Anda di halaman 1dari 1

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.

"

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang
menjelma."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya
digunakan.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.

“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati,
daripada hidup bagaikan arang.”

“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda
pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang
berharga.”

“Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.”

“Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat – buku.”

“Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku.
Kan buku tu penuh khasiat.”

“Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu.”

“Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita
daripada tertipu.”

“Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan
TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita
lakukan.”

“Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti bercakap

Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia kesempatan mengenal ilmu.

“Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah
susah.
Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang
tahu.”

“Pelajaran itu penting, ibarat lilin apabila bekalan elektik terputus.”

“Kan lebih bagus kita ada benda dan boleh berbangga dengan apa yang kita ada daripada kita
langsung tak boleh berbangga sebab langsung tak ada apa-apa.”

Anda mungkin juga menyukai