Anda di halaman 1dari 22

PENDAHULUAN

‫اعوذ بال من الشيطان الرجيم‬

  


    
    
   

180. dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan
berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-
orang Yang berpaling dari kebenaran Dalam masa menggunakan nama-namaNya.
mereka akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan.

(surah al-
A’araf: 180)

Dalam ayat Al-Quran di atas, Allah berfirman bahawa Dia mempunyai nama-
nama yang baik dan mulia, yang mana tidak ada satu pun makhluk ciptaanNya
yang mampu memiliki nama-nama dan sifat-sifatNya yang Maha Esa. Ayat ini juga
mengingatkan kita hambaNya supaya menyebut nama-namaNya sewaktu berdoa.
Namun begitu, masih ada lagi umat manusia yang ingkar yang berpaling daripada
kebenaran dan tidak mahu mengikut perintah Allah SWT. Maka Allah telah memberi
peringatan dan ancaman kepada golongan ini di mana mereka akan mendapat
balasan atas apa yang mereka kerjakan.

Namun begitu, cuba kita fikir dan muhasabah diri sendiri, adakah kita tergolong
dalam golongan yang mengikut ajaran yang disampaikan Nabi Muhammad SAW
atau golongan yang berpaling daripada kebenaran? Kadang-kadang, kita juga sering
mengabaikan perintah wajib seperti solat fardhu lima waktu, berpuasa di bulan
Ramadhan, menunaikan zakat, dan menunaikan haji sedangkan kita telah mampu
untuk berbuat demikian. Pada masa yang sama, kita melakukan pelbagai maksiat
seperti minum arak, merokok, berzina, menonton rancangan lucah dan sebagainya.

1
Jadi, adakah kita boleh meletakkan diri kita sebagai eorang hamba Allah yang
berada di atas jalan yang benar?

KESAN BERIMAN KEPADA ALLAH SWT YANG MEMPUNYAI NAMA-NAMA


YANG BAIK (ASMAUL HUSNA)

‫اعوذ بال من الشيطان الرجيم‬

    


      
   
    

110. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-
Rahman", Yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik
belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama Yang baik serta mulia". dan
janganlah Engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah
Engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara Yang sederhana antara
itu.

(Surah al-Israk: 110)

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda yang bermaksud:

“sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama. Sesiapa yang menghafalnya (iaitu


menghafal, berzikir, menghadirkan makna dalam hati serta merasai kesannya di
hati) dimasukkan ke dalam syurga).

(Riwayat Ibnu Majah)

Antara nama-nama Allah yangt disebutkan di dalam al-Quran adalah ar-Rahman,


ar-Rahim, al-Malik, al-Qudus, as-Salam, al-Mukmin, al-Muhaimin, al-Aziz, al-Jabbar,
al-Mutakabbir, al-Khaliq, al-Bari, dan al-Musawwir.

Setiap satu asma’ Allah menunjukkan kekuasaan dan keagunganNya yang


meliputi sifat-sifatNya dan zatNya yang tidak ada suatu makhluk pun
menyerupainya.

2
Apabila seorang insan itu yakin dan beriman pada asma’ Allah yang mulia, dia
akan sentiasa bermuhasabah diri yang mana Allah itu Maha Pencipta dan manusia
adalah hambaNya. Sebagai seorang hamba, kita perlu sentiasa menyucikan diri
daripada sifat khianat, benci, iri hati, dendam dan sebagainya terhadap tuan kita.
Begitu jugalah hubungan kita dengan Allah SWT. Apabila kita beriman dengan
asma’ Allah yang mulia, maka kita akan sentiasa bersangka baik pada Allah SWT.
Dengan demikian, segala perintah yang diperintahkan oleh Allah ke atas kita dapat
dilakukan dengan ikhlas dan baik.

Selain itu, hati kita akan sentiasa tenang dan tenteram. Apabila kita berdoa
kepada Allah SWT, kita sering menyebut nama-namaNya seperti Ya Rahman, Ya
Karim, Ya Ghaffar, Ya Bashir dan seterusnya. Secara tidak langsung, kita telah
berzikir kepada Allah dengan menyebut nama-nama Allah yang agung.
Sesungguhnya dengan menyebut nama Allah hati akan menjadi tenang. Bagi orang-
orang yang beriman, hati mereka akan bergetar setiap kali menyebut nama Allah.

