Anda di halaman 1dari 12

http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id40.

html

KEUNGGULAN ISLAM

PERKEMBANGAN MAZHAB DALAM


ISLAM
Home

AL-QURAN  | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN |


ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Oleh : Y. Bhg. Dato Haji Ishak bin Haji Baharom


(Bekas Mufti Negeri Selangor)

Al-Quran

Agama Islam diutus oleh Allah S.W.T. kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Sumber atau
pokok ajarannya ialah Al-Quran AlKarim, iaitu sebuah kitab yang tidak ada sedikit pun kebatilan dan
kepalsuan di dalamnya, yang diturunkan oleh Allah dari langit. Firman Allah yang bermaksud:

" Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya ( tentang datangnya dari Allah dan tentang
sempurnanya) , ia pula menjadi pentunjuk bagi orang-orang ( hendak ) bertakwa."

(Al-Baqarah : 2)

Al-Quran adalah sebuah kitab yang mengandungi aqidah (kepercayaan) dan Syariah (undang-undang).
Ia membicarakan tentang amal ibadah dan juga membicarakan tentang perlembagaan atau sistem hidup
duniawi, seperti undang-undang keluarga, hukum jual-beli, peraturan perbicaraan harian, hukum-hukum
yang berhubung dengan jenayah dan balasannya, dan juga sistem perhubungan antara satu sama lain
serta perhubungan antarabangsa.

Al-Hadith

Di samping Al-Quran sebagai sumber pertama bagi segala hukum-hakam, terdapat pula hadith-hadith
Rasulullah S.A.W. yang merupakan sebagai penghurai dan penafsir dari Al-Quran. Tiap-tiap bab atau
fasal hukum fiqh, yang di dapati hadith-hadith yang menerangkan apa-apa yang perlu diterangkan dan
dijelaskan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya
engkau menerangkan kepada manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya
mereka memikirkannya."

(An-Nahl : 44)
Rasulullah menerangkan ajaran-ajaran Islam kepada manusia dengan perkataan-perkataan, perbuatan-
perbuatan dan perakuan-perakuan.

Di zaman Rasulullah manakala orang-orang Islam menghadapi sesuatu masalah tentang hukum-hukum,
mereka terus menemui Rasulullah dan bertanya kepada junjungan apa yang dimusykilkan. Rasulullah
menjawab pertanyaan mereka dengan wahyu yang diturunkan kepada junjungan. Firman tuhan yang
bermaksud :

"Dan dia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut
kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (samada Al-Quran atau Hadith) tidak
lain melainkan wahi yang diwahyukan kepadanya."

(An-Najm : 2-3)

Al-Ijtihad

Rasulullah S.A.W. mengajar sahabat-sahabatnya perkara-perkara yang berhubung dengan agama.


Mereka adalah orang yang baik penerimaan, halus fahaman, benar, jujur dan ikhlas. Dari itu maka
segala percakapan dan perbuatan mereka boleh diterima dan dibuat pedoman. Rasulullah
membenarkan mereka berijtihad, jika tidak ada nas atau hukum dari Al-Quran dan hadith-hadith.
Dengan syarat tidak terkeluar dari prinsip-prinsip atau peraturan-peraturan agama yang telah ditetapkan.

Kebenaran dan Permulaan Ijtihad

Rasulullah telah mengutuskan sahabatnya yang bernama Muaz Bin Jabal ke negeri Yaman sebagai
pendakwah, juga sebagai kadi. Sebelum pemergiannya, Rasulullah telah menemuduganya dengan
sabdanya :

"Wahai Muaz, bagaimanakah engkau menyelesaikan sesuatu masalah, jika engkau ditanya orang?"
Jawab Muaz ,"Aku akan menghukum dengan hukuman yang didapati di dalam kitab Al-Quran." Tanya
Rasulullah lagi; "Jika tidak ada hukuman dalam Al-Quran?" Kata Muaz; "Aku akan hukum dengan
sunnah Rasulullah(Al-Hadith). "Rasulullah bersabda lagi : "Jika sekiranya tidak ada dalam hadith?",
Jawabnya; "Aku akan berijtihad." Kemudian Rasulullah S.A.W. menepuk-nepuk dada Muaz sambil
bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah ( Muaz )
denagn perkara yang diredhai oleh Allah dan Rasulnya."

(Riwayat Imam Ahmad & Tirmidzi)

Inilah pengakuan Rasulullah mengenai ijtihad.

Mengenai penerimaan tuhan dengan hasil ijtihad, jelas dalam sabdanya yang bermaksud :

"Barangsiapa berijtihad dan betul ijtihad maka ia memperolehi dua pahala. Dan barangsiapa berijtihad
dan salah ijtihadnya, maka ia dapat satu pahalanya sahaja".

