Anda di halaman 1dari 5

Friday, February 16, 2007

PENGENALAN

Saya Ainee binti Haji Ahmad P37778, pelajar Pra-syarat bagi mata pelajaran Psikologi
Perkembangan.

Kanak-kanak Awal.

Kanak-kanak awal bermula dari usia 2 tahun hingga 7 tahun. Pada peringkat ini perkembangan
fizikal dan motor begitu pesat. Dari segi kognitif ia berada di peringkat praoperasi. Pada
peringkat ini kanak- kanak ini berfikir secara tidak logic tetapi mereka boleh dan berupaya untuk
berfikir berdasarkan imej mental. Fikiran mereka adalah bersifat egosentrik iaitu tertumpu
kepada diri sendiri. Mereka juga berfikir bahawa benda-benda mati sebagai hidup. Contohnya
percaya yang bulan itu hidup kerana di mana mereka berada bulan itu mengikuti mereka. Pada
peringkat ini juga kanak-kanak mula membuat imaginasi secara aktif. Pertumbuhan yang paling
impresif ialah dari segi bahasa di mana pada umur dua tahun mereka sudah mampu menguasai
250 perkataan dan pada umur enam tahun sudah mampu menguasai 14,000 perkataan. Dari
perkembangan emosi dan social di dapati ia berkembang dengan pesat. Perubahan yang jelas
ialah dalam perhubungan dengan rakan sebaya.Pada umur 2 tahun kanak-kanak cenderung untuk
bermain sendirian walaupun ada orang lain yang hadir di sisi mereka. Pada umur 4 hingga 7
tahun mereka sudah mula terlibat dengan tingkah laku langsang. Pada usia ini kanak-kanak
sudah peka dan menyedari jantina masing-masing dan mula bermain dengan permainan yang
bersesuaian dengan jantina mereka.

PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL, DAN KOGNITIF KANAK-KANAK AWAL.

Kadar pertumbuhan kanak-kanak adalah lebih perlahan berbanding dengan kadar pertumbuhan
bayi. Kadar pertumbuhan bayi yang pesat kian berkurangan selepas bayi berusia 1 tahun. Selain
peningkatan dari segi ketinggian dan berat badan, kanak-kanak juga mengalami perubahan dari
segir bentuk badan dan rupa paras. Kanak-kanak yang berusia 6 tahun akan kelihatan lebih
dewasa berbanding dengan kanak-kanak berusia 2 tahun dari segi bentuk badannya. Misalnya
lapisan lemak yang tebal dalam badan bayi yang berusia satu tahun yang memberikan rupa bayi
(babyish appearance) semakin berkurangan selepas usia bayi memasuki tahun kedua. Kanak-
kanak yang berusia 6 tahun hanya memiliki 50% daripada lemak yang ada di badannya ketika
berusia satu tahun. Selain perubahan dari segi kuantiti, taburan tisu lemak turut berubah hasil
daripada pertumbuhan tulang dan oto yang pesat. Perubahan ini juga telah mengubah bentuk
badan kanak-kanak. Misalnya, pinggang kanak-kanak berusia 6 tahun lebih kecil daripada bahu
dan pehanya jika dibandingkan dengan bayi yang mempunyai pinggang yang sama dengan dada
dan pehanya. Saiz pinggang bayi yang besar adalah disebabkan oleh ketebalan tisu lemak dan
kadar pertumbuhan organ dalaman yang lebih cepat daripada bahagian-bahagian lain. Selain
pinggang, kanak-kanak juga mempunyai saiz dan panjang kepala yang lebih seimbang jika
dibandingkan dengan bayi. Panjang kepala bayi yang baru dilahirkan didapati meliputi satu
perempat daripada keseluruhan ketinggiannya, manakala panjang kepala kanak-kanak yang
berusia antara 2 hinggan 6 tahun berubah daripada satu perlima kepada satu perlapan
keseluruhan saiz badannya (Lefrancois, 2001). Perubahan dari segi taburan tisu lemak, dan saiz
kepala menyebabkan kanak-kanak 6 tahun lebih menyerupai orang dewasa jika dibandingkan
mereka yang berusia 2 tahun yang masih menyerupai bayi. Kajian jiga mendapati berat otak bayi
yang berusia 2 tahun telah mencapai 75% dariapada berat otak orang dewasa dan kanak-kanak
yang berusia 5 tahun telah mencapai 90% daripada berat otak orang dewasa. Pada
keseluruhannya, otak berkembang dengan paling pesat dan bahagian atas kepala (contoh: otak
dan mata) berkembang lebih cepat berbanding dengan bahagian bawah (contoh: rahang dan
dagu).
Perkembangan fizikal dan motor kanak-kanak boleh dibincangkan berdasar dua peringkat
perkembangan iaitu peringkat awal kanak-kanak (2 -3 tahun) dan kanak-kanak prasekolah (3-6
tahun) dan peringkat pertengahan kanak-kanak (6 -13 atau 14 tahun).

