Anda di halaman 1dari 2

ISL

PERKEMBANGAN SEKOLAH PONDOK DI MALAYSIA

Alhamdulillah masih ada lagi jodoh untuk meneruskan matlamat ini. Tidak sangka di maktabah
pondok Pasir Tumboh mempunyai banyak bahan-bahan bacaan yang ana kira sangat kurang
ada di tempat lain. Tapi malangnya tidak ramai yang minat untuk membaca dan ingin tahu.

Apa pun untuk bab kali ini ana ingin huraikan tentang perhubungan antara pusat-pusat
pendidikan islam dan pusat-pusat tarbiah sufiah dalam sejarah islam. Cuba kita lihat tulisan
Fazlur Rahman dalam bukunya dalam bahasa Inggeris bertajuk “ISLAM” yang menyebutkan
bahawa;

“Di dalam madrasah-madrasah yang terhubung dengan khanqah-khanqah dan zawiyyah


sufiyyah kitab-kitab dalam bidang ilmu tasawwuf dimasukkan di dalam sukatan-sukatan
pelajaran yang biasa, terutama sekali di India, dia mana semenjak abad ke 8H/14H, karangan
al-Suhrawardi ( pengasas tarikat al-Suhrawardiah ), Ibn ‘Arabi dan kemudiannya karangan-
karangan jami diajarkan.”

Tetapi di dalam kebanyakan pusat-pusat pendidikan sufiyyah, terutamanya di Turki, sukatan


ilmiah adalah khususnya terdirinya hampir-hampir daripada kitab-kitab tasawwuf sahaja di
mana kitab “Mathnawi” karangan Jalal al-Din al-Rumi merupakan satu-satunya kitab yang di
ajarkan.”

Di dalam zaman moden kita boleh lihat gabungan antara madrasah dan zawiyyah sufiyyah di
dalam gerakan al-Sanusiyyah, di dalam peringkat-peringkat awal gerakan itu terdapat hasil-
hasil Islamiah yang jelas dari beberapa segi tertentu, takdirnya oleh kerana bebarapa faktor di
dalam sejarahnya maka gerakan itu dipatahkan kekuatannya .

Pendidikan islam secara tradisional nampaknya bermula di Nusantara hampir-hampir bersekali


dengan perkembangan Islam peringkat awal itu, dengan pertolongan para pendakwah dan
ulama’ serta para ahli tsawwuf yang datang dari Asia Barat termasuk India Selatan.

Anggapan ini boleh dibuat tanpa menimbulkan keraguan oleh kerana tabiat batin agama Islam
itu sendiri yang mewajibkan menuntut ilmu ke atas tiap-tiap orang beriman. Di dalam
pertengahan abad ke 14H, ada dicatatkan bahawa sultan negeri Samudra, al-Malik al-Zahir
sangat berminat tentang pendidikan dan pengajaran Islam, sehingga oleh kerana itu baginda
mengadakan majlis muzakkarah ilmu di dalam istana.

Di dalam abad kemudiannya, Sumatera merupakan pusat pendidikan dan pengajaran Islam,
teruma sekali pada zaman kejayaan kerajaan Islam Acheh dalam sejarah Nusantara.

Selepas Acheh, Pattani menjadi pusat pendidikan Islam di Nusantara, sehingga beberapa fakta
boleh menyebabkan kita bercakap berkenaan golongan ulama’ Petani yang mempunyai
keperibadian tersendiri di dalam pemumpukan ilmu-ilmu Islam dan perlaksanaan pendidikan
Islam.

Mereka yang menjayakan pendidikan ini terutama sekali yang cergas berusaha dalam abad ke
19M yang mengarang kitab-kitab dalam bahasa Melayu (Jawi), antara yang paling terkemuka
tidak syak lagi ialah Syaikh Daud al-Fatani dan kumpulannya rahmatullah ‘alaihim ‘ajmain.
Kemudiannya pendidikan secara lama itu berkembang di negeri Kelantan dan negeri-negeri lain
di Semenanjung Tanah Melayu.

Nampaknya peringkat awal pendidikan Islam Kelantan bermula semenjak abad ke 16M lagi.
Hanya selepas beberapa abad kemudian barulah Kelantan muncul sebagai pusat pendidikan
Islam tradisional. di dalam abad ke 19M muncul beberapa orang ulama’ tradisional seperti Tuan
Haji Abdul Samad bin Muhammad Salih ( Tuan Tabal ), Haji Wan Ali bin Haji Wan Abdul
Rahman ( Tok Wan Ali Kutan ), Haji Nik Daud bin Wan Sulaiman ( Mufti ), Haji Awang Atas
Banggol, Hakim Haji Abdullah daripada Johor, Haji Wan Ismail bin Jamaluddin dan Haji Nik
Abdullah rahmatullah alaihi ajmain.

To be continue…. Insya Allah!

Sumber rujukan daripada tulisan Fazlur Rahman, bukunya dalam bahasa Inggeris


bertajuk “ISLAM”. Ziadah dalam bukunya “Sanusiyyah A Study of A Revivalist
Movement”. Thomas Arnold dalam bukunya “The Preaching of Islam”. Terdapat juga dalam
buku“Preaching” halaman 327. Willer dalam artikelnya “The Development of Islamic
Education in Kelantan”. Karangan Abdullah Alwi bin Haji Hassan “Tamadun Islam di
Malaysia” Halaman 190. Juga boleh didapati dalam tulisan Nik Aziz bin Hj.
Hassan bertajuk “Islam dan Masyarakat Kota Bharu Antara Tahun 1900 hingga 1933. Dan
akhir sekali sedikit daripada buku bertajuk “Islam di Malaysia” halaman 18. Semua sumber-
sumber ini terdapat di Maktabah pondok Pasir Tumboh.

p/s: Jika ada sahabat-sahabat yang ingin berkongsi maklumat mengenai sejarah


perkembang pondok, boleh emailkan kepada ana. Mungkin di tempat anda mempunyai
lebih banyak lagi bahan-bahan yang berkaitan dengan institusi pondok.

Moga kerja yang sedikit ini dapat membuka ramai minda umat islam, khususnya kepada
ibu bapa yang telah hanyut menghantar anak-anak mereka dengan sistem pendidikan
sekular.

Anda mungkin juga menyukai