Anda di halaman 1dari 6

1.

0 BUTIRAN AM

Tajuk : Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah

Anjuran : Badan Disiplin Dan Pengawas Sekolah

Penasihat : Tuan Haji Ishak bin Sahlan ( Guru Besar )

Pengerusi : Puan Zarina binti Sidik ( GPK HEM )

Timbalan Pengerusi : Encik Ahmadun bin Sallim ( GPK Pentadbiran

Naib Pengerusi : Puan Hjh Aznida binti Mohd Said( GPK Koku )

Setiausaha : Cik Masliah binti Muhamad

Penyelaras : Encik Mohamed Nayan bin Mohamed

Bendahari : Encik Ibrahim bin Ab Rahman

Tempat : Sekolah Kebangsaan Pontian Besar

Tarikh : 7 Hingga 8 Jun 2010

Jumlah Peserta : 40 Orang


2.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit HEM SK. Pontian
Besar . Program ini melibatkan semua pengawas sekolah calon pengawas sekolah tahun
2011 berjumlah 40 orang. Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi
pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai
panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab
sebagai seorang pengawas. Oleh yang demikian , program ini khususnya dirancang untuk
meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan , pengetahuan dan menambah pengalaman
serta memantapkan pelajar.
Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada para
Pengawas untuk berkongsi pengalaman sesama jurulatih dan pihak – pihak luar dalam
memantapkan lagi profesionalisme mereka . Semoga usaha ini akan memberi manfaat
dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke
semasa demi mengharumkan nama sekolah .

3.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dimajukan untuk makluman ,serta kelulusan daripada pihak SK. Pontian
Besar mengenai penganjuran Kem Kepimpinan Pengawas peringkat sekolah .

4.0 TEMA

“ Pelajar Proaktif Pemangkin Kebitaraan “


5.0 OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Program Ini adalah untuk :


5.1 Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul
program jati diri .
5.2 Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan
diri dengan modul yang pelbagai.
5.3 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan
yang mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kearah
peningkatan akademik dan sahsiah.
5.4 Melalui aktiviti – aktiviti yang telah dirancang ini , dengan harapan akan
menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para
pengawas apabila menghadapi tugas yang diamanahkan .

6.0 SASARAN

Semua Pengawas Sekolah dan calon pengawas sekolah 2011

7.0 KANDUNGAN PROGRAM

7.1 Malaysia Cergas


7.2 LDK1
7.3 LDK2
7.4 Dynamic game
7.5 Treasure Hunt
8.0 ANGGARAN KEWANGAN
Anggaran Pendapatan Jumlah ( RM ) Anggaran Perbelanjaan Jumlah ( RM )

Sumbangan Sekolah Rm500.00 Kos Makan Rm 480.00


( 40muridxRM6X 2 Hari )

Penceramah / Fasilitator
Sumbangan PIBG Rm100 1. En Mohamed Nayan Rm 60.00
b Mohamed.
2. En Ibrahim b Ab Rm 60.00
Rahman
JUMLAH Rm600.00 Rm 600.00
9.0 ATURCARA PROGRAM
7 Jun.2010
7:30 pg : pendaftaran
8:00 pg : taklimat
8:15 pg : perasmian
8:45 pg :ice breaking
10:00 pg: minum pg
10:30 pg: ceramah 1
12:30 tgh : makan tgh
1:20 ptg: solat
2:30 ptg: ceramah 2
4:30 ptg : minum ptg
4:45 ptg : solat
5:00 ptg : riadah (kerusi berirama )
6:30 ptg : mengurus diri, mkn mlm, solat, moral (treasure hunt)
9:00 mlm : ceramah 3
10:30 mlm : minum mlm dan bersurai (pulang ke rumah masing-masing)
8 Jun 2010
7:15 pg: sarapan pg
7:45 pg: kawat kaki di pdg
9:00 pg : LDK
10:00 pg : minum pg
11:00 pg : penilaian
12:30 tgh : mkan tgh
1:00 ptg :b'surai
10.0 PENUTUP

Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan semangat
baru kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai Pengawas SK Pontian Besarh .
Menyedari pentingnya keterampilan dan keunggulan pengawas umumnya , serta
membentuk sahsiah diri yang mantap dalam kalangan pelajar SK Pontian Besar ,
diharapkan kem ini akan memudahkan dan boleh membantu pengawas dalam
menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan sempurna. Program ini juga diharapkan dapat
mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif kepada semua pegawas
sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk menempuh permasalahan pelajar di
sekolah yang semakin mencabar .
SEKOLAH KEBANGSAAN PONTIAN BESAR

KERTAS KERJA

PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS UNIT HEM SK PONTIAN BESAR

TARIKH:
7 Dan 8 Februari 2010

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN PONTIAN BESAR
JALAN IBRAHIM
82000 PONTIAN
JOHOR DARUL TAKZIM

Anda mungkin juga menyukai