Anda di halaman 1dari 8

Unsur Sejarah dalam Novel Rimba

Harapan Karya Keris Mas

Pengenalan

Fakta dan sejarah memang mempunyai peranan, pengaruh dan kedudukan yang
tersendiri dalam sesebuah penulisan karya kreatif yang dilakukan atau dihasilkan
seseorang penulis atau sasterawan berwibawa. Fakta dan sejarah sering
dimanfaatkan oleh seseorang penulis atau sasterawan untuk menjadikan karyanya
lebih berkesan, dilihat seperti kisah sebenar, realistik dan benar-benar berlaku
walaupun ianya hanya sebuah karya kreatif. Pemanfaatan kedua-dua aspek ini
saling bertimbal balik di antara satu sama lain untuk mengangkat sesebuah karya itu
bukan ditulis berdasarkan pengalaman, imaginasi atau daya khayal seseorang
penulis semata-mata tetapi berasaskan penyelidikan dan kehidupan realiti yang
dialami oleh penulis atau manusia sebenar.

Hubungan fakta dan sejarah menjadi semakin penting dilakukan bila ianya
dipratikkan oleh sasterawan yang mempunyai latar belakang, pekerjaan dan
kehidupan sebagai seorang wartawan yang banyak melaporkan berita-berita yang
ditulis berdasarkan fakta sebenar tentang sesuatu peristiwa yang pernah terjadi dan
dialami. Hal ini mungkin kurang dilakukan oleh para saterawan yang tidak
mempunyai pengalaman sebenar sebagai seorang wartawan, tentera, polis, doktor,
peguam, guru, editor, pensyarah, peneroka felda, dan sebagainya yang tidak
memiliki pengalaman sebenar dan terasa hambar, kering dan gersang bila cuba
menulis novel berlatarbelakangkan kerja atau bidang kehidupan tersebut yang
pastinya tidak seserius mereka yang mengalami sendiri kehidupan tertentu di
bidang-bidang tersebut.
Definisi Fakta, Pengaruh dan Sejarah

Fakta mempunyai definisi yang tersendiri mengikut pandangan beberapa orang


penyusun kamus. Penyusun Kamus Dewan mengertikan fakta sebagai “sesuatu
yang benar-benar berlaku; sesuatu yang benar dan boleh dibuktikan. Maklumat
tentang seseorang atau sesuatu.” (1994; 348). Manakala penyusun Kamus Besar
Bahasa Melayu Utusan, Haji Zainal Abidin Safarwan menghuraikan makna fakta
sebagai “kenyataan, realiti peristiwa yang benar-benar/ sungguh-sungguh terjadi.”
(1995: 476).

Secara ringkasnya fakta ditafsirkan sebagai sesuatu peristiwa atau perkara yang
benar-benar terjadi dalam kehidupan realiti yang boleh dibuktikan kebenarannya
sama ada secara kayu ukur saintifik, ilmu logik dan bukti-bukti sejarah secara bertulis
atau tidak bertulis.

Manakala pengertian “pengaruh” menurut penyusun Kamus Besar Utusan, Haji


Zainal Abidin Safarwan sebagai “kuasa, tangan, perintah, pegangan, prabawa, jasa
baik, daya, kekuatan, tenaga, upaya, akibat dan bawaan.” (Ibid: 1397). Manakala
“dipengaruhi” bererti “dikuasai” (Ibid: 1397).

Secara ringkasnya, pengaruh dalam konteks sastera kreatif ditafsirkan sebagai


pegangan, pembawaan dan kesan minda seseorang hasil pembacaan daripada
buku sejarah ilmu bantu, atau peristiwa yang dialami oleh seseorang pengarang
yang diterapkan dalam karya kreatif ciptaannya.

