Anda di halaman 1dari 7

Tanggal 13 Mac adalah tarikh dimana saya perlu melaporkan diri ke

sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dalam untuk menjalani pengalaman


berasaskan sekolah buat kali pertama. Umum mengetahui, waktu permulaan
persekolahan bagi kawasan selangor dan kawasan-kawasan yang sama waktu
dengannya adalah bermula pada hari isnin. Seperti kebiasaannya, terdapat
perhimpunan pagi pada hari isnin, dan saya telah mengambil peluang untuk turut
bersama-sama menyertai perhimpuanan di sekolah ini. Perhimpunan pagi
dimulakan dengan memanggil wakil pelajar untuk tampil kehadapan untuk
mengetuai bacaan doa. Sejajar dengan matlamat dan elemen yang terdapat di
dalam FPK, memperkembangkan potensi individu, situasi ini boleh dikaitkan
dengan potensi untuk menjadi pemimpin. Selain itu juga, bacaan doa yang
memulai perhimpuan pada pagi itu menunjukkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan dimana para pelajar serta guru-guru dan insan yang berada di
tapak perhimpunan itu mengakui wujudnya pencipta.

Selepas itu perhimpuan diteruskan dengan bacaan ikrar dan nyanyian


lagu negaraku, lagu selangor dan lagu sekolah. Kita mengetahui bahawa aspek-
aspek yang ditekankan di dalam FPK adalah berlandaskan kepada rukun
negara. Secara tidak langsung, perpaduan dan keharmonian dapat dipupuk
sedikit demi sedikit.

Sewaktu perhimpunan berlangsung, terdapat barisan pengawas yang


menjaga disiplin para pelajar yang berbaris dihadapan guru. Senario ini dapat
meningkatkan daya kepimpinan para pelajar. Selepas itu perhimpuan diteruskan
dengan ucapan oleh beberapa orang guru dan diakhiri dengan ucapan guru
besar. Dalam pengamatan saya, terdapat pelbagai informasi yang diberikan oleh
guru besar dan nasihat-nasihat yang berguna kepada para pelajarnya. Antara isi-
isi ucapan yang diberi penekanan oleh guru besar adalah berkenaan tentang
ujian bulanan dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang semakin hampir. Dapat
dilihat disini bahawa, sekolah ini sangat menitikberatkan tentang ilmu
12
pengetahuan dan mengamalkan pembelajaran secara berterusan. Selain itu
juga, guru besar ada memaklumkan tentang hari sukan yang akan dijalankan
pada bulan april. Disini, kita mempunyai bukti bahawa sekolah ini bukan sahaja
menitikberatkan tentang ilmu pengetahuan yang berkait rapat dengan unsur
intelek yang terdapat dalam FPK , malah sekolah ini juga mementingkan
kecergasan para pelajarnya dimana ia berhubungkait denga unsur jasmani yang
terkandung di dalam FPK. Sekali lagi bacaan doa dibaca untuk mengakhiri
perhimpunan pada pagi itu, jelas dilihat keadaan ini adalah sejajar dengan unsur
rohani yang terdapat di dalam FPK.

Menjengah ke pejabat yang menempatkan kakitangan pengurusan buat


pertama kali, perasaan gementar semakin menebal, namun keharmonian
diantara kakitangan dan guru besar sekolah membuatkan perasaan itu semakin
menurun. Saya dan tiga lagi rakan mendengar taklimat daripada guru besar
mengenai organisasi sekolah yang diterajui oleh guru besar sebagai ketua,
kemudian dibantu oleh guru penolong kanan, kemudian guru pepenolong kanan
hal ehwal murid, guru penolong kanan kokurikulum, dan penyelia petang.
Kemudian, kami diberi penerangan tentang sejarah sekolah, latar belakang
sekolah, urusan pengurusan dan pentadbiran kemudian, diperkenalkan dengan
kakitangan sekolah dalam bahagian pentadbiran dan guru-guru sekolah. Selaras
dengan FPK yang ingin keharmonian dan perpaduan diterapkan di dalam pihak
pengurusan, guru dan organisasi sekolah, bagi pandangan saya, sekolah ini
telah berjaya mengaplikasi elemen ini sebaiknya.

Pada setiap hari rabu, para pelajar akan dikumpulkan di tapak


perhimpunan untuk menjalani progaram nilam selama 20 minit. Para pelajar
perlu membawa buku masing-masing ke tapak perhimpunan setelah loceng
berbunyi dan perlu membaca buku masing-masing selama 20 minit.

13
Aktiviti ini menunjukkan bahawa ilmu dan pendidikan adalah satu usaha yang
berterusan dan dilakukan tidak kira di mana kita berada. Selain itu juga, program
ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Secara tidak formal,
dapat dilihat bahawa sekolah ini mementingkan aspek kurikulum dalam pelbagai
cara.

Setelah itu, para pelajar akan pergi ke kelas-kelas yang telah disediakan
untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum
sangat penting dalam memupuk kesepakatan dan perpaduan dalam kalangan
pelajar dan guru-guru. Kedua-dua aktiviti ini menunjukkan elemen FPK yang
menuntut insan yang seimbang dan harmonis diterapkan kedalam diri para
pelajar di sekolah ini.

Nilai-nilai murni seperti menghormati orang yang lebih tua dapat dilihat
dengan jelas di sekolah ini. Hal ini kerana, budaya memberi salam telah
diterapkan kedalam diri setiap pelajar di sekolah ini. Selain itu juga, terdapat
program kelas tercantik pada setiap bulan untuk meningkatkan kebersihan dan
memupuk sifat bertanggungjawab kedalam diri setiap pelajar. Amalan tidak
berebut-rebut dan beratur ketika membeli makanan pada waktu rehat
menujukkan para pelajar di sekolah ini telah dipupuk dengan akhlak mulia.

