Anda di halaman 1dari 6

Adab adab dalam Islam Saudara, sama sekali sikap pengotor atau tidak menjaga kebersihan bukan dari

ajaran Islam. Bahkan Islamlah yang mewajibkan kebersihan dan mengharamkan kekotoran. Bersih dan kotor dalam Islam mempunyai kaitan dengan dosa dan pahala, atau syurga dan nereka. Untuk soalan saudara saya jelaskan di sini perkara-perkara berikut;

1. Masyarakat muslim, pakaian mereka, tempat tinggal mereka, kenderaan mereka dan negara mereka sepatutnya mewakili atau melambangkan ajaran yang mereka hayati. Islam mewajibkan taharah (bersuci) serta menjadi syarat sah untuk ibadah utama iaitu solat yang dikerjakan lima kali sehari. Ertikannya, tubuh, pakaian dan tempat muslim sepatutnya sentiasa mementingkan kebersihan. Islam juga mensyariatkan wuduk, mandi wajib, mandi jumaat dan lain-lain perkara yang mempunyai kaitan dengan kebersihan. Demikian juga kebersihan dalam soal makan dan minum. Seorang muslim yang mengamalkan agamanya secara betul sepatutnya akan menjaga kebersihan dan cintakan kebersihan. Jika hal berlaku sebaliknya, maka itu menunjuk kegagalan menghayati ajaran Islam yang asal, atau sekadar mengamalkan tanpa menghayati ruhnya. 2. Islam juga mengajar disiplin hidup kepada manusia sehingga bab-bab yang dianggap remeh oleh sesetengah masyarakat tetapi diajar oleh Islam. Antaranya Islam mengajar cara dan adab membuat air kecil atau besar (qada hajat).

Golongan Musyrikin pernah mempersoalkan dengan berkata: Nabi kamu mengajar kamu semua perkara sehinggakan cara buang air?. Jawab Salman al-Farisi: Ya! Baginda telah melarang kami mengadap kiblat ketika membuang air besar atau kecil, juga melarang kami berintinjak (membersih najis) dengan tangan kanan, melarang kami berinstinjak dengan kurang dari tiga ketul batu dan melarang berinstinjak dengan najis binatang dan tulang (Riwayat Muslim). Ini sebahagian peraturan dan adab yang disebut oleh Salman hadis ini. Di sana ada lagi adab dan peraturan yang lain yang disebut dalam hadis-hadis yang pelbagai. 3. Berdasarkan maksud hadis-hadis Nabi s.a.w, maka wajib bagi sesiapa yang menggunakan harta awam memastikan ia digunakan dengan baik dan haram dia menyakiti pengguna selepasnya. Haram baginya dia membiarkan sisa kotoran atau najisnya sehingga menyusah pengguna selepasnya. Ia adalah perbuatan yang buruk dan zalim. Nabi s.a.w bersabda: Takutlah kamu kepada dua perkara yang menyebabkan dilaknat. Sahabat bertanya: Apakah dia dua perkara tersebut?. Sabda baginda: Orang yang membuang air besar di laluan orang ramai dan di tempat teduh mereka. (Riwayat Muslim). Hadis ini menyatakan dua perbuatan dilarang atau diharamkan kerana ia boleh membawa orang ramai melaknat pembuatnya disebabkan kesusahan atau kekotoran yang menyakiti mereka. Demikianlah halnya dengan mereka yang menggunakan tandas

atau harta awam yang menimbulkan kemarahan dan kutukan pengguna lain.

4. Firman Allah: dan mereka yang menyakiti perasaan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka (yang menyakiti itu) telah memikul kesalahan secara dusta, dan berbuat dosa ang amat nyata. (Surah al-Ahzab: 58). Ayat ini umum, merangkumi setiap tindakan yang menyakitkan perasaan orang mukmin tanpa alasan yang benar. Al-Imam alNawawi (meninggal 676H) dalam Riyadh al-Salihin meletakkan ayat ini di bawah babLarangan Membuang Air Besar Pada Jalan Orang Ramai, Teduhan Mereka, Mataair dan seumpamanya. Ini kerana perbuatan itu menyebabkan kesakitan perasaan orang lain. Perbuatan seperti itu adalah dosa yang nyata. 5. Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang menyakiti kaum muslimin pada jalan-jalan mereka dia pasti mendapat laknat mereka (Riwayat al-Tabarani dengan sanad yang hasan).