 
Perlunya Kepada Ijtihad

Manakala kehidupan manusia semakin hari semakin luas dan bercabang-cabang, dan manusia sendiri
bertambah-tambah ramai dari semasa ke semasa, maka bidang ilmu fiqh dengan sendirinya menjadi
luas, kehidupan orang-orang Islam semakin maju. Ajaran-ajaran Islam telah tersebar luas ke seluruh
dunia. Maka banyaklah peristiwa-peristiwa dan kejadian-kejadian yang berlaku, sedangkan nas-nas
hukum dari Al-Quran dan hadith-hadith nabi ada masa dan batas-batasnya. Tetapi peristiwa-peristiwa
dan kejadian-kejadian tetap berkembang dengan luasnya tanpa berhenti-henti. Justeru itu maka tidak
dapat tidak, perlu adanya perbincangan hukum dan ijtihad.

Di Zaman Khulafa Ar-Rasyiddin

Di zaman khulafa Ar-Rasyiddin telah zahir perkara-perkara perumpamaan ijtihad. Di antara mereka yang
telah tampil kemuka dalam konteks ini, ialah Saidina Umar Al-Khattab, dan masa inilah bidang ilmu fiqh
telah menonjol beberapa langkah maju ke hadapan.

Tiap-tiap sahabat nabi mengambil kesimpulan dari Al-Quran dan hadith sekadar yang mereka dapat,
dan memberitahu kepada orang lain pendapat-pendapat mereka. Dari itu perjalanan ilmu fiqh terus maju
kehadapan lagi.

Di antara sahabat-sahabat nabi yang berijtihad di Madinah : Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Ali,
Abdullah Bin Umar, Zaid Bin Tsabit, Ubai Bin Kaab, Abu Musa As-Asyari dan lain-lain. Sementara di
Mekah pula : Abdullah Bin Abbas. Di Kufah : Abdullah Bin Utbah. Di Mesir : Abdullah Bin Umar Al-Aash
dan lain-lain.

Pepecahan mereka di beberapa negeri adalah diibaratkan bintang-bintang yang bertaburan di langit,
dan mereka adalah menjadi ikutan umat Islam kerana sifat-sifat mulia dan peribadi yang tinggi yang
dimiliki oleh mereka. Pengiktirafan Rasulullah S.A.W. terhadap mereka adalah jelas dan tegas. Sabda
Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

"Sahabat-sahabatku adalah laksana bintang-bintang di langit, siapa dari mereka yang kamu ikut
nescaya kamu dapat petunjuk."

Ilmu fiqh di kalangan sahabat dan tabiin tidak beku dengan berpegang kepada lafaz-lafaz nas sahaja,
tetapi mengambil kira sama tentang hukum-hukum untuk menimbang sebab-sebab (alat) masa hendak
menghukum atau memberi fatwa.

Perundangan Terus Berkembang :

Sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. ada mempunyai ramai murid-murid yang belajar dari mereka.
Murid-murid itu digelar tabiin kerana mereka tidak sempat bertemu dengan Rasulullah, tetapi cuma
berjumpa dengan sahabat-sahabat nabi sahaja, mereka mengikut ajaran-ajaran Rasulullah dan jalan-
jalan sahabat nabi. Apa yang jelas bahawasanya perpindahan tabiin ke seluruh negeri dan bandar-
bandar pada masa itu menyebabkan ramai menghadapi bermacam-macam peristiwa dan kejadian yang
belum dilalui oleh sahabat-sahabat sebelumnya. Maka sudah menjadi kewajipan kepada mereka
mencari, membahas dan mengkaji hukum-hukum untuk menghadapi peristiwa itu. Maka dengan itu
bertambah luaslah lagi bidang ilmu fiqh.

Patut disebut bahawa ilmu fiqh sahabat-sahabat para tabiin tidak beku dengan berpegang kepada lafaz-
lafaz nas sahaja, tetapi ia mengambil kira sama tentang hukum-hukum untuk menimbang akan sebab-
sebab (ilah) masa hendak menghukum itu atau untuk memberi fatwa. Sebagaimana yang jelas
diketahui, bahawa pendapat mereka bermacam-macam dan berlainan. Ini disebabkan berlainan tempat
dan kedudukan negeri masing-masing. Disamping berlebih kurang tentang memahami maksud ayat-
ayat Al-Quran dan hadith-hadith nabi. Oleh demikian terhasilah berlainan pendapat di antara satu
dengan yang lain maka inilah yang dinamakan mazhab.

