Anda di halaman 1dari 1

Lelaki maut bila cuba selamatkan harta benda dari rimah terbakar.

-20 Februari 2011, Metro Ahad

Kuala Pilah (Negeri Sembilan): Seorang lelaki rentung apabila cuba menyelamatkan harta bendanya apabila
rumah di Kampung Cheriau, Senaling, dekat sini, terbakar petang Jumaat lalu.

Cik Selamah Radin, 70 tahun, berkata beliau tidak sempat menghalang suaminyam Encik Mohd Diah Alum, 80
tahun, daripada masuk semula ke rumah selepas dibawa keluar sebelum itu.

“Saya terkejut apabila suami saya tiba-tiba mengambil tongkat lalu berjalan masuk ke rumah yang marak
terbakar,” katanya.

“Sejurus masuk ke rumah yang terbakar, suami hilang begitu saja dan saya serta seorang anak gagal
meneylamatkannya kerana ketika itu api marak. Mayat suami saya kemudian ditemui rentung di ruang tamu oleh pasukan
bomba selepas kebakaran dipadamkan,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Timbalan Mneteri
Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Hasan Malek, di rumahnya, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian sekitar 4.30 oetang itu, rumah papan didiami warga emas itu bersama seorang anak dan cucu
musnah sama sekali. Menceritakan kejadian terbabit itu, Cik Selamah berkata ketika itu beliau berada dalam bilik air
memandikan cucu lelakinya berusia lima tahun sebelum terdengar anak perempuannya menjerit mengatakan rumah
mereka terbakar.

Beliau kemudian berlari mendapatkan suaminya di dapur dan membawanya keluar menyelamatkan diri.

“Saya dan anak tidak dapat menyelamatkan barang berharga kerana api marak dengan cepat dan kini tinggal
sehelai sepinggang, selain kehilangan suami. Buat masa sekarang, saya dan anak menumpang sementara di rumah jiran
dan terharu apabila mereka memberi sumbangan wang dan barang keperluan seperti beras, susu, gula serta pakaian,”
katanya.

Jiran mangsa, Encik Khairee Nizam, 20 tahun, berkata beliau sedang memancing si kolam 500 meter dari tempat
kejadian sebelum melihat asap dan mendengar suara orang menjerit meminta tolong.

“Saya bergegas ke rumah itu untuk memberi bantuan dan menghubungi bomba,” katanya.

Sementara itu, Datuk Hasan, yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah, berkata pihaknya mengadakan rundingan
bersama pejabat daerah untuk menyegerakan bantuan dan membina semula rumah mangsa di bawah Program
Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di tapak rumah yang musnah itu.

Menurutnya, kebakaran itu mungkin disebabkan system pendawaian yang usang. – Metro Ahad

Anda mungkin juga menyukai