a. Perkembangan fizikal.
Purata kadar pertumbuhan fizikal kanak-kanak pada peringkat ini ialah 2½ inchi dan 5 hingga
7lb setahun. Kanak-kanak perempuan adalah lebih ringan dan lebih kecil berbanding dengan
kanak-kanak lelaki. Misalnya purata ketinggian dan berat badan bagi kanak-kanak perempuan
yang berusia 3 tahun ialah antara 35.5 hingga 40 inchi dan 25.5 hingga 36.5 lb, manakala kanak-
kanak lelaki pada usia yang sama mempunyai purata ketinggian lebih kurang 36 hingga 41 inchi
dan berat antara 27 hingga 38 lb. Pertambahan berat tahunan agak tekal dan kemudian beransur
kurang sehingga mencapai umur baligh. Kanak-kanak baik lelaki maupun perempuan kelihatan
langsing (slim down) apabila mencapai usia pra sekolah kerana badan menjadi panjang walaupun
kepala masih kelihatan lebih besar daripada badan. Pada akhir peringkat prasekolah badan
kanak-kanak kelihatan lebih seimbang dan kandungan lemak menurun, oleh itu rupanya tidak
lagi kelihatan tembam. Kanak-kanak perempuan didapati mempunyai lebih banyak tisu otot
lemak berbanding dengan kanak-kanak lelaki yang mempunyai lebih banyak tisu oto.
Pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti tinggi, berat, dan kekuatan adalah berbeza
mengikut individu. Perbezaan ini adalah kesan daripada pengaruh faktor perwarisan dan
persekitaran seperti nutrisi, status sosio-ekonomi, dan penjagaan. Menurut Meredith (1978), dua
faktor penyumbang yang penting kepada ketinggian ialah etnik dan nutrisi. Masalah seperti
mulnutrisi dan jangkitan penyakit yang kronik boleh membantutkan pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak. Pertumbuhan yang lambat boleh mendatangkan masalah kepada
kanak-kanak dari segi social dan psikologi seperti rendah diri, kecewa dan masalah persahabatan.

b. Perkembangan motor.
Apabila kanak-kanak mencapai usia 2 tahun, mereka bukan hanya boleh berjalan, tetapi juga
boleh melakukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda, menyusun blok, membuka tali
kasut dan sebagainya. Kemahiran motor ini boleh dibahagikan kepada kemahiran motor kasar
dan kemahiran motor halus. Perkembangan motor kanak-kanak pada peringkat ini
memperlihatkan koordinasi yang baik antara oto dengan mata. Kanak-kanak juga mempunyai
keupayaan untuk berdikari seperti boleh melakukan sendiri pelbagai tugasan harian seperti
makan dan pakai baju. Kemahiran motor kasar dan motor halus yang telah dikuasai oleh kanak-
kanak boleh dijelaskan seperti berikut:

Umur
(Tahun)
Aktiviti motor kasar
Aktiviti Motor Halus

2-3

melompat dan berlari ulang alik


menunjukkan tahap aktiviti yang paling tinggi

Suka menconteng, mendiskriminasi objek tetapi tidak boleh melukis objek

3-5

memanjat, menendang bola dan menunggang basikal kecil

Memegang gelas dengan sebelah tangan, mengutip objek, menyusun blok secara menegak,
membuka tali kasut, makan dengan menggunakan sudu, menuang air dari bekas, dan boleh
menyalin bulatan dan melukis garisan lurus

4–5

melakukan aktiviti fizikal yang lebih mencabar dan lasak seperti memanjat tangga dengan
sebelah kaki
menunjukkan kebolehan luar biasa di taman permainan dan elakukan aksi jimnastik yang mudah

Melukis bentuk yang mudah, menulis huruf yang besar dan menggunakan gunting untuk
memotong.