Di antara tabiin yang berijtihad diwaktu itu ialah : Said Al-Musayyab dan Abdullah bin Umar di Madinah.
Yahya bin Said, Rabiah bin Abdul Rahman, Atha bin Rabah di Mekah. Hassan Al-Basri di Basrah,
Thowas bin Kasan di Yaman, Makhul di Syam.

Di Zaman Umar bin Abdul Aziz.

Pada tahun 100 Hijrah di zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, beliau telah menghantar ulama dan
fuqaha ke seluruh negera.

Selanjutnya kerajaan Bani Umayyah telah hilang, timbul pula kerajaan bani Abasiyah, disamping itu
timbul pula pertelingkahan di antara orang-orang Alawiyyin dengan orang-orang Abasiyyin. Dan
pertelingkahan di antara Syiah dan Khawarij. Turut berlaku pada masa itu penyambungan di antara
pemikiran orang Arab dan Yunani (Grik Tua), iaitu sebagai natijah dari terjemahan dan pemindahan ilmu
pengetahuan. Di masa itu juga mula disusun sunnah-sunnah nabi, fatwa-fatwa dan pendapat ulama.
Dan ilmu fiqh di waktu itu telah masyhur ke seluruh pelusuk negeri dan ramailah orang yang
mengikutnya dan beramal dengannya, sebagai natijahnya terdirilah beberapa golongan atau pengikut
fuqaha.

Di zaman inilah nama imam-imam empat serangkai telah muncul dan temasyhur. Mereka adalah
diumpamakan bulan purnama yang dikelilingi oleh bintang-bintang yang berselerak di sekelilingnya.

Al-Ijma dan Al-Qiyas.

Al-Quran dan Al-Hadith adalah sumber asasi bagi ilmu fiqh Islam, yang mana pada permulaannya ialah
di zaman Rasulullah S.A.W. , sumber-sumber ini bertambah mengikut peredaran masa dan bidang luas
ilmu fiqh.

Selain daripada Al-Quran dan Al-Hadith ialah pendapat Rasulullah S.A.W. yang sama dinamakan ijma.
Maksud dengan ijma ialah persetujuan atau permuafakatan ulama di atas satu perkara atau hukum yang
tidak ada nas dari Al-Quran dan Al-Hadith pada satu-satu masa.

Di sana terdapat juga "Al-Qiyas" kerana bahawasanya hukum syara pada gholibnya mempunyai
beberapa ilah atau sebab-sebab yang boleh diketahui, apabila terdapat hukum yang dinaskan, maka
bolehlah dipindahkan hukum itu kepada perkara yang tidak ada nas jika terdapat sama ilahnya. Seperti
wajib zakat pada padi adalah diqiyaskan daripada gandum, kerana terdapat sama pada ilatnya, iaitu
mengeyangkan dan tahan disimpan.

Maka dapat dibuat kesimpulan, bahawasanya Al-Quran, Al-Hadith, Al-Ijma dan Al-Qiyas merupakan
sumber-sumber hukum yang terus hidup subur dan menjadi perbendaharaan yang besar yang
membuka luas pintu-pintu bidang ilmu fiqh Islam, ia menambah perbendaharaan, kekuatan dalam
hukum-hukum Islam.

Mazhab-Mazhab Yang Muktabar Dalam Islam.


Sebenarnya mazhab-mazhab dalam Islam adalah banyak, kerana ulama-ulama yang bekemampuan
terdiri daripada sahabat-sahabat Nabi, para tabiin dan tabi Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat-
syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai, tetapi mengikut pendapat ulama, bahawasanya mazhab
yang muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab sahaja,
mengikut qaul yang rajih. Iaitu : Mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali kerana keempat-empat
mazhab ini ada mempunyai peraturan-peraturan, kaedah-kaedah dan panduan-panduan yang sempurna
lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab-kitab mereka. Yang mana menjadi bahan-bahan yang
tak ternilai dalam perbendaharaan undan-undang Islam. Adapun mazhab-mazhab yang lain, maka tidak
ada mempunyai kaedah-kaedah yang cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang
perundangan sebagaimana yang empat tadi.

Ada juga mazhab-mazhab yang lain lagi selain daripada mazhab yang empat, tetapi tidaklah begitu
terkenal dan lengkap dan tidak mempunyai kaedah-kaedah usul-usul yang dibukukan.