Dalam kehidupan kreatif seseorang pengarang atau sasterawan pembacaan buku-


buku daripada para pengarang lain sama ada kreatif atau deskriptif cukup besar
pengaruhnya dalam kerja-kerja kreativitinya sama ada sewaktu menulis esei, cerpen,
novel, drama dan puisi. Set-set daya ingatan seseorang pengarang biasanya
berinteraksi dengan kekuatan mindanya untuk menghasilkan sesebuah karya yang
digabungjalinkan dengan apa yang dibaca, dialami, diketahui dan terjangkau oleh
akal fikirannya yang dikurniakan oleh Allah.
Manakala definisi “sejarah” juga mempunyai pengertian yang tersendiri sama ada
menurut pennyusun kamus atau para sejarawan itu sendiri. Mereka mempunyai
pemikiran yang tersendiri dalam mengertikan makna “sejarah”.

Penyusun Kamus Besar Bahasa Utusan, Haji Zainal Abidin Safarwan mendefinisikan
makna “ sejarah ” sebagai “ kisah, tawarikh, babad, hikayat, histori, teromba, riwayat,
tambo, peristiwa yang benar-benar berlaku (pada waktu yang lampau); asal-usul,
salasilah, surih-surih, susur-galur, titisan terimba, usul asal, silah-silah, perhitungan
keturunan.” (Ibid: 1642). Manakala erti “ bersejarah ” pula ialah “menanyakan asal-
usul, mengusul; berperistiwa, beriwayat dan sangat penting.”. Dalam pada itu,
penyusun Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, Haji Zainal Abidin Safarwan,
menghuraikan pengertian “menyejarahkan” atau “mensejarahkan” pula bererti
“meriwayatkan, mengisahkan, menceritakan, menghikayatkan, mengurah atau
merawikan.” (Ibid: 1642).

E.H Carr menjelaskan “sejarah adalah fakta-fakta” (1988: 27) dan sejarah “ialah
bahawa ia adalah satu proses berterusan interaksi di antara ahli sejarah dengan
fakta-faktanya..... suati dialog yang tidak berkseduhan di antara masa kini dengan
masa lampau.” (Ibid: 27).

Drs. Sidi Gazalba mendefinisikan “sejarah adalah gambaran masa lalu tentang
manusia dan sekitarnya sebagai makhluk sosial yang disusun secara ilmiah dan
lengkap, meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang
memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang telah berlalu itu.” (1966: 11).

Secara ringkasnya dapat dirumuskan sejarah adalah fakta sebenar yang berlaku
dalam sejarah hidup manusia pada masa lalu dan masih berhubungan dengan masa
kini di segi memberi pengajaran dan teladan yang berharga kepada pembentukan
peribadi dan identiti seseorang warga negara atau manusia. Peristiwa sejarah
biasanya berulang dalam kehidupan manusia. Kejatuhan seseorang pemimpin
negara yang rasuah atau dipenuhi skandal atau salahguna kuasa, kekejaman dan
menindas rakyat sering berlaku di banyak negara dunia sejak dulu hinggan
sekarang. Peristiwa seumpama ini atau kejatuhan rejim yang zalim dam menipu
rakyat berlaku berulang-ulang di sepanjang sejarah manusia dan kemanusiaan sejak
dahulu hingga sekarang.

Sejarah menjadi ilmu yang terbaik untuk membentuk jiwa dan peribadi yang perkasa
dan unggul untuk membentuk seseorang manusia cintakan negara dan bangsanya
dengan berkesan. Sejarah mengembalikan rasa bangga bangsa terhadap sesuatu
tamadun atau pencapaian yang mereka miliki dan yang wajar dijadikan cermin
perbandingan oleh generasi baru yang mungkin dan memang tidak pernah
mengalami peristiwa sejarah tersebut seperti Perang Dunia Pertama, Perang Dunia
Kedua, Perang Vietnam, Perang Teluk, era pejajahan atau peristiwa-peristiwa
sejarah penting yang lain.

Perbincangan Karya

Keris Mas atau nama sebenarnya Haji Kamaludin Muhammad semasa hayatnya
sempat menghasilkan novel Rimba Harapan. Novel Rimba Harapan dihasilkannya
ketika menjadi penulis tamu di Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebelum ini beliau
menghasilkan novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur yang ditulis sewaktu
menjadi penulis tamu DBP 1984/85.

