Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU: FADHILA MOHD ALIHAN(123468) Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana akhirnya berjaya juga saya menyiapkan

tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini tepat pada masanya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah Bahasa Melayu unit saya iaitu PISMP Pendidikan Khas semester 4, Encik Nordin bin Shaari di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada kumpulan saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua ahli dalam kumpulan saya iaitu Nur Afifa dan Nur Syafiqa kerana membantu dan memberi kerjasama yang baik sepenuhnya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah menemui beberapa perkara baru bersandarkan teori-teori yang sesuai dengan tugasan ini. Menurut Teori Pelaziman Klasik J.B.Watson, guru hendaklah memastikan emosi positif dapat dibina dalam diri murid. Suasana bilik darjah yang mesra, berperaturan, layanan adil dan seumpamanya dapat membentuk emosi yang positif. Persekitaran psikisosial bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi emosi murid. Jika emosi murid negatif untuk belajar, besar kemungkinan maklumat yang disampaikan oleh guru melalui konsep penggabungjalinan ataupun penyerapan tidak dapat diterima oleh murid. Maka pembelajaran pada hari tersebut akan sia-sia Sebelum melaksanakan tugasan, saya hanya memperoleh pengetahuan tentang teori huraian bahasa dan teori pemerolhan bahasa dari aspek konsep dan pemahaman kognitif sahaja. Namun, semasa menjalankan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan dapat membina satu rancangan pengajaran harian beserta bahan bantu belajar dan bahan bantu mengajar. Sememangnya bahan-bahan seperti ini dapat membantu saya dalam meningkatkan kreativiti dalam membina bahan pengajaran. Melalui bahan bantu belajar yang dibina, saya dan ahli kumpulan dapat menerapkan dan melakukan beberapa teknik serta kaeddah yang bersesuaian dengan pelajara beserta topic yang akan diajari iaitu mengenai Kata Hubung.

Kumpulan kami telah menjalankan sesi makro teaching di SK Teaching School pada murid tahun 2 Pintar. Kaedah yang kami gunakan secara keseluruhannya adalah kaedah eklektik. Kami menggalakkan para pelajar untuk memahami pengajaran yang kami lakukan serta membuat penaakulan dan meminta mereka untuk mempersembahkan hasil kerja mereka di hadapan kelas mengikut kumpulan masingmasing. Bagi memastikan pengajaran kami difahami oleh para pelajar kami telah menjalankan satu teknik permainan bahasa iaitu dengan mencari ayat tunggal yang terdapat dalam petikan yang disediakan. Ternyata teknik ini amat meransang para pelajar untuk melakukan aktiviti itu justeru impak yang kami terima amatlah positif kerana para pelajar dapat memahami tentang kata hubung serta dapat mengenal pasti ayat tunggal yang terdapat dalam petikan tersebut.

Setiap kebaikan pasti ada kelemahannya, pada pendapat saya untuk menjadi guru yang baik dalam bidang ini, wajarlah seorang guru itu sentiasa meningkatkan kepelbagaian ilmu yang diperolehi secara tidak lansungnya akan melahirkan guru yang berilmu dan mampu menyampaikan pengajaran dengan baik sekali. Guru juga hendaklah sentiasa rajin dalam mendidik mereka,sikap seperti malas dan putus asa hendaklah dijauhi kerana jika guru bersikap demikian maka anak didiknya pasti tidak dapat peluang untuk mempelajari mahupun memahami sesuatu ilmu itu dengan baik. Kepelbagaian dan kreativiti dalam alat bantu mengajar juga penting untuk proses penambahbaikkan proses pengajaran kerana serba sedikit dapat membantu untuk menarik perhatian mereka supaya terus belajar sambil melakukan aktiviti yang disediakan guru dalam perasaan gembira. Jadi suasana kelas akan lebih ceria dan pembelajaran ternyata menjadi berkesan dan bukanlah hambar.

Anda mungkin juga menyukai