Mazhab Hanafi

Adalah diasaskan oleh Nu`man Bin Tsabit. Lahir pada tahun 80 Hijrah. Beliau adalah seorang berjiwa
besar dan berakhlak tinggi. Juga beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap
memberikan satu-satu keputusan bagi masalah-masalah atau problem yang dihadapi. Oleh kerana
beliau seorang yang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka beliau dapat membuat
perhubungan yang rapat dengan pembesar negara. Ia mendapat tempat yang baik dalam masyarakat
dan berjaya menyandang jawatan yang tinggi dalam pemerintahan.

Iman Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di negeri Iraq. Dan beliau juga sebagai
ketua ahli fikir (ahli ra`u). Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai "akal dalam
ilmu pengetahuan".

Semasa hidupnya, beliau dapat menuruti bermacam-macam pertumbuhan dan perkembangan ilmu
pengetahuan, baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau memang dikenali
sebagai zaman pertumbuhan politik, agama dan ideologi-ideologi dan ism-ism yang bermacam-macam.
Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyah dan juga di zaman pemerintahan
`Abasiyah.

Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat
merendah diri. Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri. Dan beliau pernah berkata
"Bahawasanya pendapat kami adalah salah satu dari pendapat dan jika didapati pendapat yang lebih
baik dan tepat maka pendapat itu lebih benar dan utama".

Abu Hanifah seorang yang berperibadi tinggi dalam majlis perbahasan. Beliau tidak sekali-kali menghina
mereka yang berbahas dengan mereka. Mereka tidak pernah mengkafirkan sesiapa yang berbahas
dengannya, kerana beliau berpendapat : "Sesiapa yang mengkafirkan seseorang maka ia terlebih
dahulu kafir dari orang itu."

Mazhab Maliki

Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas, lahirnya di kota Madinah dalam tahun 93 hijrah. Beliau
dilahirkan 13 tahun selepas lahirnya Iman Abu Hanifah. Semasa hidupnya, Iman Malik dapat menurut
dua corak pemerintahan : Umaiyah dan Abasiyah, di mana perlingkahan sengit dua pemerintahan sering
terjadi. Di masa itu juga pengaruh ilmu pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya
dikalangan masyarakat di waktu itu.

Iman Malik menghafaz Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Ingatannya sangat kuat dan
menjadi adat kepadanya. Manakala beliau mendengar hadith-hadith daripada guru-guru, terus
disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadith-hadtih yang sudah beliau pelajari.

Pada permulaan hidup Imam Malik bercita-cita menjadi biduan tetapi ibunya menasihatkan supaya
beliau meninggalkan cita-cita itu, dan meminta beliau supaya mempelajari ilmu fiqh, beliau menerima
nasihat ibunya dengan baik.

Iman Malik adalah seorang guru yang miskin, pernah satu hari kayu bumbungnya rumahnya telah roboh,
terus beliau menjual kayu itu untuk mendapat sedikit wang untuk perbelanjaan hidupnya, tetapi pada
akhirnya beliau dimurahkan Allah akan rezekinya sehingga beliau menjadi seorang kaya. Setelah baliau
menjadi seorang kaya, beliau memakai pakaian yang mahal dan memakai bau-bauan yang baik. Imam
Malik adalah seorang yang aktif dalam menuntut ilmu. Beliau banyak membuat perhubungan dengan
ahli-ahli hadith dan ulama. Imam Malik dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadith. Sanad-
sanad (sandararan-sandaran) yang dibawa oleh beliau termasuk salah satu sanad-sanad yang terbaik
dan benar. Beliau seorang yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya, cermat dan halus memilih rawi-
rawi hadith. Pendek kata Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam konteks ini.

Imam Malik tetap berpegang teguh S.A.W. dalam menganggap hadith-hadith itu petunjuk, penyuluh
kepada manusia. Tidak harus seseorang meninggalkan dan membelakangkannya.

Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau lebih dahulu mendalami dalam bidang pelajaran sehingga
kadang-kala beliau tidak tidur. Setelah fikiran beliau matang dan benar-benar berkebolehan barulah
beliau mengajar.

Hukum-hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik adalah berdasarkan Al-Quran dan hadith. Imam
Malik menjadikan hadith sebagai pembantu bagi memahami Al-Quran, Imam Malik sangat cermat dalam
memberi penerangan dan hukum-hukum. Beliau berfikir panjang sebelum memberi satu-satu hukum
atau fatwa. Beliau pernah berkata : "Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari
jawapan bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku". Apabila beliau ditanya satu-satu hukum,
beliau terus berkata kepada penanya "Pulanglah dahulu supaya aku dapat berfikir". Ramai manusia
merendah-rendahkan Imam Malik dengan sebab beliau melewatkan menjawab sebarang pertanyaan.
Imam Malik menangis dan berkata "Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti dalam ( hari
kiamat)".

