Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT KALI KEEMPAT

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN
TAMAN PINJI MEWAH
SESI PERSEKOLAHAN 2010

TARIKH : 2I OKTOBER 2010 (13 Zulkaedah 1431 H)


HARI : Khamis
MASA : 2.00 petang
TEMPAT : Bilik

KEHADIRAN:

1. Pn Badariah Salwa Bt Aroff Guru Kanan Kemanusian


2. Pn Rogayah bt Maarum Ketua Panitia Pendidikan Islam
3. Pn Raja Rafiah bt Raja Yusof
4. En Mohd Azizim Bin Mustaffa
5. En Azmi Bin Muda
6. Siti Norhartini Bt Othman

AGENDA MESYUARAT

0.1 Ucapan Aluan dari Ketua Panitia Pendidikan Islam


0.2 Kajian semula semua program dan projek 2010
0.3 Perancangan tahun 2011.
0.4 Perancangan Program Peningkatan Akademik 2011.
1.5 Semakan stok,pelupusan dan hapuskira.
0.6 Semakan tugassebelum bercuti akhir tahun.

0.1 PRA AGENDA DAN UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan ummul kitab al-fatihah dan ucapan aluan disampaikan oleh Pn Rogayah
Bt Maarum selaku Ketua Panitia Pendidikan Islam.

02. KAJIAN SEMULA SEMUA PROGRAM DAN PROJEK 2010

2.1 Semua ahli jawatankuasa setiap unit membentang tugas yang telah diberi samada ianya telah dijalankan
seperti yang telah tertera didalam Kertas Kerja Panitia 2010.
2.2 Minit Mesyuarat kali ketiga dicadangkan oleh En Azmi Bin Muda dan disahkan oleh En Azizim Bin
Mustaffa.
2.3 Membincangkan Buku Pafa perlu disediakan untuk tahun hadapan.
2.4 MTQ (Majlis Tadarus Quran) masih belum dijalankan ini kerana kepadatan jadual masa pelajar dari
kaunselor,bagi melaksanakan program ini akan datang diharap guru-guru dapat melatih para pelajar untuk
pertandingan MTQ tahun 2011.
2.5 Pihak Panitia mensasarkan 46 orang pelajar SPM akan mendapat A dalam peperiksaan Pendidikan Islam
pada tahun 2010.
2.6 Untuk bahagian Teknik menjawab PMR dan SPM,sekolah akan berusaha mengadakan Program Teknik
Menjawab SPM dengan menjemput guru dari sekolah ini juga.
2.7 Kursus Smart Jawi akan dipertingkatkan dikalangan pelajar,dengan bantuan guru-guru.
2.8 Cadangan akan datang agar program berbentuk ilmiah Akademik perlu ditambah seperti
qiamulail,nadwah,smart jawi,program antara guru,tazkirah dari guru dan solat hajat.
03. PERANCANGAN TAHUN 2011

3.1 Agihan tugas mengajar akan diagihkan oleh Guru Kanan Kemanusian Pn.Badariah sendiri dengan
persetujuan para guru.
3.2 Jadual waktu juga akan disediakan oleh guru yang dipilih oleh ketua Panitia.
3.3 Anggaran perbelanjaan atau pembelian pada sesi akan datang hendaklah dikemukakan bagi penyediaan
kewangan dari pihak Panitia sendiri.
Setakat ini segelintir guru mencadangkan agar menukar LCD baru bagi mengantikan LDC yang telah
rosak,dan mencetak (potostat) bahan bacaan sebanyak mungkin,membeli selipar dan vakum besar untuk
kegunaan surau sekolah.
3.4 Mempertingkatkan pengurusan sumber agar ianya dapat menarik ramai pelajar untuk datang memenuhi
Pusat Sumber.
3.5 Agihan tugas kurikulum akan diuruskan oleh ketua Panitia,dan cadangan dari guru-guru agar dikekalkan
ketua Panitia untuk sessi akan datang.
3.6 Saranan dari pihak sekolah agar gunakan bilik-bilk khas yaang telah dsediakan.
3.7 Menggalakkan pelajar tingkatan 4 untuk mengambil subjek Tasawwur untuk peperiksaan SPM,ini kerana
subjek ini dianggarkan oleh guru-guru agak senang hanya dengan belajar sendiri.
3.8 Kursus Pafa tiada peruntukkan dari PPD (Pejabat Pelajaran Daerah)
3.9 Perancangan untuk mengadakan mesyuarat akhir tahun bagi merangka program-program untuk tahun
hadapan.

04. PERANCANGAN PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 2011

4.1 Memperkenalkan program-program baru seperti Smart Tajwid dan Jawi , memberi penekanan terhadap
Program Al-quran yang akan dikuatkuasakan tahun hadapan,dan untuk program yang terakhir ialah mandi
hadas yang akan diuruskan oleh guru kelas.

05. SEMAKAN STOK, PELUPUSAN DAN HAPUSKIRA

5.1 Masih tidak dijalankan sepenuhnya dan diminta kepada yang berkenaan agar buat semakan sebelum cuti.

06. HAL-HAL LAIN

6.1 Program penyembelihan sempena Raya Aidil Adha yang akan datang,diharap agar semua guru dapat hadir
bagi memeriahkan program bersama ini.
6.2 Menetapkan minggu bacaan yassin untuk semua guru-guru bagi mengisi rohani yang mungkin alpa untuk
kita isi.

07. PENUTUP

7.1 Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan surah al-asr dan tasbih kaffarah pada jam 3.30petang.

‘UKHWAH TERJALIN KESIHATAN TERJAMIN’

Disediakan oleh , Disahkan oleh ,


........................................................... ……………………………………….
(SITI NORHARTINI BINTI OTHMAN) PUAN ROGAYAH MAARUM
KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SMK PENGKALAN 31500 LAHAT
PERAK
Disahkan oleh,
………………………………………
PUAN BADARIAH SALWA BINTI AROFF
GURU KANAN KEMANUSIAN,
SMK PENGKALAN.

Anda mungkin juga menyukai