Keris Mas, sasterawan yang telah menghasilkan sejarahnya yang tersendiri dalam
dunia kesusasteraan tanah air pernah menerima pelbagai gelaran dari kerajaan
Malaysia. Beliau sasterawan pertama menerima Anugerah Sastera Negara (1981)
dan juga gelaran “Pejuang Sastera” (1976) bersama beberapa orang sasterawan
lain. Beliau meninggal dunia pada 9 Mac 1992.

Semasa hayatnya beliau menghasilkan beberapa buah novel dan kumpulan cerpen
yang turut menyemarakkan dalam persada dunia kesusasteraan tanah air yang kian
bergelora. Beliau menghasilkan novel Anak Titiwangsa, Pahlawan Rimba Malasia,
Antologi Cerpen Mekar dan Segar, Patah Tumbuh dan beberapa buah yang lain
yang pernah menemui pembaca sasaran.
Sasterawan Negara yang dilahirkan di Kampung Ketari, Bentong, Pahang pada
tahun 10 Jun 1922 ini mendapat pendidikan di pelbagai tempat di samping
pengalaman hidupnya yang luas dalam dunia penulisan dan penerbitan. Beliau
mendapat pendidikan di Kolej Kulliatul Muallimin Al-Islamiah, ( Maktab Perguruan
Islam Sumatera ).

Rimba Harapan, novel terakhir Keris Mas ini mengisahkan keadaan masyarakat
Melayu pada zaman penjajahan Inggeris di mana kehidupan mereka sering tertindas
dan tergugat oleh anasir-anasir kapitalis Inggeris. Novel ini mengambil latar belakang
masyarakat Melayu di Ketari, Bentong dan Janda Baik dalam tahun-tahun 1920-an
dan 1930-an.

Novel Rimba Harapan memaparkan betapa terancamnya masyarakat Melayu yang


tidak henti-hentinya menjadi sasaran penjajah yang mempraktikkan dasar pecah dan
perintah yang menguntungkan mereka semata-mata. Betapa hancur dan porak-
peranda kehidupan sosial, ekonomi dan kepercayaan orang Melayu pada zaman itu
didedahkan dengan berkesan oleh penulis.

Pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an, penjajah Inggeris menjalankan dasar


memperluaskan industri penanaman getah dan pembukaan lombong bijih timah
secara besar-besaran. Apalagi keadaan itu semakin menjadi-jadi selepas tamatnya
Perang Dunia Pertama. Inggeris memperhebatkan industrinya yang memerlukan
penggunaan getah asli. Bencana alam yang melanda kehidupan orang Melayu ikut
membantu orang Inggeris mempengaruhi dan menghancur leburkan akar tradisi dan
cara hidup orang Melayu hingga mereka bertekad melarikan diri dan berhijrah ke
hutan-hutan untuk memulakan dan membina hidup baru di situ.

Keris Mas menulis berdasarkan sejarah silam yang berlaku di Janda Baik
menceritakan bagaimana kawasan itu diteroka dan dibuka dengan penuh kegigihan
dan penderitaan orang Melayu. Orang Melayu ketika itu berjuang berhempas pulas
membangun harapan di bumi yang baru diteroka itu. Lewat novel ini, Keris Mas cuba
memperbetulkan tafsiran sejarah penting yang berlaku di Janda Baik. Orang Melayu
sebnarnya peneroka awal di Janda Baik yang diikuti oleh kaum lain yang hanya
menangguk di air keruh.
Keris Mas cuba memperbetulkan tafsiran tersebut bahawa orang Melayulah
golongan yang berhak untuk mentadbirkan dan menguruskan kawasan itu. Sikap
orang Melayu cuba diubah agar lebih agresif dan sensitif tehadap hak-hak mereka
yang sering tergugat dan diancam dari dulu hingga sekarang. Keunggulan dan hak
peribumi bangsa Melayu tak henti-hentinya diancam dan diganggu-gugat.

Rimba Harapan (DBP, 1986) secara tepatnya memaparkan pergolakan hidup


keluarga Pak Kia, adiknya Zaidi dan puluhan keluarga petani lain di Ketari, serta
daerah-daerah di sekitarnya. Tercetus perbezaan pandangan di antara Zaidi dan Pak
Kia. Zaidi berkepercayaan iaitu sudah sampai masanya orang Melayu merevolusikan
cara hidup mereka dan meninggalkan dunia persawahan atau pertanian semata-
mata.

