Penghargaan……………………………………………………………………2
Akhlak mahmudah:Sabar
Definisi Sabar…………………………………………………………………3)1
Pembahagian sabar………………………………………………………….7)3
Kesimpulan……………………………………………………………………...10
Refleksi…………………………………………………………………………..11
Bibliografi………………………………………………………………………...12
1
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan kerana saya akhirnya dapat menyiapkan Kerja Kursus
Pendek (KKP) dalam mata pelajaran Akhlak dengan jayanya.jutaan terima kasih
kepada pensyarah mata pelajaran ini,Ustaz Sukri bin Ahmad kerana tunjuk ajar beliau
dan garis panduan yang telah diberikan kepada saya sepanjang tempoh saya
menyiapkan kerja kursus ini.tanpa tunjuk ajar beliau,tidak mungkin kerja kursus ini
dapat disiapkan dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang telah memberi sumbangan berbentuk
idea kepada saya untuk menambahbaikkan lagi kerja kursus ini.segala tunjuk ajar dan
pendapat rakan-rakan saya sememangnya amat membantu saya untuk menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna.Selain itu,kepada rakan sekelas,saya mengucapkan
ribuan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan samaada secara langsung atau
tidak langsung.
Ucapan terima kasih juga kepada ibu saya yang telah membantu dari segi
kewangan dan sokongan moral.Akhir kata,saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada semua yang telah menjayakan Kerja Kursus Pendek ini dengan baik.
2
AKHLAK MAHMUDAH:SABAR
DEFINISI SABAR
Secara istilah, definisi sabar adalah menahan diri dalam melakukan sesuatu atau
meninggalkan sesuatu untuk mencari keredhaan Allah, Allah berfirman:
.)Ar-Ra’d: 22(
3
Sekiranya manusia tidak dapat menahan sabar, yakni menyerahkan dirinya pada
nafsu kemarahan, mereka akan menjadi golongan yang mudah ditun dukkan oleh
hasutan syaitan.Kemarahan adalah api yang tidak sahaja membakar orang lain tetapi
sekiranya salah perhitungan, api akan membakar diri sendiri.
Paling penting, kesabaran adalah cermin peribadi yang menjadi tali pengukur
sejauh mana ketinggian akhlak seseorang itu. Kesabaran juga menjadi sebahagian
daripada gambaran keimanan.
Kita dituntut untuk sentiasa bersabar terhadap segala hal, kita juga harus menjaga
iman kita dan tidak meninggalkannya. Mereka menguji iman kita dengan segala hal,
misalnya dengan ketakutan, kelaparan, atau kematian.Kadangkala kita sering bertanya,
”Bukankan Allah SWT mengetahui keadaan kita? Untuk apa Dia memberi cubaan
kepada kita?”
Hakikatnya, Dia Maha Mengetahui, tetapi hikmah di sebalik dugaan itu
mendatangkan pahala yang tidak terhingga bagi kita kerana kesabaran yang kita
lakukan. Dari Kemurahan-Nya, Allah memberi kita pahala antara 10 sampai 700 darjat.
Firman Allah:
10. Sesungguhnya orang-orang Yang Bersabarlah sahaja Yang akan disempurnakan
pahala mereka Dengan tidak terkira".
