Anda di halaman 1dari 10

PERIBAHASA

PERIBAHASA
Bagai ayam bertelur
di padi
Hal seseorang yang hidupnya
senang, tiada khuatir akan
kekurangan apa-apa
Bagai hujan jatuh ke pasir
Kebaikan yang sia-sia (tidak
berbalas)
Bagai tikus membaiki labu
Seseorang yang cuba membaiki
sesuatu yang tidak
diketahuinya, akhirnya
merosakkannya
Belakang parang pun jikalau
diasah nescaya tajam
a) Seseorang yang bodoh
sekalipun, jika diajar betul-
betul, akan menjadi pandai
b) Orang yang sabar dan setia,
jika dihasut boleh juga
menjadi jahat
Berhakim kepada beruk
Meminta pengadilan kepada
seseorang yang tamak,
akhirnya kedua-dua pihak
mengalami kerugian
Bukannya diam penggali berkarat,
melainkan diam ubi berisi
Dima seseorang yang berilmu
itu berfikir, sementara diam
orang yang bodoh itu sia-sia
sahaja
Busut juga ditimbuni
anai-anai
a) Orang yang kaya juga yang
bertambah kekayaannya
b) Orang yang pernah bersalah
juga yang dituduh jika
berlaku sesuatu kejahatan
Garam jatuh ke air
Seseorang yang sangat cepat
menerima dan mudah
memahami sesuatu nasihat
atau pengajaran yang
diberikan kepadanya
Ibarat bunga dedap, sungguh
merah berbau tidak
Tidak guna seseorang itu cantik
molek, jika dia tidak berbudi
bahasa yang mulia

Anda mungkin juga menyukai