Perbuatan mengotor atau merosakkan harta awam adalah termasuk dalam menyakiti perasaan kaum muslimin. Maka ia mengundang kutukan dan cercaan mereka. Wajib membersihkan semula atau menggantikannya jika rosak dengan cara yang tidak sepatutnya. 6. Malang sekali, ramai yang tidak perasaan bahawa mereka sebenarnya melakukan dosa apabila mereka mengotor atau merosakkan kemudahan awam sehingga menimbulkan kesusahan kepada orang lain. Nampaknya, pengajian atau pendekatan pengajian agama yang diajar kepada masyarakat kita masih gagal untuk diterjemahkan secara praktikal dari segi prinsip dan ruhnya. Ini terbukti, apabila bukan sedikit tandas masjid atau surau yang tidak melambangkan sifat Islam yang sukakan kebersihan. Malulah umat Islam jika didapati tandas tempat-tempat yang tidak berlambangkan Islam lebih bersih dari tempat-tempat ibadah umat Islam. Kegagalan ini memerlukan koreksi tentang pendekatan pengajian agama yang diamalkan selama ini. 7. Masjid adalah lambang penghayatan Islam. Jika ilmu kebersihan dan taharah yang difardukan Islam gagal untuk diamalkan sekalipun di tandas-tandas yang diperuntukkan untuk mereka yang datang bersolat, maka itu amat memalukan umat Islam. Jika mengotorkan tandas awam di tempat-tempat lain itu satu dosa, maka dosa tersebut tentunya lebih besar jika mengotorkan tandas masjid. Saya cadangkan masjid atau selainnya boleh menulis peringatan seperti mengotori atau merosakkan kemudahan awam adalah satu dosa.

8. Termasuk dalam yang menyebabkan dikutuk atau dilaknat ialah mereka yang tidak amanah terhadap dana awam. Ini termasuk mereka yang rasuah, tidak amanah dalam projek pembinaan harta awam, menyalahgunakan kuasa dan seumpamanya sehingga tempat atau harta awam mudah rosak. Perbuatan mereka ini telah menyebabkan banyak harta awam tidak berkualiti, dibina dengan tahap yang rendah, rosak, bocor dan berbagai lagi. Orang awam akan bersungut dan menyumpah disebabkan perkara-perkara tersebut. Sedangkan duit yang dibina adalah wang rakyat. Mereka yang berbuat demikian termasuk dalam menyakiti orang lain tanpa sebab yang benar. 9. Malanglah bagi negara-negara umat Islam jika mereka lebih kotor dari negara-negara Barat atau bukan Islam. Mesir umpamanya adalah negara yang amat kotor. Sungai Nil menjadi tempat buangan sampah. Memalukan umat di mata bukan Islam apabila melawat pyramid melihat kekotoran Sungai Nil yang

tercemar oleh perbuatan masyarakat Islam. Bagaimanakah mungkin masyarakat seperti itu hendak dijadikan teladan? 10. Islam adalah agama yang menjamin kepentingan awam (public interest). Apa sahaja tindakan yang merosakkan kepentingan awam adalah menyanggahi syariat Islam yang mulia. Kepentingan awam adalah antara maqasid (tujuan) syariah Islam ini diturunkan kepada manusia sejagat. Para ulama dan cendiakawan Islam mesti selalu menegaskan prinsip ini. 11. Kesedaran kebersihan sepatutnya hendaklah didahului oleh dunia Islam melebihi dunia lain. Masyarakat Islam melebih masyarakat lain. Individu muslim melebih individu lain. * Tersiar di Sinar Harian pada 07 Mei 2010.

Anda mungkin juga menyukai