Selain itu, pemakanan yang sihat juga amat dititikberatkan oleh sekolah
ini. Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) boleh menjadi bukti yang
nyata kepada hal ini. Makanan yang dihidangkan di kantin juga ditutup dengan
rapi supaya kuman, lalat atau yang seumpanya tidak dapat hinggap pada
makanan yang dihidangkan. Makanan yang berkhasiat boleh meningkatkan
kesihatan dan menjadikan tubuh badan pelajar cergas.
14
Apabila tiba bulan ogos, saya difahamkan bahawa aktiviti patriotisme
akan dijalankan di sekolah ini. Aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah
pertandingan kelas hiasan patriotik, mendeklamasi sajak patriotik, memasang
jalur gemilang di kawasan sekolah dan bermacam-macam lagi aktiviti yang
berkaitan. Jelas disini, elemen FPK iaitu untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran, keluarga,
masyarakat dan negara telah dipupuk seawal di sekolah rendah lagi.

Bagi meningkatkan tahap kesedaran dan mengingatkan bagi yang masih


leka, aktiviti ceramah dan motivasi juga dilakukan terutama sekali pada para
pelajar yang akan mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
Aktiviti seperti ini menunjukkan bahawa sifat leka akan membawa kepada
kerosakan dan boleh menghancurkan masa depan. Selain itu juga, hubungan
diantara ibu bapa dan guru-guru disini sangat akrab kerana dalam pengamatan
saya berdasarkan takwim sekolah ini, setiap bulan terdapat program hati ke hati
dimana ibu bapa akan dipanggil bersama anak mereka untuk berbincang dengan
guru tentang permasalahan yang dihadapi oleh murid itu dalam mendalami ilmu
yang disampaikan oleh guru terbabit. Amalan seperti ini memupuk sifat toleransi
diantara ibu bapa dan guru serta menunjukkan pembelajaran tidak hanya
bergantung kepada guru dan sekolah sahaja malah, pembelajaran juga perlu
diaplikasikan dirumah.

Selain itu juga, sekolah ini mengadakan tema bagi setiap bulan. Apa yang
saya maksudkan disini adalah, pada setiap bulan terdapat satu tema mata
pelajaran dan terkdapat aktiviti-aktiviti seperti kuiz, lawatan dan seumpamanya
dijalankan bagi meningkatkan kurikulum di sekolah ini. Kebetulan, ketika saya ke
sekolah ini, tema bulan agama islam sedang dijanlankan. Melihat pada takwim
sekolah, aktiviti seperti ’kem bestari solat’ adalah salah satu aktiviti yang
dijalankan di dalam bulan agama islam ini.
15
Selain itu, bagi meningkatkan kurikulum sekolah ini, guru-guru yang mengajar
telah diminta menggunakan teknologi ICT bagi menarik minat pelajar untuk lebih
menggemari subjek-subjek yang boleh dianggap susah seperti subjek matematik
dan sains. Dapat dilihat sekali lagi nilai rohani dan intelek yang terdapat di
dalam FPK diaplikasikan kedalam pembelajaran dan pengajaran.

Bagi aspek kokurikulum pula, sekolah ini akan mengadakan hari sukan
pada setiap tahun. Ketika saya ke sekolah ini, saya difahamkan sekolah ini akan
mengadakan hari sukan pada bulan april. Menurut guru kokurikulum, sekolah ini
telah menghantar 3 orang sebagai wakil sekolah dalam acara bola sepak ke
peringkat daerah.

Ketika saya ke sekolah ini, saya difahamkan oleh guru besar sekolah ini
bahawa sekolah ini sedang dalam pembinaan bangunan baru. Oleh yang
demikian, keadaan prasarana sekolah ini tidak berapa memuaskan. Namun
begitu, guru besar sekolah ini menjelaskan bahawa, bangunan yang dibina akan
merangkumi parasarana seperti bangunan kelas sebanyak 4 tingkat, bilik guru
yang lebih selesa daripada sebelumnya, surau, bilik kaunseling, bilik pemulihan
dan pejabat sekolah. Dari pengamatan saya, prasarana yang sedia ada adalah
boleh dikira mencukupi kerana pihak pengurusan sekolah ini amat
menitikberatkan keselesaan para pelajar dan kakitangan disini. Keselesaan
dapat membentuk sekolah yang harmoni dan dapat memperkembangkan potensi
setiap individu yang berada di sekolah ini dalam pelbagai cara.

Selain itu, terdapat bilik pemulihan yang dihiasi dengan pelbagai bahan
bantu mengajar, dan bahan bantu belajar yang berwarna-warni bagi menarik
pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran. Fungsi bilik pemulihan ini adalah
untuk meningkatkan 3m iaitu membaca, menulis, mengeja bagi pelajar-pelajar
yang tercicir.

16
Kelas pemulihan ini juga adalah untuk menjalankan program KIA2M yang
diarahkan oleh kerajaan bagi murid-murid yang tercicir dalam pembelajaran juga.
Elemen FPK iaitu unsur intelek menitikberatkan 3M kepada setiap sekolah untuk
diaplikasikan. Oleh yang demikian, bagi pendapat saya, sekolah ini telah
berfungsi dengan sebaiknya untuk meningkatkan tahap intelek setiap pelajarnya.

Kesimpulannya, sekolah ini bukan sahaja menitikberatkan aktiviti


kurikulum malah aktiviti kokurikulum juga sama pentingnya, sejajar dengan
pembentukan Falsafah pendidikan kebangsaan yang menggariskan bahawa
”Pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.

17

Anda mungkin juga menyukai