Anda di halaman 1dari 10

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya,


dapat saya menyiapkan portfolio Bina Insan Guru (BIG) ini pada masa yang
ditetapkan. Dalam usaha menyiapkan tugasan ini, ramai pihak yang telah
membantu saya untuk menghasilkan sebuah portfolio yang terbaik.

Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada tutor saya, iaitu En
Zakarai Bin Awang kerana telah banyak membantu serta memberikan tunjuk ajar
kepada saya sepanjang usaha mencari maklumat serta panduan dalam
menyiapkan tugasan ini dan juga kerana sudi meluangkan masa untuk berbincang
mengenai portfolio ini bersama-sama saya dan rakan-rakan yang lain.

Di samping itu, ucapan terima kasih ini ditujukan juga kepada rakan-rakan
seperjuangan kerana telah banyak membantu saya. Segala idea dan kritikan-
kritikan yang diberi telah banyak membantu saya untuk menhasilkan sebuah
tugasan yang terbaik di samping memberi info-info yang berkaitan kepada saya.

Akhir sekali, saya juga ingin menujukan ucapan terima kasih ini kepada Ketua
Rumah Anak Yatim PERKAYA Jabi serta ahli JKK di atas kerjasama baik yang
ditunjukkan dalam program ini serta kepada sesiapa sahaja yang telah membantu saya
di dalam usaha penghasilan tugasan ini. Terima kasih diucapkan.

Segala yang baik itu datangnya hanya daripada Allah S.W.T,dan segala yang
lemah itu datang daripada Allah S.W.T tetapi disandarkan atas kelemahan saya…

WASSALAM…

1
BIODATA

NAMA:
ANIS IRYANI BT CHE SOH

NO I/C.:
880530-03-5314

NO MATRIK.:
4212

UNIT.:
PISMP PEND. SENI VISUAL

ALAMAT:

PT 3372, TMN SRI SELASIH,KG BERIS TENGAH,16050,BACHOK,KELANTAN.

TARIKH LAHIR:
30 MEI 1988

E-MAIL:
Anisaputra88@yahoo.com.my

2
1.0 Pendahuluan

Program sehari bersama warga Rumah Anak Yatim PEKAYA Jabi merupakan
program yang dirancang oleh pelajar jurusan Pendidikan Seni Visual ambilan Januari
2008 di bawah bimbingan En Zakarai B. Awang,pensyarah pendidikan seni visual
IPSMB. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara
peserta program dengan warga Rumah Anak Yatim PEKAYA Jabi . Di samping itu juga,
tujuan utama program ini dijalankan ialah peserta dapat belajar bagaimana untuk
menguruskan sesuatu program dengan baik.

2.0 Tajuk

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

PROGRAM SEHARI BERSAMA WARGA RUMAH ANAK YATIM PEKAYA


JABI,JERTEH,TERENGGANU.

3.0 Rasional

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, program ini mampu melahirkan


insan guru yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ianya dapat
diterapkan melalui penglibatan guru dalam menguruskan sesuatu program yang
dianjurkan. Selain itu peserta yang terlibat akan menambah ilmu pengetahuan mereka
tentang bagaimana melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung dalam
mengendalikan sesuatu program. Penambahan ilmu dalam satu-satu bidang amat
bersesuaian dengan kehendak kerajaan yang menyarankan konsep pendidikan seumur
hidup. Selain itu juga secara tidak langsung peserta dapat bertukar pendapat dan
menyelami perasaan orang lain. Hubungan silaturrahim yang terjalin juga sesuai
dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan rakyat yang bersatu padu.

3
4.0 Objektif

Melahirkan insan guru yang seimbang dari segi JERIS melalui aktiviti yang berikut :

i. menambah ilmu pengetahuan dan bertukar-tukar pendapat;


ii. melatih guru mengendalikan sesuatu program dengan jayanya;
iii. menyahut cabaran kerajaan untuk membentuk insan guru yang
seimbang;
iv. membentuk semangat kerjasama dalam menjayakan sesuatu;
v. membuktikan guru masa kini yang serba boleh dalam menghadapi
cabaran pengajaran;
vi. melakukan amal jariah;
vii. mengeratkan silaturrahim di antara peserta program dengan
penduduk Kg. Lubok Kawah;
viii. menyelami perasaan orang lain;
ix. melahirkan guru yang prihatin terhadap masyarakat;
x. mempraktikkan ajaran agama dalam kehidupan seharian dan
xi. merealisasikan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

4
Khamis ,11 September 2008

Pada 11 September 2008 iaitu pada hari Khamis, seramai 20 orang guru
pelatih Unit PPISMP Pendidikan Seni Visual Semester 3 telah dibawa ke Rumah Anak
Yatim PEKAYA Jabi,Terengganu menaiki sebuah bas institut. Kami bertolak dari institut
kira-kira pukul 6.50 pagi dan tiba di di Rumah Anak Yatim PEKAYA.Sebaik sahaja
sampai di sana, kami diberikan sedikit taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan
serta sesi berkenalan dengan anak-anak yatim PEKAYA.

Setelah itu, kami berkumpul di Masjid Kampung Lubok kawah. Kerja-kerja


gotong royong dijalankan. Di situ, timbullah semangat kerjasama antara sesama ahli
dalam membersihkan setiap bahagian dalam masjid itu. Kira-kira pukul 4.30 petang,
kami solat Asar berjemaah. Selepas itu, aktiviti Gotong-royong membersihkan kawasan
dalam dan luar masjid disambung. Sebahagian guru pelatih perempuan lagi berada di
rumah Ketua JKK Kg. Lubok Kawah bagi membantu menyiapkan juadah berbuka
puasa.

Pada kira-kira pukul 6.30 petang, kerja gotong royong siap dijalankan.
Kami mengambil peluang ini untuk bersiap-siap dengan memakai baju kurung serta
baju melayu untuk berbuka puasa. Setelah itu, para guru pelatih saling membantu
menyusun dan menghidangkan juadah berbuka puasa. Di situ, timbullah semangat
kerjasama antara sesama ahli dalam membantu menghidang juadah berbuka puasa.
Tidak ketinggalan juga kaum isteri ahli JKK Kg. Lubok Kawah yang turut bertungkus-
lumus menyiapkan juadah.

Pada pukul 7.20 malam, kami berbuka puasa bersama ahli JKK. Selepas
itu, kami mengemas tempat makan dan pergi solat maghrib bersama penduduk
Kampung Lubok Kawah. Kami sama-sama mendengar ceramah yang disampaikan oleh
imam masjid Kampung Lubok Kawah dan kemudiannya bersolat Isyak berjemaah dan
solat tarawikh berjemaah.

5
Sebaik sahaja pulang dari masjid, kami beramah mesra dengan ahli
keluarga Ketua JKK Kg. Lubok Kawah serta ahli JKK. Ketua JKK Kg. Lubok Kawah juga
turut memberi kata-kata perangsang serta nasihat kepada kami. Selepas itu, pemberian
cenderahati untuk ketua JKK dan masjid oleh wakil unit kami, Mohd Muslim Abdullah.
Setelah itu, kami berkemas untuk pulang ke institut menaiki bas institut. Kira-kira pukul
10.00 malam kami tiba di institut.

6
SUASSANA
AKTIVITI YANG
DIJALANKAN

7
Sesi senamrobik bersama anak-anak yatim PEKAYA

Sarapan di Dewan Makan PEKAYA

Sesi pembahagian kumpulan kecil. Bawah: Barisan Ahli Jawatankuasa

8
Antara aktiviti yang dijalankan

9
10

Anda mungkin juga menyukai