Anda di halaman 1dari 2

LANGKAH – LANGKAH MENGATASI KES BULI DALAM KALANGAN PELAJAR

Kes buli dalam kalangan pelajar sering mendapat liputan meluas media massa. Huraikan langkah-
langkah mengatasi kes buli dalam kalangan pelajar.
Pendahuluan
a. Pada era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi ini, negara kita telah berkembang pesat sama ada
dari segi ekonomi, sosial ataupun politik dalam menongkah arus modenisasi.
b. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit
sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat kita, iaitu masalah kes buli dalam
kalangan pelajar。
c. Masalah ini bagai duri dalam daging dan amat perlu ditangani dengan secepat mungkin supaya
tidak menjadi leibh serius, bak kata peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna”.
d. Persoalannya, apakah langkah-langkah efektif yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah
ini?

1. Pendidikan Agama
a. Langkah yang paling penting adalah memberikan pendidikan agama.
b. Pendidikan agama merupakan unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana
pendidikan agama membentuk seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau
balasan baik dan balasan buruk di Akhirat nanti.
c. Hal ini akan menyebabkan ia tidak melakukan buli kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang
perbuatan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain merupakan tindakan yang salah
di sisi agama.

2. Peraturan yang Tegas


a. Perlu ada peraturan yang tegas yang boleh dikenakan tindakan sewajarnya terhadap pembuli dan
peraturan tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa “memilih bulu”.
b. Sesiapa yang yang membuli, tanpa mengira apapun darjat atau kedudukannya hendaklah dikenakan
tindakan tegas.
c. Di samping itu pihak berkenaan juga haruslah telus dalam mengendalikan kes buli.
d. Disamping mengambil tindakan tegas terhadap pembuli, kes-kes berkenaan hendaklah didedahkan
kepada umum agar menjadi pengajaran kepada orang lain.

3. Peranan Media
a. Media massa, sama ada media elektronik, media internet mahupun media cetak hendaklah
menjalankan tanggung jawab social mereka dalam menangani masalah buli.
b. Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja
untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan umum.
c. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan
buruk buli.
d. Di samping itu media juag perlu sentiasa menayangkan iklan-iklan larangan membuli buli seperti
larangan merokok.

4.Peranan Badan-badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO)


a. Badan-badan kerajaan dan NGO perlu, sama ada secara bersendirian ataupun secara bergabung
tenaga menganjurkan program-program yang boleh menyedarkan masyarakat akan isu buli.
b. Hal ini boleh dilakukan dengan memfokus kepada kelompok-kelompok tertentu seperti kepada ibu
bapa dan guru dengan tujuan member pendedahan ilmu kepada ibu bapa dan guru agar mereka dapat
mengenal sama ada anak atau pelajar mereka telah menjadi mangsa buli atau tidak.
c. Bentuk program yang kedua adalah dengan mensasarkan kepada remaja kerana golongan remaja
merupakan kelompok yang banyak menjadi pembuli atau mangsa buli.
Mereka perlu disedarkan agar tidak membuli dan bagi yang menjadi mangsa buli perlu disedarkan
atau diberi semangat agar melaporkan kejadian buli kepada pihak yang berkenaan.

Penutup
a. Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan masalah kes buli dalam kalangan
pelajar.

b. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik
harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
c. Dalam hal ini, semua pihak haruslah bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk menyelesaikan
masalah ini kerana bak kata peribahasa Melayu, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat”.

Anda mungkin juga menyukai