Anda di halaman 1dari 3

SMK KUALA REPAS

BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL

UJIAN PENGESANAN PRINSIP PERAKAUNAN

Nama: Tingkatan :

ARAHAN : Jawab semua soalan

1. Kelaskan item-item dibawah kepada pendapatan dan perbelanjaan.

 Jualan  Insurans
 Air dan elektrik  Komisen jualan
 Sewa diterima  Untung atas jualan perabot terpakai
 Gaji  Diskaun diterima
 Caj bank  Sewa dibayar
 Diskaun diberi  Faedah diterima

PENDAPATAN PERBELANJAAN

2. Urus niaga yang berikut berkaitan dengan Kedai Buku dan Alat Tulis Kazan.
Lengkapkan jadual berikut dengan menyatakan akaun yang didebitkan (bertambah) dan
akaun yang dikreditkan (berkurang). Jawapan (a) telah diberi sebagai contoh.

URUSNIAGA AKAUN
DEBIT KREDIT
a) Bayar upah pekerja dengan tunai Upah Tunai
b) Beli alat tulis secara tunai daripada Kedai Lim
c) Keluarkan alat tulis dari stok untuk tujuan
promosi
d) Pindahkan tunai pejabat ke dalam akaun bank
e) Bayar komisen jualan dengan cek
f) Beli perabot dengan tunai
3. Jadual dibawah menunjukkan kos pengeluaran bagi 100 buah rak buku. Kirakan kos
pengeluaran bagi sebuah rak buku.

JENIS KOS JUMLAH (RM)


Kos Bahan 2 500.00
Kos Upah 800.00
Kos Overhed 500.00

4. Biasanya sebuah beg tangan yang berjenama Bonia yang dijual di pusat membeli-belah
Sogo, Kuala Lumpur dijual dengan harga RM180.00. Tetapi, sempena karnival membeli-
belah sepanjang tahun 2010 beg tersebut telah dijual dengan harga RM108. Berapakah
peratus diskaun yang telah diberi?
5. Encik Sipon melabur wang sebanyak RM 10 000.00 dalam satu unit amanah sebagai
pelaburan jangka panjang untuk mendapatkan keuntungan. Unit amanah tersebut telah
membayar dividen sebanyak 5.5% setahun ke atas setiap pelaburan. Kirakan dividen
yang diperolehi oleh Encik Sipon pada tahun berkenaan.

6. En Say Tan Lim dibayar komisen 7% untuk sebuah rumah yang Berjaya dijual. Jika
beliau Berjaya menjual sebuah rumah yang berharga RM 80 000.00, berapakah komisen
yang diperolehi oleh beliau?

Anda mungkin juga menyukai