Wakaf merupakan satu tradisi sosial yang diturunkan oleh Rasulullah S.A.W dimana
tradisi tersebut dipegang kuat oleh sahabat- sahabat dan para pengikutnya. Sistem
wakaf telah memberikan manfaat yang tidak terhingga kepada golongan yang tidak
bernasib baik dan melahirkan ramai para pemikir terulung dan berbagai institusi di
dalam peradaban Islam.
Wakaf adalah salah satu amal jariah yang sangat dituntut oleh agama Islam. Ia
merupakan amal soleh yang pahalanya tidak akan putus-putus diberikan Allah kepada
pewakaf selama harta yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.
Contoh amalan pada zaman Rasulullah S.A.W adalah apabila Sayidina Umar
mewakafkan sebuah ladang yang dihadiahkan kepadanya supaya hasil tanaman dari
ladang tersebut dapat dimilikki oleh masyarakat setempat ketika itu. Di satu ketika yang
lain pula, Sayidina Uthman b. Affan telah membeli sebuah telaga yang dikenali sebagai
telaga Roman yang kemudiannya dijadikan sumber air oleh orang ramai pada ketika itu.
Sejak itu, amalan wakaf terus berkembang, apabila umat Islam mula mewakafkan tanah
mereka untuk dijadikan masjid. Oleh kerana masjid adalah sumber ilmu, maka wakaf
dikembangkan pula ke pembinaan pusat pengajian, kediaman, kesihatan dan berbagai
infrastruktur lain sehinggalah pada hari ini.
Di antara pusat pengajian Islam terulung hasil dari amalan wakaf termasuk Universiti Al-
Azhar di Mesir, Al-Qarawiyyin dan Zaitouna.
Dari segi pentadbiran kerajaan pula, satu contoh perlaksanaan Wakaf Tunai bagi
membantu kesejahteraan rakyatnya adalah pada zaman Empayar Uthmaniyah di Turki.
Empayar Uthmaniyah mencapai kegemilangan dengan bantuan amalan wakaf tunai yang
meluas ketika itu sehingga berjaya meringankan perbelanjaan kerajaan serta menjadi
pelengkap kepada usaha-usaha pembangunan dalam penyediaan kemudahan-
kemudahan perkhidmatan pendidikan, kesihatan, perbandaran dan seumpamanya
kepada masyarakat Turki.
Di dalam sector perubatan, salah satu hospital yang dibina hasil dari amalan wakaf ialah
Hospital Al Noorie di Damascus yang dibina pada tahun 1145AD. Ianya adalah hospital
pertama yang meggunakan sistem rekod perubatan yang kemudiannya menjadi pusat
pengajian perubatan. Ramai ahli perubatan terkenal menamatkan pengajian mereka di
pusat perubatan ini termasuk Ibn Nafis, ahli perubatan terulung yang menemui teori
system pernafasan di dalam paru-paru manusia. Hospital ini beroperasi sehingga 7 abad
dan sebahagian daripada hospital ini masih beroperasi sehingga ke hari ini.
1
Amalan Wakaf merangkumi segala aspek kehidupan termasuk pembinaan jalan dan
jambatan, menyediakan sumber bekalan air bagi penduduk setempat, pemberian wang
tunai bagi kerja-kerja penyelenggaraan harta wakaf, alat bertani, buku-buku, ilmu dan
sebagainya yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat.
DALIL HADIS
Maksudnya : Apabila mati seseorang itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara :
sedekah jariah, ilmu yang termanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya.
Diberitakan dari Ibnu Umar bahawa Umar mendapat bahagian sebidang tanah di Khaibar.
Beliau berkata, "wahai Rasullullah. Saya mendapat sebidang tanah di Khaibar sedangkan
saya belum pernah mendapat yang lebih berharga daripada itu. Apa yang sebaiknya saya
lakukan?"
Rasullullah S.A.W menjawab, "Bila kamu mahu, kamu sedekahkanlah ia dengan menahan
harta itu supaya ia tidak boleh dijual, dibeli atau ditukar hak miliknya."