Allah SWT telah menciptakan manusia ini dengan fitrah semula jadinya, iaitu
sukakan kebaikan. Oleh itu, apabila kita beriman pada asma’ Allah, kita akan
terhindar daripada melakukan kejahatan atau perkara-perkara yang dimurkai Allah.
Contohnya, kita tahu bahawa Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Justeru,
apabila kita ingin atau berniat untuk melakukan kejahatan, secara automatik kiata
akan menyucikan kembali niat yang tidak diredhai oleh Allah itu. Hasilnya, jiwa yang
sentiasa inginkan kebaikan dapat piterapkan dalam diri setiap insan.

Seterusnya, sekiranya kita beriman dengan nama-nama Allah yang baik, maka
al-Quran dan hadis akan menjadi pegangan di dunia dan akhirat. Di dalam al-Quran
sendiri ada menyebut nama-nama Allah yang Maha Agung. Malah, hadis Rasulullah
SAW juga ada menyebut tentang nama-nama Allah. Ini mengukuhkan lagi bukti
tentang kewujudan Allah SWT. Iman Ghazali berkata, “Antara tanda kecintaan
hamba terhadap Allah adalah kesukaan seseorang berzikir kepada Allah serta tidak
lesu lidah dantidak kosong hatinya daripada berzikir kepada Allah.” Ini kerana
mereka yang menyintai sesuatu pasti akan sentiasa ingat kepadanya. Begitu juga
dengan konsep kecintaan kepada Allah. Mereka yang mencintai Allah, cinta akan
zikir kepadaNya, sekaligus mencintai al-Quran kerana al-Quran adalah kalam Allah.

3
Antara kesan yang lain ialah melahirkan kecintaan yang mendalam terhadap
Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 165:

        


     
     
     
    
     
  

165. (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari
Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan
mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang
beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang
melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari
akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya
tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya,
(nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

Nabi Muhammad SAW menegaskan, kecintaan terhadap Allah melambangkan


kesempurnaan iman seseorang. Baginda Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:

“Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga Allah dan Rasulnya lebih
dikasihi daripada yang lain-lain.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keimanan dan kecintaan kepada Allah SWT menyebabkan seseorang itu


terhindar daripada syirik iaitu menyekutukan sesuatu dengan Allah. Syirik pula
terbahagi kepada syirik besar dan syirik kecil. Syirik besar boleh menyebabkan
seseorang terkeluar daripada Islam manakala syirik kecil adalah sebaliknya. Namun
syirik kecil menyebabkan seseorang itu berdosa kepada Allah. Justeru, apabila kita
menyedari hakikat bahawa Allah itu Maha Esa, tiada yang disembah

4
melainkanNya,maka kita akan sentiasa berwaspada dalam setiap langkah dan tutur
kata kerana khuatir akan melakukan perkara yang mendekati syirik.

Terdapat banyak lagi kesan beriman dengan asma’ Allah. Namun, semua itu tidak
dapatdilampirkan hanya dalam beberapa helai kertas sahaja.

AKIBAT TIDAK BERIMAN DENGAN ASMAUL HUSNA DAN ORANG-ORANG


YANG BERPALING DARIPADA KEBENARAN

1) Terpesong daripada akidah Islamiyah yang sebenarnya

Kita telah menyaksikan pelbagai jenis keadaan manusia yang berpaling


daripada kebenaran Allah SWT. Apabila kita tidak dapat menerima hakikat
akan kewujudan Allah, maka dengan mudahnya kekosongan dan kekeliruan
jiwa diisi oleh Iblis laknatullah. Oleh sebab itu, munculnya pelbagai jenis
ajaran sesat seperti al-Ma’unah dan al-Arqam yang hebat dibahaskan sudatu
masa dahulu. Kini, timbul pula fitnah lepada Nabi kita Muhammad SAW
dengan kemunculan ‘Rasul Melayu’ seperti Ayah Pin dan Cikgu Kahar,atau
nama penuhnya Haji Kahar Ahmad, 56 tahun. Antara ajaran yang
diketengahkan oleh beliau ialah:

 umat Islam boleh mengerjakan haji pada bila-bila masa di muka bumi
ini tanpa perlu pergi ke Mekah. Mereka yang menunaikan fardu haji di
Mekah itu sebenarnya hanya sekadar ´melawat´ kesan tinggalan
sejarah nabi-nabi terdahulu sebelumnya termasuk junjungan besar
Rasulullah s.a.w.

