Anda di halaman 1dari 1

Baca petikan puisi ini dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan yang berikutnya.

Kisah si Tanggang jadi pedoman,


Bukan yang derhaka jadi ikutan,
Tidak yang culas jadi amalan,
Tapi perjuangannya jadi pegangan.

Kecekalan bekerja dari bawahan,


Tidak kenal erti kekecewaan,
Berjayalah Tanggang atasi rintangan,
Jadilah ia orang kesayangan.

Jauh berkelana si anak muda,


Curah tenaga untuk nakhoda,
Bekerja kuat tidak terkira,
Ingin berjaya tersemat di jiwa.

Ringan tulang ketika bekerja,


Keterampilan diri disenangi sentiasa,
Jadi kepercayaan oleh maharaja,
Akhirnya dilantik jadi nakhoda.

Hidup miskin bukan kongkongan,


Harapkan takdir bukan alasan,
Cekalkan diri tuju kecemerlangan,
Jadikan ia suatu impian.

Berkahwinlah dengan puteri jelita,


Hidupnya kini bertambahlah kaya,
Terkenallah ia ke seluruh negara,
Namun sikapnya ada yang tak kena.

31. Tajuk yang paling sesuai bagi puisi di atas ialah


A Si Tanggang Derhaka
B Kisah Kejayaan Tanggang
C Si Tanggang Jadi Ikutan
D Kehebatan Nakhoda Raja
32. Puisi ini ialah
A syair.
B pantun.

C sajak.
D gurindam.

33. Sikap apakah yang ada pada si Tanggang yang patut kita ikut?
A Keculasannya.
C Penderhakaannya.
B Kebongkakannya.
D Kegigihannya bekerja.
34. Tema puisi ini ialah
A penderhakaan terhadap ibu dan bapa.
B sikap yang tidak patut jadi ikutan remaja.
C sikap kesungguhan bekerja untuk memajukan diri.
D kesediaan untuk melakukan sesuatu terletak pada diri sendiri.
35. berkelana dalam puisi di atas bermaksud
A bersedia.
C merajuk.
B merantau.
D bekerja.
36. Apakah maksud simpulan bahasa ringan tulang?
A Menolong orang. C Rajin bekerja.
B Bersikap malas. D Suka mengampu.
37. Apakah pekerjaan pertama si Tanggang?
A Kelasi
C Lanun
B Nakhoda
D Hamba
38. Apakah alasan yang selalu diberikan oleh orang yang tidak berdaya maju?
A Wang tidak mencukupi.
B Masa senggang sukar dipenuhi.
C Kawan yang berjaya enggan membantu.
D Takdir sudah menentukan nasib mereka.
39. Sikap apakah yang tidak patut ada pada seseorang
jika ingin berjaya?
A Ringan tulang
C Berat perut
B Cekal hati
D Rendah diri
40. Namun sikapnya ada yang tak kena dapat menunjukkan bahawa si Tanggang yang telah berjaya itu
A lupa diri.
C putus asa.
B besar hati.
D patah hati.

Anda mungkin juga menyukai