Mazhab Syafie

Mazhab Syafie adalah diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 105
hijrah, sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin . Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan
semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk
dan menimba ilmu. Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadith dan fikiran
dan membentuk undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan
syair-syair, tetapi beliau mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadith hingga
sampailah beliau ke kemuncak yang paling tinggi dalam bidang tersebut.

Imam Syafie ialah imam yang ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran. Beliau adalah penyokong
kepada ilmu hadith dan pembaharu agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin
Hanbal pernah berkata : diceritakan kepada nabi muhamad S.A.W. bahawa Allah menghantar kepada
umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama
dan aku harap Imam Syafie merupakan mujadid abad yang kedua.

Nama asalnya ialah Muhamad Bin Idris, lahir di bandar ghizah di Palestin pada tahun 105 hijrah, inilah
tarikh paling masyur dikalangan ahli sejarah. Beliau adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib.
Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah S.A.W. pada datuk Rasulullah iaitu Abdul Manaf.

Semasa muda Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu,
belulang, pelepah tamar dan tulang-tulang untuk ditulis di atasnya, terkadang-kadang beliau terpaksa
pergi ke tempat-tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.

Imam Syafie menghafaz Al-Quran dengan mudah, iaitu semasa beliau masih kecil lagi, beliau
menghafaz dan menulis hadith-hadith. Beliau sangat tekun mempelajari kaedah-kaedah dan nahu
bahasa Arab. Untuk tujuan itu beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama dengan
puak Hazyal selama 10 tahun. Kerana puak ( kabilah ) Hazyl terkenal suatu kabilah yang paling baik
bahasa Arabnya. Imam Syafie banyak menghafaz syair-syair dan qasidah dari puak Hazyl, begitu juga
beliau banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya,
tetapi Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fikah.

Di antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama-sama
beliau seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu, tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan
maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh? Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie.
Dari sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.

Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadith ialah Imam Malik. Ilmu fiqh yang
dibawa oleh Imam Syafie adalah merupakan satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah
perundangan Islam kerana beliaulah yang menghimpunkan atau menyatukan ilmu fiqh ahli-ahli akal dan
fikir dengan ilmu fiqh ahli-ahli akal dan hadith. Ilmu fiqh Imam Syafie juga merupakan ikatan sunnah dan
qias, dan pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan sebagaimana ia juga ilmu fiqh yang
menetapkan cara-cara atau peraturan untuk memahami Al-Quran dan Al-Hadith. Juga ia menetapkan
kaedah-kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya. Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja
bagi ilmu usul fiqh.

Mazhab Hanbali

Nama bagi pengasas Imam Hanbali ialah Ahmad Bin Mohamad Bin Hanbal. Lahir di bandar Baghdad
pada tahun 164 hijrah. Ibnu Hanbal adalah dari keluarga miskin, kerana bapanya tidak meninggalkan di
waktu matinya melainkan sebuah rumah yang kecil yang didiaminya. Untuk menampung kehidupannya,
belaiu terpaksa bekerja di kedai jahit untuk mengambil upah.

Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau tetap mempelajari hadith sehingga beliau
menjadi seorang imam, orang pernah berkata kepadanya: "Sampai bilakah engkau nak menuntut ilmu?
Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat
Islam?" Imam Ibnu Hanbal menjawab: "Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hinggalah ke pintu kubur."
Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Imam Syafie adalah salah
seorang dari guru Ahmad Bin Hanbal. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie semasa di Hijaz, sewaktu
beliau menunaikan fardu haji, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram. Ibnu Hanbal mempelajari
daripadanya, kemudian mereka bertemu pula pada kali kedua di Baghdad, Imam Syafie menasihatinya
supaya beliau mengikutnya ke Mesir. Imam Ibnu Hanbal bercadang mengikutinya tetapi niatnya tak
sampai.
http://azharazizblog.blogspot.com/2010/01/perkembangan-mazhab-dalam-sejarah-islam.html

Perkembangan Mazhab Dalam Sejarah Islam


Berikut adalah sejarah lahirnya mazhab dalam Islam, dalam makalah ini
berbagai permasalahan tentang mazhab akan dibincang secara ringkas,
penjelasan dalam hal ini diperlukan oleh kerana adanya salah faham tentang
mazhab baik bagi golongan yang bermazhab maupun golongan yang tidak
bermazhab. Istilah-istilah seperti ‘ta’assub’, ‘taqlid’ dan ‘salafi’ juga
dibincangkan.

1.. Mazhab Hanafi (80-150H.) 

