Anda di halaman 1dari 2

CIRI-CIRI DAN SIFAT PERIBADI SEORANG GURU.

Guru merupakan seorang pendidik dan menjadi “role-model” kepada masyarakat

sekeliling khususnya para pelajar.Seseorang guru tersebut haruslah mempunyai

ciri-ciri dan sifat peribadi sebagai seorang pendidik yang dipandang tinggi dan

dihormati oleh masyarakat. Antara ciri-ciri dan sifat seorang pendidik ialah:

Bersopan santun.

Seseorang guru harus menggunakan bahasa yang sopan ketika berkomunikasi

dengan masyarakat luar khususnya pelajar dan ibu bapa. Sikap ini dapat

memberi contoh yang kepada masyarakat luar agar menjadi teladan dan contoh

yang baik.

Amanah dan bertanggungjawab.

Guru juga harus amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas

mereka sebagai seorang pendidik. Sebagai contoh, jika guru tersebut tidak

bertanggungjawab ke atas para pelajarnya, ini akan menyebabkan prestasi para

pelajar merosot dan menimbulkan tanggapan negatif masyarakat kepada kerjaya

guru.

Perwatakan menarik.

Seseorang guru mestilah menjaga penampilan diri kerana guru merupakan ikon

kepada para pelajarnya, jika guru tersebut tidak menjaga penampilan diri
mereka, nescaya para pelajarnya akan mengikut contoh yang tidak baik yang

ditunjukkan oleh guru mereka.

Tegas dalam melaksanakan tugas.

Sikap tegas harus dimiliki dalam setiap individu yang bergelar guru.Seseorang

guru harus tegas dalam melaksanakan atau memberikan arahan kepada para

pelajarnya.

Dapat mengawal emosi dengan baik.

Seorang guru juga mestilah dapat mengawal emosi dengan baik .Sebagai

contoh, guru haruslah bersabar dengan kerenah para pelajarnya.Jika tidak, ini

akan menimbulkan masalah kepada guru jika mengajar pelajar yang nakal.

Ikhlas dalam mendidik.

Guru juga haruslah ikhlas dalam mendidik para pelajarnya agar segala ilmu yang

dicurahkkan diberkati oleh Allah s.w.t.

Bijak menarik perhatian.

Individu yang bergelar guru juga harus bijak menarik perhatian para

pelajarnya.Contohnya, jika guru tidak pandai menarik perhatian para pelajarnya

ketika di dalam kelas, ini akan menyebabkan para pelajarnya menjadi bosan dan

tidak berminat untuk belajar.

Anda mungkin juga menyukai