5 ke atas

lari dengan lebih laju dan suka berlumba lari dengan rakan.
Boleh melompat sejauh 3 kaki dan setinggi 1 kaki.
Boleh melompat dengan sebelah kaki dan melakukan gerakan kaki seperti bermula, berpusing
dan berhenti dengan berkesan.
Boleh berjalan atas palang, melontar dan menangkap bola.

Menarik zip, membutang baju, membina rumah dengan blok, mengikat tali kasut, melukis atau
menyalin bentuk, contohnya segi empat, tetapi tidak boleh melukis bentuk diamond kerana tidak
simetri.
c. Perkembangan Sosial.
Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak
berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta
budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan
kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka.
Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oles sesuatu kumpulan
sosial. Ontohnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir
tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan
oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap
tidak sesuai bagi budaya yang lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang
bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.
Perkembangan sosial ini dapat dikaitkan dengan teori yang dikemukakan oleh Erik Erikson yang
dikenali dengan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson menerangkan perkembangan
sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap
peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Erikson menyatakan
peringkat ini kanak-kanak berada pada tahap Berdaya Tindak lwn Rasa Bersalah, iaitu:

i. Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran tentang
tanggungjawab atas tindakan sendiri.
ii. Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha dan daya tindak
tetapi masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan keselamatan yang diperoleh
dengan menerima kawalan dan tanggungjawab daripada orang dewasa.

Dalam pembentukan kesedaran ini ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memberi
sokongan terutama dalam identifikasi

d. Perkembangan Kognitif.
Kanak-kanak mentafsir pengalaman mengikut peringkat perkembangan mental mereka. Bukan
sahaja mereka kurang berpengalaman secara kuantitatif tetapi pengetahuan mereka berbeza dari
segi kualitatif. Perkembangan kognitif kanak-kanak merangkumi zaman awal kanak-kanak dan
pertengahan kanak-kanak. Tetapi di sini kita hanya menitik beratkan zaman awal kanak-kanak.
Alam kognitif awal kanak-kanak atau kanak-kanak pra sekolah adalah kreatif, bebas dan
imaginatif, contohnya mereka melukis manusia menyerupai orang-orangan (scarecrow). Kanak-
kanak peringkat ini juga terlalu egosentrik dari segi pemikiran. Mereka melihat persekitaran
mereka melalui perspektif diri mereka dan belum berupaya melihat melalui perspektif orang lain.
Menurut Piaget kanak-kanak akan menggunakan konsep yang sedia ada untuk mentafsir idea
atau pengalaman baru melalui proses asimilasi dan proses akomodasi iaitu apabila kanak-kanak
mengubah suai konsep sedia ada kepada idea atau pengalaman baru untuk menjadi lebih
bermakna.Tambah Piaget lagi, perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku kerana proses
adaptasi iaitu interaksi antara asimilasi dan akomodasi. Konsep ini menjadi lebih luas melalui
asimilasi dan diubahsuai melalui akomodasi.
Jean Piaget merupakan ahli psikologi yang menyatakan kanak-kanak berfikir berbeza daripada
orang dewasa. Beliau melihat pemikiran sebagai proses sedar dan memberi penekanan kepada
peringkat perkembangan yang berkait rapat dengan pematangan. Menurut Piaget perkembangan
kognitif kanak-kanak awal ini di beri konsep sebagai pemikiran praolahan:
i. Sejadi :

Permulaan kebolehan menyusun semula dalam pemikiran apa yang telah dibina dari segi tingkah
laku, dan peralihan penggunaan simbol daripada primitif kepada yang lebih sofistikated. Belum
lagi boleh berfikir dari segi olahan.

ii. Sub peringkat fungsi simbolik:

Sub peringkat ini berlaku lebih kurang pada umur 2 dan 4 tahun dan menggambarkan sifat
pemikiran simbolik, egosentrik dan animisme

iii. Sub peringkat pemikiran intuitif:

Kanak-kanak berumur antara 4 dan 7 tahun. Intuitif kerana kanak-kanak kelihatan amat yakin
dengan pengetahuan mereka. Tetapi tidak tahu bagaimana mereka mengetahuinya. Menyoal
tidak berkesudahan dan kurang pengetahuan dari segi ketekalan.

Anda mungkin juga menyukai