Mazhab hanafi dinisbahkan kepada pengasas mazhab tersebut yaitu Imam


Nu’man bin Tsabit al-Kufi al-Hanafi. Beliau lahir di Kufah Iraq dari keturunan
Parsi pada 80 H. dan meninggal 150 H. beliau memulakan kehidupannya sebagai
peniaga sutera akan tetapi berpindah untuk menuntut ilmu dan berguru dengan
ulama-ulama terkenal pada masa itu seperti al-Syaikh Humad bin Abi Sulaiman
yang telah mewarisi ilmu dari Abdullah bin Mas’ud seorang sahabat yang
terkenal dalam bidang fiqih dan Ra’yi. Selain dari itu Abu Hanifah juga berguru
dengan imam Zaid bin Ali Zainal Abidin dan Ja’far al-Sadiq dll. 

Imam abu hanifah banyak dikritik ulama lain karena dikatakan telah
mengutamakan pendapat (ra’yu) daripada hadith, hal ini dibantah oleh
sebagian ulama bahwa beliau lebih banyak menggunakan pendapatnya sendiri
daripad hadith kerana pada masa itu penipuan hadith sangat berleluasa dan
beliau takut terambil hadith yang palsu. 

Manhaj Abu Hanifah dalam fiqih jelas, beliau akan mengembalikan segala
persoalan kepada Al-Qur’an kemudian al-Sunnah lalu Aqwal al-Sahabah yaitu
pendapat para sahabat Nabi. adapun apabila perkara tersebut tidak pernah
dibincangkan sebelumnya maka beliau akan berijtihad, yaitu dengan mengikut
metode Qiyas dan Istihsan. Ijtihad telah dibenarkan sejak zaman Nabi lagi,
ketika Rasulullah S.A.W. mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman beliau bertanya:
Bagaimana cara engkau dalam berhukum?, dengan merujuk kepada Kitab Allah,
Bagaimana kalau tidak ada dalam kitab Allah?, maka dengan merujuk kepada
Sunnah Rasulullah, bagaimana kalau tidak ada , maka aku akan berijtihad
dengan betul) dalam hadith yang lain Nabi bersabda: Apabila seorang mujtahid
berijtihad dan betul ijtihadnya maka dia akan mendapat dua pahala, apabila
salah dia akan mendapat satu pahala. 

Diantara murid Abu hanifah yang terkenal adalah Abu Yusuf , Muhammad bin
Hasan, merekalah orang yang bertanggung jawab menyebarkan Mazhab hanafi
dan memperkuat kedudukan mazhab tersebut. Adapun kitab-kitab yang
terkenal dalam mazhab Hanafi ialah Kitab al-Kafi oleh imam Muhammad bin
Muhammad al-Marwazi dan Kitab al-Mabsut oleh imam Muhamamd bin Ahmad
al-Sarkhasi. Dengan adanya dukungan ulama-ulama tersebut maka tersebar
luaslah mazhab Hanafi dan ianya telah menjadi mazhab rasmi bagi Khilafah
Osmaniyah di Turki. 

2. Mazhab Maliki (93-179 H). 

Imam Malik bin Anas al-Asbahi, berasal dari Yaman dan lahir di Madinah, dan
tak pernah meninggalkan Madinah kecuali untuk Haji, beliau lebih suka duduk
bersebelahan dangan Nabi, walaupun telah ditawarkan untuk mendampingi
Khalifah di Baghdad. Beliau telah banyak berguru dengan para Tabi’in,
diantaranya ialah Ibn al-Shihab al-Zuhri dan Rabi’ah al-Ra’yi, Yahya ibn Said ,
Abdul Rahman bin Hurmuz dll. Beliau belajar dan mengajar di Masjid Nabawi
dan diantara murid beliau adalah Imam syafi’I, anak kahalifah Harun al-Rashid
yaitu al-Amin dan al-Ma’mun, abdullah bin Wahb, Abdul Rahmanbin al-Qasim,
Abul Hasan al-Qurtubi dll. 

Imam Malik telah menulis sebuah Buku yang dinamakan al-Muwatta’, Buku ini
mengandungi Hadith-Hadith yang Sahih dan Mursal, Fatwa sahabat dan
pendapat para Tabi’in, dan juga mengandungi Ijtihad beliau sendiri dalam
bentuk qiyas, tafsir , tarjih. Beliau menulis buku tersebut dalam masa empat
puluh tahun, ini adalah merupakan karya terbesar Imam Malik dan merupakan
buku pertama dalam ditulis seumpamanya, setelah al-Qur’an dan Hadith. Al-
Muwatta ingin dijadikan kitab dan Mazhab rasmi bagi Khilafah Abbasiah masa
itu tetapi Imam Malik dengan tawadu’ menolak permintaaan tersebut. Selain
al-Muwatta’ kitab yang terkenal dalam mazhab Maliki adalah al-Mudawwanah
yang ditulis oleh murid-murid beliau dan menjadi pegangan rasmi
pemerintahan Umawiyyah di Andalus/ Spain.

