Anda di halaman 1dari 4

Seni Dalam Pendidikan

MENGGAMBAR

PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR


. satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid.
. melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat
gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
.menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya.
.lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek.
.meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya.
.membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik
dalam proses rekaan..
.dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka
seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.

R Definisi Menggambar
.representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.
.mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan
rata.
. gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang
.Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
. Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi
. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej
atau objek
LUKISAN

Rhasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan
media kering atau menggunakan warna paling sedikit.
Rlanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu
kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.
Rkarya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata.
RPenggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel
warna, pastel, arang, pen dan dakwat.
RProses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan.
RAplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan
lukisan.
R bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresif dan nyata

CATAN
.proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata.
. mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak
.Dihasilkan melalui sapuan warnake atas permukaan rata dengan menggunakan berus
. Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan warna
ke
atas permukaan
. Satu ciptaan gambar yang berwarna
. latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas
dan dinding.
. Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D.
. Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain
. Satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan
menggunakan bahantara pigmen warna.

Kolaj
.bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan
.perancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain
atau bahan lain di atas permukaan 2D.
.satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan
majalah disusun dan ditindih
.Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi.
. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj.
. Satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.
.Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistic daripada imej atau gambar yang
berlainan, latarbelakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak.
. Satu teknik menggambar di mana foto, keratan akhbar atau manamana bahan berbentuk 2D
dilekat dan di satukan di atas permukaan.
.Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara ”superimpose” di
antara satu sama lain
.Satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen.
. Satu susunan objek dan bahan di atas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu
gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

MONTAJ
. Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan
mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar
. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk
menghasilkan satu tajuk atau tema.
. Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses
menampal satu bahan ke atas bahan yang lain
.Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi
ilustrasi
. imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan
. hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto,
majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan
satu imej.
.komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun
berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya
montaj.
. Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara
satu sama lain.
.Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi daripada sumber-sumber yang
berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto.
. Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada
bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni
. Aktiviti superimpose daripada berbagai elemen

Anda mungkin juga menyukai