Anda di halaman 1dari 37

PERSEDIAAN REMAJA ISLAM (HAID)

OLEH:

CIKGU SITI NORHARTINI OTHMAN


JQAF 2012 SK POLIS KEM

KULAIJAYA JOHOR

4 MEI 2012 (JUMAAT) MAKMAL SKPK

Apakah itu Remaja?

Masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa Bermula dari usia 10 - 19 tahun Mengapakah manis menjadi seorang gadis? Zaman meningkat remaja adalah zaman paling manis dan mencabar. Cabaran-cabaran hidup yang akan dihadapi seperti perubahan tubuh badan, perubahan peranan dan tanggungjawab seorang gadis hinggakan menjadi wanita cukup mampu menghadapi segala cabaran ini.

n Merupakan sebahagian daripada perubahan fizikal

pada waktu baligh.

Menstruasi adalah petanda badan anda sihat dan berfungsi dengan baik.Ia merupakan sebahagian hidup setiap wanita.

Ia menandakan peralihan dari fasa kanak-kanak ke fasa wanita.


Haid berlaku apabila penebalan pada dinding uterus terhakis / luruh. Darah haid ini terdiri dari sel darah dan tisu rahim akan keluar melalui serviks ke vagina / faraj dan keluar melalui tubuh.

Tanda awal menstruasi


i.kira-kira 2 tahun selepas payudara berkembang. ii.Tidak lama selepas pertumbuhan bulu pubik. iii.Selepas anda mengesan keputihan iv.Sakit atau kekejangan bawah perut v.Sakit pinggang vi.Sakit di bahagian dalam paha vii.Rasa malas dan letih viii.Rasa sedih, cepat marah atau kekok. xi.Payu dara terasa sakit,bengkak @ tembam. x.Sakit kepala,jerawat & cirit-birit

n Haid kali pertama seorang gadis n Boleh berlaku sebelum ovulasi (ovari mengeluarkan telur) n Gadis boleh hamil walaupun belum haid n Berlaku seawal usia 9 tahun & selewatnya 15-16 tahun n Bergantung kepada taraf pemakanan, tahap kesihatan &

genetik n Kekerapan, tempoh aliran haid & kuantiti berbeza n Aliran haid awal remaja perlahan & sedikit n Tanda awal mungkin hanya tompokan (discaj) coklat kemerahan

1. Ovari 2. Tiub Falopian 3. Rahim 4. Pangkal Rahim (Serviks) 5. Saluran Faraj (Vagina)

KITARAN HAID NORMAL


Tempoh Tidak melebihi 7 hari Kitaran Haid Kitaran haid tahun pertama lazimnya 18 - 80 hari

Kuantiti Tidak melebihi 80 ml (6 keping tuala wanita penuh)

Variasi Ketetapan kitaran haid berbeza pada awal remaja Biasanya tidak tetap Kuantiti sedikit

ISU-ISU PENTING BERKAITAN HAID

1. Senggugut Haid biasanya berlaku tanpa kesakitan. Hanya segelintir gadis mengalami kesakitan sebelum atau semasa permulaan awal haid. 40 % - 60 % remaja menghadapi senggugut dalam tempoh 5 tahun pertama selepas menarke. 2. Kitaran haid tidak tetap Kadangkala remaja cuma mengalami tompokan darah merah /coklat untuk selama beberapa bulan / tahun sehingga kematangan sistem tersebut berlaku. Kitaran tidak normal boleh diakibatkan oleh tekanan atau penyakit.

3.

Perkara berikut perlu diberi perhatian dan memerlukan pemeriksaan doktor :Pusingan haid kurang daripada 21 hari untuk beberapa kitaran. Tempoh haid melebihi 7 hari dengan kuantiti yang banyak. Pendarahan berlebihan (melebihi 80 mls / 6 tuala wanita). Pendarahan

berlebihan boleh diakibatkan oleh ketumbuhan atau penyakit. Contoh masalah tiroid dan sistem pembekuan darah.

4.

Gadis boleh disyaki hamil sekiranya terdapat perubahan pada kitaran haid yang biasa : Kuantiti terlalu sedikit Kuantiti terlalu banyak Pendarahan disertai dengan sakit di bahagian abdomen. Ketiadaan haid dalam tempoh 1 - 2 bulan kebelakangan. Sekiranya haid tidak datang pada waktu dijangkakan . Contoh : Kelewatan sehingga 1 - 2 minggu. 5. Darah haid berbau busuk, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :-

Kekerapan mandi
Kekerapan menukar tuala wanita

6. Kedatangan haid boleh disertai dengan keadaan berikut : n Perasaan tidak selesa, terasa perut kembung akibat penyimpanan air secara berlebihan dalam badan kesan daripada hormon. n Perasaan gelisah, murung dan sensitif boleh berlaku sehari sebelum haid atau hari pertama haid. Gadis / wanita ini boleh diberi sokongan moral dan elakkan daripada menyinggung perasaan mereka. n Senggugut adalah normal sekiranya berlaku sehari sebelum atau hari pertama haid. Senggugut disebabkan oleh pengecutan otot uterus yang kuat untuk mengeluarkan darah haid. Masalah yang berlanjutan hendaklah dirujuk untuk pemeriksaan doktor bagi memastikan beliau tidak mengalami masalah lain. (Contoh: endometriosis atau fibroid)

7.