3. Mazhab al-Syafi’i (150-204 H). 

Imam Abu Abdullah Muahammad bin Idris al-Syafi’i, mempunyai nasab yang
bertemu dengan Rasul yaitu dengan datuk beliau yang bernama Abd Manaf.
Beliau lahir di Ghazzah, Palestin, dan wafat di Mesir. Menimba ilmu di Mekkah
sampai berumur 15 tahun dan diberikan izin berfatwa, kemudian beliau pindah
ke Madinah berguru dengan Imam Malik sampai wafat, lalu mengembara ke
Yaman untuk berguru dengan Yahya bin Hassan Murid Imam al-Auza’i, beliau
ditangkap pada tahun 184 H. kerana didakwa menentang pemerintahan
Abbasiyah dan dibawa ke Baghdad disinilah beliau bertemu dengan Imam
Muhammad al-Syaibani dari Mazhab Hanafi, beliau terus mengembara untuk
belajar dan mengembangkan ilmunya sampailah akhirnya beliau mukim di Mesir
pada tahun199 dan meninggal tahun 204 H. 

Oleh kerana imam Syafi’i banyak mengembara dalam menuntut ilmu maka
mazhabnya juga merupakan kombinasi dari beberapa madrasah / pemikiran
dan kecendrungan, beliau mengambil sikap tengah antara madrasah ahlul
Hadith (menolak ijtihad-qiyas) dan madrasah ahlul Ra’yi (menolak hadith
ahad), beliau tidak menolak hadith Ahad yang sahih,dan menolak hadith Mursal
yang bukan oleh kibar Tabi’in. dan beliau menggunakan metode qiyas dalam
ijtihadnya, ini berarti beliau seorang pro ahlul Hadith dalam masa yang sama
pro ahlul Ra’yi.

Beliau adalah seorang ahli hadith yang banyak menghafal hadith dan dalam
kaedah fiqihnya hadith adalah sebagai sharih, muqayyid, Mufassil, dan
Mukhassis kepada al-Qur’an, sumber ketiga setelah al-Qur’an dan Sunnah
adalah Ijma’ dan kemudian aqwal al-Sahabah. Dan yang terakhir adalah Qiyas,
dengan ini beliau menolak Istihsan dan Istislah atau amal ahli madinah. 

Imam Shafi’i menulis buku tentang Usul fiqh, kitabnya al-Risalah adalah kitab
pertama yang membincangkan tentang ilmu itu, dan kitab kedua adalah kitab
al-Umm yang khusus membicarakan tentang mazhabnya dalam fiqih. Diantara
murid beliau yang tersebar di Iraq dan Mesir adalah: al-Rabi’ bin Sulaiman al-
Muradi, al-Hasan bin Muhammad al-Za’farani, Abu Ali Husein bin Ali al-Karabisi,
Isma’il bin yahya al-Muzni, abu Ya’kub al-Buwaiti dan Imam Nawawi. Mazhab
beliau pernah menjadi Mazhab rasmi di Mesir dan di Negara-negara Asia.
4. Mazhab Hanbali 164-241 H. 

Imam Ahmad bin Hanbal bin Hilal bin Asad al-Syaibani lahir di Baghdad dan
mengembara ke Mekah madinah, Syam, Yaman, dan lain-lain untuk menuntut
ilmu dan berguru, dan diantara guru beliau adalah imam Syafi’i. Beliau amat
arif dalam ilmu Sunnah, dan berjaya menghasilkan sebuah Musnad yang
mengandungi lebih daripada 40.000 hadith.

Dalam mazhabnya beliau berpegang pada lima Usul (Kaedah/methodology): 1.


Nash dari al-Qur’an dan Sunnah. 2. Fatwa Sahabat. 3. ijtihad Sahabat yang
lebih dekat kepada al-Qur’an dan Sunnah. 4. Mengambil hadith Mursal dan
Dha’if dan lebih diutamakan daripad Qiyas, khususnya dalam hal yang berkaitan
fadhail a’mal (sunnat). 5. Qiyas sebagai langkah terakhir.