Dalam hadis Rasulullah s.aw juga turut menerangkan tentang kelebihan orang
yang bersabar menghadapi ujian daripada Allah.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan
menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada
”.seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran
4
Di sini dapat kita lihat bahawa sifat sabar begitu penting dalam kehidupan seharian
kita dan sifat sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat
Islam.Maka,untuk memiliki sifat sabar,kita perlulah ada latihan yang berterusan di mana
orang yang berusaha melatih dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang
.dikasihi Allah s.w t. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat
Hanya disempurnakan kepada orang-orang sabar pahala mereka dengan tiada “
”terhitung
Bukan itu sahaja, orang yang banyak bersabar dalam membentuk dirinya untuk
menjadi seorang penyabar (as-Sobirun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia
akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.Bahkan, apabila seseorang
.memiliki sifat sabar,ia akan mendapat tempat disisi Allah
5
(Surah Al-Baqarah ayat 153)
PEMBAHAGIAN SABAR
:Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah
6
,iii. Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri seperti kematian
..kebakaran, banjir dan sakit
Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik
yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau
.sebagainya
Sabar di dalam berdakwah memiliki peranan amat penting dan sebagai kewajipan
bagi seorang da’i. Sabar, secara umum merupakan kewajipan bagi setiap muslim,
namun bagi seorang da’i, ia lebih dan sangat ditekankan. Oleh kerana itu, Allah
memerintahkan kepada pemimpin para da’i dan teladan mereka, Rasulullah s.a.w untuk
.bersikap sabar
:Allah berfirman
Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan “
pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan
. .”janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan
7
)Surah An-Nahl 127-128 (
:Di dalam ayat yang lain disebutkan juga iaitu Firman Allah s.w.t
Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari “
rasul-rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi
.mereka
)Al-Ahqaaf: 35 (
Seorang da’i memerlukan kesabaran yang kuat, hal ini kerana tempat seorang da’i lain
dengan masyarakat pada umumnya. Nabi Muhammad s.a.w telah memberitahukan,
bahwa semakin tinggi tingkat keimanan seseorang, maka semakin berat ujian yang
:dihadapi,baginda bersabda
Orang yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang seumpamanya “
mereka, lalu yang seumpamanya mereka. Seseorang diberi ujian berdasarkan
”.tingkatnya dalam beragama
Dapat dikatakan, bahawa tidak ada dakwah yang tanpa kesabaran, sebagaimana
tidak ada badan yang tanpa kepala. Jika kepala hilang daripada badan, maka itu
bermaksud kematian. Oleh kerana itu, Iman Ibnu Qayim mengatakan,” Kedudukan
sabar terhadap iman, ibarat kedudukan kepala terhadap badan. Maka tidak ada iman
bagi orang yang tidak punya kesabaran, sebagaimana jasad juga tak bererti tanpa
.adanya kepala
8
Di dalam sabar terdapat berbagai macam akhlak yang mulia, di antaranya adalah
santun, lembut, ramah, pemaaf, toleransi, lapang dada, adil, menyembunyikan aib
orang dan lain sebagainya. Seorang da’i akan menghadapai orang yang memiliki
berbagai macam karenah. Ada yang banyak bertanya, sering membuat masalah,
malas, pengadu domba, menghadapi pertengkaran dan lain-lain.Maka menghadapi
masyarakat yang bermacam-macam amat memerlukan kesabaran yang tinggi.
KESMPULAN
Di antara surah al-Qur’an yang terawal diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. ialah
surah al-Muddathir dan ayat yang ketujuh surah itu berbunyi: “Dan bagi Tuhanmu,
maka hendaklah engkau bersabar.” Ini menunjukkan bahawa sifat sabar adalah antara
yang terawal dan terpenting yang dituntut oleh Islam ke atas kita.
Akan tetapi sabar bukanlah satu sifat yang dapat bermastautin secara tetap
dalam diri seseorang. Ia adalah sifat yang boleh wujud dan hilang, boleh tinggi dan
rendah, boleh berlaku kepada sebahagian jenis kesabaran dan tidak berlaku kepada
sebahagian jenis yang lain.
Maka bagi meraih sifat sabar, seseorang hendaklah sentiasa prihatin akan
keadaan dirinya dan sering menasihati dirinya untuk bersabar kerana sifat sabar dapat
9
membentuk seseorang menjadi insan yang berakhlak mulia sejajar dengan tuntutan
Islam.
REFLEKSI
NAMA : MUHAMMAD ‘AAMIR BIN ABDUL SAMAT
10
tugasan ini di dalam internet.Banyak maklumat yang berkaitan akhlak mahmudah yang
saya peroleh dalam internet dan buku rujukan,Ihya Ulumuddin.Setelah diteliti dan
dikaji,saya mula menyusun maklumat-maklumat tersebut mengikut kesesuaian.Selepas
itu,saya mula menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Pendek dengan betungkus-lumus.
Melalui tugasan ini juga,saya dapat menimba ilmu pengetahuan tentang serba
sedikit tentang kelebihan sabar dalam kehidupan yang mana sebelum ini saya kurang
pengetahuan tentang tajuk tersebut.Saya juga turut merujuk buku-buku daripada
perpustakaan.
Akhir kata,saya berharap dengan tugasan yang telah diberikan ini, fahaman saya
berkaitan akhlak mahmudah khususnya akan menjadi lebih mantap dan seterusnya
dapat menjadikan saya sebagai seorang guru yang mempunyai akhlak mahmudah
sepertimana yang dituntut Islam
.Sekian,terima kasih.
BIBLIOGRAFI
Al-Quran Karim
11