Senggugut mungkin boleh dikurangkan secara :Senaman

Mengambil Panadol beberapa jam sebelum haid dijangkakan Menuam bahagian perut dengan botol berisi air panas (berlapik)

KEHAMILAN

TEKANAN/STRESS

MENGAPAKAH KITAR HAID TIDAK NORMAL

PENYAKIT

Cara Menggunakan Pad ( Tuala wanita) Tanggalkan kertas pelekat pada bahagian bawah pad. Tekan bahagian bawah pad yang berpelekat pada seluar dalam pakailah. Cara Membuang Pad. Basuh sehingga bersih segala kekotoran yang melekat pada pad. Lipatkan pad terpakai dan balut dengan kertas atau plastik Masukkan ke dalam tong sampah. Jangan buang pad dalam mangkuk tandas.

Rehat/ Tidur dengan cukup

Senaman

Pengambilan makanan seimbang


Basuh tangan sebelum & selepas menukar tuala wanita

AMALAN KESIHATAN DIRI Kebersihan

Kerap mandi

Tukar tuala wanita kerap

Buang tuala wanita yang telah digunakan ke dalam tong sampah

PERUBAHAN EMOSI DAN PSIKOLOGI


Bersama perubahan fizikal, akan berlaku perubahan emosi dan psikologi. Semasa menjangkau usia remaja, anda akan mula tertarik kepada remaja berlainan jantina. Perasaan ini adalah normal dan merupakan sebahagian dari proses pembesaran. Tetapi perasaan ini perlu dikendalikan dengan bijaksana supaya tidak menghancurkan masa depan remaja.

PERUBAHAN EMOSI YANG BERLAKU.

Perasaan ingin mencari identiti diri. Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri.

Ingin mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

RAKAN SEBAYA

Penerimaan rakan sebaya adalah penting.

Pada usia inilah pengaruh-pengaruh buruk yang berada di persekitaran seperti pergaulan bebas, merokok, pengambilan dadah, lepak, pemakanan tidak sihat dan sebagainya yang cuba meracuni golongan remaja.
Bimbingan keluarga , pelajaran dan agama adalah pedoman untuk menunjuk arah masa depan.

SOKONGAN SOSIAL
Dalam melalui saat-saat manis alam remaja, anda perlu berinteraksi dengan rakan sebaya, keluarga dan masyarakat. Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan mampu mengatasi cabaran hidup secara berbincang dan bertukar fikiran dengan :
. Ibubapa . Rakan sebaya. Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya . Guru / orang dewasa yang boleh dipercayai

MANDI WAJIB

MANDI WAJIB

MAKSUDNYA:

Caranya

Mandi wajib adalah salah satu cara bagi manusia untuk menghilangkan hadas besar dari tubuhnya agar dapat melaksanakan solat.

Menghilangkan hadas besar yaitu membasuh seluruh tubuh mulai dari puncak kepala hingga hujung kaki.

Bertemu dia khitan atau bersetubuh

Keluar mani walaupun sedikit.

Mati melainkan mati syahid.

Keluar haid bagi perempuan.


Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin). Wiladah atau melahirkan anak

Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkaraperkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.

Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.

Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.

Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi (dibawah). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.

LIHAT DIBAWAH

Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.

Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.

Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu di rambut, kepala, telinga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.

Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.

Dah boring yek?


Jom tengok video mandi wajib mengikut tertib

Bersenang-senang dengan apa yang ada antara pusat sampai lutut

Berpuasa sunah dan fardhu

Dijatuhi thalaq (cerai)

Melaksanakan solat Berthawaf di Baitullah

5 Memegang kitab suci Alquran

S OALAN

KEDUA ?

putrigunungledang Berkata: 8 Julai 2009 pada 12:23 pm

saya bru first dtg haid..so..sya still blum faham cara nak mndi wjib..sya nak tnya..nape smua cara nya yg sya tgok dri stiap blog berlainan??

Soalan ketiga

S OALAN

KEEMPAT

mimie Berkata: 10 Ogos 2010 pada 10:25 pm

ratakan air keseluruh badanbagaimana nak ratakan air? menggunakan tangan? rata kan air di celah2 kemaluan dan celah pungung bagai mana nak melakukannya?

Anda mungkin juga menyukai