Imam Ahmad tidak pernah menulis buku tentang mazhabnya, akan tetapi
murid-murid beliau mengumpulkan pendapat-pendapatnya, maka lahirlah buku
al-Jami’ oleh Ahmad bin Muhamamd al-Khilal dan buku al-Mukhtasar al-Khirqi
oleh Abul Qasim Umar bin Husein al-Khirqi dan Sharah buku tersebut oleh Ibn
Qudamah al-Maqdisi yang dinamakan al-Mughni. Diantara pengitkut beliau ialah
Imam Ibn taymiyah dan Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah.

Kesimpulan. 

Demikianlah sejarah lahirnya mazhab dalam Islam, ia adalah fenomena yang


normal dan sihat dalam sesuatu ajaran. Shari’ah Islam tidak bersifat Jumud ia
akan berkembang mengikut perubahan zaman, pintu ijtihad sentiasa terbuka
bagi para mujtahid bagi menangani permasalahan yang timbul dalam
masyarakat Islam. Mazhab dalam Islam bukan sesuatu yang sakral dan harus
diikuti dan dipatuhi seratus peratus, ini kerana mereka hanya berijtihad dan
ijtihad ada yang betul ada yang salah yang mana kedu-duanya tetap mendapat
pahala.

Lahirnya mazhab amat penting setelah wafatnya Rasul S.A.W. dan para Sahabat
r.a, kerana setiap ulama mempunyai cara dan metode tersendiri dalam
memahami al-Qur’an dan Sunnah, ulama-ulama yang cukup ilmunya dan
berkemampuan untuk mengerti maksud al-Qur’an dan memahami hukum yang
terkandung didalamnya, ulama seperti ini tidak banyak, mereka sangat
terbilang. Orang awam tidak dapat memiliki ilmu seperti ini, ini terbukti
apabila permasalahan agama diserahkan kepada yang bukan ahlinya (ulama)
maka setiap orang akan berbeza pendapat dan cenderung untuk mengikut hawa
nafsu dalam mentafsirkan ayat atau hadith.oleh sebab itu Nabi bersabda: “Dan
bertanyalah kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui”.

Yang menjadi permasalahan kepada ummat Islam adalah adanya sifat ta’assub
dikalangan penganut mazhab, sehingga seseorang itu lebih mengutamakan qaul
mazhab daripada hadith atau nash yang sahih. Ini jelas apabila mereka masih
enggan meninggalkan perbuatan bid’ah dan khurafat yang telah lama
diamalkan oleh masyarakat. Imam-imam mazhab sendiri sebenarnya tidak
bertanggung jawab terhadap amalan-amalan tersebut, kebanyakan yang terjadi
adalah ulama-ulama mazhab yang mentafsirkan dan mengembangkan
mazhabnya, jadi yang sepatutnya menjadi ukuran adalah al-Qur’an dan Sunnah,
qaul mazhab boleh diterima selagi tidak bercanggah dengan Hadith Sahih. Jadi
kesimpulannya tidak salah bermazhab (mengikut imam tertentu) akan tetapi
tidak boleh ta’assub atau taqlid a’ma (taqlid buta) pada mazhab tertentu,
seseorang muslim dituntut untuk menuntut ilmu dan mendalami fiqih agar tidak
taqlid dan jauh daripada bid’ah dan khurafat. 

Istilah “salafi” ternyata bukan sesuatu yang baru, istilah ini timbul ketika
bid’ah mula berleluasa di zaman khilafah Abbasiyah, maka sebagai reaksi dari
ulama-ulama Islam timbullah istilah ulama salaf yaitu ulama yang berpegang
teguh dengan ajaran nabi dan memerangi bid’ah. Bid’ah yang timbul ketika itu
adalah dalam permasalahan Aqidah dan bukan ibadah, termasuk bid’ah bahwa
al-Qur’an itu makhluk, maka ulama yang membantah keras pada masa itu
adalah imam Ahmad bin Hanbal (imam mazhab hanbali),beliau dipenjarakan
dan diseksa oleh kahalifah, maka sejak itu beliau digelar sebagai imam ahlu
salaf dan imam Ahlussunnah wa al-Jama’ah. Manhaj salaf ini kemudian
diperjuangkan oleh penerus beliau yaitu Imam Ibn taymiyah pada abad ke enam
hijriah. Kemudian pada zaman ini lahirlah Muhammad bin Abdul Wahhab
(1206H) di Jazirah Arab yang konsisten dengan perjuangan salaf dalam Aqidah
dan mazhab Hanbali dalam fiqih, dengan bantuan Raja Sa’udi maka ajaran
beliau tersebar luas dan mazhab Hanbali menjadi mazhab rasmi di Saudi Arabia
hingga kehari ini.
Posted by azharaziz

Reactions: 

Anda mungkin juga menyukai