Anda di halaman 1dari 3

Sejarah Perkembangan Komputer

Sebelum Tahun 1940

Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu hingga
sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih besar tetapi
masih menggunakan digit-digit asas dari 0 hingga 9. Ini mewujudkansistem nombor
perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campur dan tolak nombor. Campur tolak
nombor-nombor membantu mereka mengira dalam perniagaan barter..

Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus
(sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula beribu
tahun lepas. Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar. Semua
pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batu-batu itu.

Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggil
tulang Napier (Napier's bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan
bahagi, alat ini juga boleh mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat
daripada tulang, kayu, logam dan kad. Pengiraan dilakukan dengan menyilang
nombor-nombor pada segiempat dengan tangan.

Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'. Mesin ini boleh
menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal
dengan tepat sehingga dua puluh digit. Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini
menggunakan kad tebuk sebagai input, boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan,
melakukan pengiraan secara otomatik dan seterusnya mengeluarkan output dalam
bentuk cetakan pada kertas.
Konsep mesin ini memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu kerana
dianggap terlalu maju. Projek pembinaan ini walau bagaimanapun terbengkalai kerana
ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap terlalu maju pada masa tersebut. Babbage
kemudian menumpukan perhatiannya kepada 'the analytical engine'. Kekurangan
teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan projek ini ditangguhkan. Walaupun
gagal menyiapkan kedua-dua mesin, idea Babbage didapati amat berguna kepada
pembentukan komputer moden pada hari ini. Semua komputer pada hari ini
menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input,
ingatan, pemprosesan dan output.

Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin
penenunan otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801. Mesin ini membaca
data dengan mengenalisa kod-kod lubang pada kertas. Konsep lubang dan tiada
lubang ini menandakan permulaan penggunaan nombor binari dalam pemprosesan
data.

Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggil Mark


I pada tahun 1937. Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan sebahagian lagi
mekanikal. Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talian wayer yang panjang.
Semua operasi di dalam komputer dijalankan oleh geganti elektromagnetik. Mark I
boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di samping pengiraan asas.
Sungguhpun demikian ia masih dianggap lembab dan terhad oleh kerana jumlah
storan ingatan yang sedikit.
Selepas Tahun 1940

Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya. Di samping


pengiraan yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar,
menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu
banyak tenaga manusia untuk pengawasan.

Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi. Angka
dalam kurungan menandakan tarikh anggaran antaranya ialah :
Generasi Pertama (1940 - 1959)
Generasi Kedua (1959 -1964)
Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an)
Generasi Keempat (awal 80-an - ?)
Generasi Kelima (masa depan)

Genarasi pertama

Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk


memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu
kecil. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar. Komputer juga menggunakan
tenaga elektrik yang banyak sehingga kadang-kadang menyebabkan gangguan pada
kawasan sekelilingnya.Komputer ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk
membantu ahli sains menyelesaikan masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan
tepat. Contoh komputer generasi pertama seperti ENIAC (Electronic Numerical
Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert pada
tahun 1946.

Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di


dalamnya, dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept).
Pengiraan juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC. EDVAC menggunakan sistem
nombor binari dan konsep aturcara tersimpan.

Anda mungkin juga menyukai