG )
Penyelaras : Pn. Hjh Rogayah bt Mohamed Yusof ( Guru Kaunseling)
Naib Penyelaras : Pn. Rahani bt Mat Amin ( Ketua Panitia Agama Islam )
Setiausaha : Pn. Aniza bt Mohd Husin
Naib setiausaha : En. Mohd Rohaizad bin Mohammed Adam
Ahli Jawatan kuasa : Ustaz Mohd Shamshir bin Mat Lazim
: Ustaz Mohd Zaharudin bin Mat Nor
: Ustaz Wan Mohd Azman bin Wan Mahmod
: Ustazah Rohani binti Hassan
: Ustazah Hidayati bt Nasim
: Ustazah Halimah San bt Sulong
: Ustazah Sharifah Norlela bt Shikh Sudin

10.0 TENTATIF PROGRAM


Lampiran A

11.0 PENUTUP

Semoga program ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat sokongan
serta kerjasama dari semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau
tidak dalam menjayakan program ini. Semoga dengan program yang dianjurkan
oleh pihak sekolah ini memberi impak yang positif kepada semua peserta.
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN ALAM MEGAH
SEKSYEN 28, 40400 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

KHEMAH IBADAT
‘ KEM KEMBARA IBADAH CINTAI SOLAT’

TARIKH : 14, 15 DAN 16 MEI 2010

HARI : JUMAAT, SABTU DAN AHAD

TEMPAT : EKA EDUCATIONAL CENTRE

BATU 12 JALAN GOMBAK,

ALANG SENDAYU,

53800 KUALA LUMPUR

MASA : 3 HARI 2 MALAM

Anda mungkin juga menyukai