Lalu Umar menyedekahkan tanah itu kerana Allah. Tanah dan segala hasil daripadanya terus
menerus digunakan oleh kaum miskin, karib kerahat, para hamba sahaya, para musafir,
orang-orang lemah, dan ibnu sabil.
DEFINISI WAKAF
Wakaf ialah menahan sesuatu harta yang boleh diambil manfaat daripadanya untuk
digunakan pada tujuan kebajikan, dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah
s.w.t. dan tidak boleh dijadikan jual-beli atau "hibah" pada zat benda yang diwakafkan
itu.
Wakaf berasal dari perkataan Arab yang bermaksud menahan atau menghentikan.
Dari segi istilah, ianya bermaksud menahan sesuatu benda atau harta supaya hasil atau
manfaat daripada harta tersebut boleh digunakan untuk tujuan kebaikan.
HIKMAH WAKAF
2
RUKUN WAKAF
Pewakaf adalah :
1. Beragama Islam
2. Cukup umur (akil baligh)
3. Waras (sempurna akal fikiran)
4. Ahli tasarruf / tabaruk
5. Pilihan sendiri (ikhtiari)
6. Merdeka
JENIS WAKAF
Wakaf terbahagi kepada dua kategori utama iaitu :
Wakaf Mutlak (AM) - merujuk kepada amalan menyerahkan harta wakaf dengan tidak
menyatakan sesuatu tujuan tertentu dalam perwakafan hartanya. Harta itu boleh
dibangunkan bagi apa-apa maksud, selagi tidak bertentangan dengan syarak.
3
iaitu harta yang tidak boleh dipindahkan
seperti:
Iaitu harta yang boleh dipindahkan seperti wang tunai, kitab, buku, meja, pakaian,
senjata, alat-alat pertanian, binatang yang boleh diambil susunya dan sebagainya.
C) Wakaf Al-Musya'
Menurut kebanyakan ulama' harus mewakafkan harta yang dikongsi atau dimiliki
bersama dengan orang lain yang tidak boleh dibahagi seperti dua orang mempunyai
hak ke atas rumah dan sebuah kereta. Jika salah seorang pemilik mewakaf bahagiannya,
maka wakaf ini adalah sah.
Golongan Syafie dan Hambali mengharuskan wakaf ini iaitu mewakafkan satu tingkat
bangunan yang terdiri daripada beberapa tingkat, seperti seorang yang mewakafkan
tingkat-tingkat daripada bangunannya atau tingkat bawah. Ia boleh dibuat demikian
tanpa mewakafkan keseluruhan bangunan. Wakaf ini adalah sah menurut Mazhab Syafie
dan Hambali.
E) Wakaf Al-Irsod
Iaitu wakaf yang dilakukan oleh pemerintah untuk kepentingan umum seperti sebidang
tanah untuk dijadikan sekolah, rumah sakit dan sebagainya mengikut syarak.
4
ISLAMIC RELIEF DAN WAKAF
Islamic Relief menjalankan program wakaf sebagai salah satu usaha meneruskan amalan
yang sangat dituntut oleh Islam, serta tradisi sosial yang yang dimulakan pada zaman
Raulullah S.A.W. Sumbangan untuk program wakaf ini akan dimasukkan ke dalam satu
tabung khas di mana penggunaannya akan dilakukan mengikut syarak.
Diantara program Waqaf anjuran Islamic Relief yang dilaksanakan hasil sumbangan
wang dan tenaga dari orang ramai dari seluruh dunia termasuk program kemanusiaan
bagi mangsa Tsunami di Indonesia, Pusat Latihan Komputer bagi anak-anak yatim Palestin
di Jordan dan project rawatan mata di Bangladesh.
Islamic Relief Malaysia mengalu-alukan sokongan dan sumbangan orang ramai di dalam
menjayakan program wakaf anjuran Islamic Relief. Setiap sokongan, samada kecil
mahupun besar begitu bermakna di dalam usaha umat Islam meneruskan tradisi sosial
seperti yang diajarkan oleh Rasullullah S.A.W