Manakala, Pak Kia golongan lama seperti kebanyakan orang Melayu lain lebih suka
hidup melakukan kerja-kerja sawah bendang. Bagi mereka menanam padi adalah
pekerjaan paling utama dan mulia. Sikap negatif ini berubah bila terjadinya banjir
besar yang merosakkan sawah bendang mereka. Kerosakan tanaman mengubah
fikiran mereka untuk berhijrah ke dalam hutan Janda Baik. Akhirnya mereka
melakukan kerja meneroka hutan untuk dijadikan kawasan penempatan dan
bercucuk tanam.

Dalam masa yang sama ada permintaan dari pihak pengusaha perlombongan untuk
membeli tanah-tanah bekas sawah itu untuk dijadikan kawasan perlombongan.
Tentunya golongan yang gelap mata dengan wang ringgit akan menjual tanah itu
tanpa memikirkan nasib masa depan anak cucu mereka pada masa depan yang
tidak bertanah.

Akhirnya Pak Kia dan petani-petani lain berpindah ke dalam hutan meneroka
kawasan Janda Baik untuk dimajukan. Meneroka kawasan hutan bukanlah satu kerja
senang. Pelbagai cabaran yang datang menguji hampir menggugat usaha mereka.
Serangan binatang buas dan pelbagai unsur alam juga mengencatkan usaha mereka
yang tidak sepertinya itu.
Pak Kia berjaya dalam usaha-usaha penerokaan Janda Baik membina penghidupan
baru di situ. Dia juga berhasil mewariskan kepada anak lelakinya, Karim, sawah dan
pengalaman hidup bertani. Karim meneruskan perjuangan sebagai seorang petani.

Novel Rimba Harapan berhasil mendedahkan corak pemikiran bangsa Melayu pada
era 1920-an dan 1930-an di pekan kecil Ketari dan rimba Janda Baik. Sikap dan cara
berfikir orang-orang Melayu yang tidak menguntungkan menjadi sasaran kritik
angkatan muda yang diwakili oleh watak-watak seperti Cikgu Ibrahim, Zaidi, Cikgu
Nasir dan sebagainya.

Suasana dan cara hidup masyarakat Melayu pada zaman 1920-an berjaya
digambarkan oleh pnulisnya dengan hidup dan berkesan. Perbualan harian, alat-alat
pengangkutan yang dipakai dan peralatan yang digunakan semasa meneroka
kawasan hutan Janda Baik adalah sesuai dengan suasana pada zaman itu. Cuma
dirasakan, corak dan cara penceritaannya masih menggunakan stail lama iaitu lurus
dan mendatar seperti kebanyakan novel penulis angkatan lama.

Namun novel Rimba Harapan tidak sekadar menyuguhkan sebuah cerita tentang
zaman silam yang tentunya telah lama berlalu, tetapi juga mendedahkan corak
pemikiran dan falsafah hidup rakyat biasa yang simple dan mudah yang terus
menerus mewarnai pemikiran bangsa Melayu hingga hari ini. Sehingga sekarang
pun, masyarakat Melayu masih mengamalkan cara hidup yang simple dan mudah.

Rimba Harapan sesuai dibaca oleh semua peringkat pembaca kerana ceritanya yang
memang istimewa seperti yang tersurat di dalamnya. Generasi zaman kini yang
sememangnya tidak pernah mengalami tekanan hidup pada zaman penjajahan
kolonial Inggeris, wajar membaca buku ini yang menerapkan beberapa untaian
mutiara fikiran yang elok dijadikan renungan dan bahan pemikiran.

Rimba Harapan buah tangan Sasterawan Negara Keris Mas ini boleh membantu
generasi masa kini untuk memahami penderitaan dan kegelisahan hidup masyarakat
Melayu pada zaman penjajahan. Novel yang membongkar sejarah penerokaan dan
pembukaan Janda Baik ini banyak menerapkan urutan peristiwa sejarah tanah air
yang selama ini tertutup dari pengetahuan umum. Rimba Harapan memaparkan
sebahagian daripada segala-galanya.

Anda mungkin juga menyukai