 Allah mengutuskan malaikat Jibril a.s untuk turun kepadanya dan


mewahyukan bahawa dia dilantik menjadi rasul menerusi Surah
Yaasin. Al-Quran yang dibaca oleh umat Islam di seluruh dunia pada
hari ini bukanlah al-Quran yang sebenar – kalam Allah itu berada kekal
dan ´disimpan´ di Luh Mahfuz.

 mendakwa mendapat ´maunah´ atau pertolongan serta perlindungan


Allah melalui pemberian mukjizat.

5
Sejak zaman pemerintahan khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq lagi telah
muncul beberapa individu yang sesat dengan mendakwa diri sendiri sebagai nabi
dan rasul. Khalfah Abu Bakar As-Siddiq dan beberapa khalifah selepas itu
mengambil tindakan memerangi golongan itu kerana ia mencemarkan kesucian
Islam. Antara nabi-nabi palsu itu ialah Musailamah Al-Khazab, Aswad Al-Insi,
Tulaihah Al-Asadi, Sajjah binti Al-Harith (dakwa sebagai nabi wanita), Ibnu Sam´an
dan Abu Mansur Al-Ijli.

2) Mendapat balasan yang amat pedih daripada Allah SWT

   


    
   
       

95. Sesungguhnya Allah jualah Yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-


tumbuhan) dan biji (buah-buahan). ia mengeluarkan Yang hidup dari Yang mati, dan
mengeluarkan Yang mati dari Yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah
Allah. maka Bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-
benda Yang kamu jadikan sekutuNya)?

(surah al –An’am: 95)

Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT telah memberi pelbagai petunjuk dan
gambaran tentang kewujudanNya melalui ciptaanNya yang terdapat di sekeliling
kita, namun begitu mengapa masih ada golongan yang berpaling daripada
kebenaran. Adakah kita mahu menjadi seperti umat nabi-nabi terdahulu.

Antaranya adalah kejadian banjir besar yang menimpa kaum nabi Nuh a.s. Nabi
Nuh a.s telah berkali-kali menyeru umatnya agar menyembah Allah SWT dan
meninggalkan penyembahan berhala. Baginda juga mengingatkan mereka akan
azab Allah yang bakal menimpa. Namun begitu, hanya segelintir daripada kalangan
umatnya yang sudi mengikutnya. Isteri dan anaknya juga tidak mahu mengikutnya.
Akhirnya Allah memerintahkan nabi Nuh membina bahtera besar sebelum
berlakunya banjir besar tersebut. Apabila Allah menurunkan azabNya, maka
musnahlah segala-galanya termasuklah anak dan isteri baginda. Hanya orang-orang

6
yang beriman dan beberapa pasang haiwan yang terselamat kerana menaiki
bahtera besar itu.

3) Jiwa tidak pernah tenang dan sentiasa gelisah

Jiwa orang yang berpaling daripada kebenaran hakikatnya sentiasa kacau bilau
dan huru hara. Apabila melihat orang lain melakukan amal ibadah dan kebaikan, dia
akan sentiasa berasa tidak senang duduk dan akan mencuba untuk menjatuhkan
orang tersebut.

Antara contohyang boleh dilihat adalah kisah seorang wanita yang disebut di
dalam al-Quran iaitu isteri Abu Lahab, Ummu Jamil. Di dalam surah al-Masad ayat
yang ke 4 hingga 5, Allah SWT telah berfirman:

  


       

4. dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -

5. di lehernya sejenis tali, dari tali-tali Yang dipintal.

Ummu Jamil adalah seorang wanita yang mempunyai hasad dengki yang
keterlaluan dan menjadi penyokong kuat kepada perbuatan jahat suaminya. Ketika
Rasulullah SAW berusaha untuk menyampaikan dakwahnya, beliau telah
menghasut suaminya dan orang lain untuk tidak mengikuti ajaran yang disampaikan
oleh Rasulullah SAW. Pelbagai fitnah yang ditaburkan kepada Rasulullah. Beliau
tidak lagi mengendahkan statusnya sebagai ibu saudara kepada Baginda. Tiada
langsung sifat belas kasihan dan kasih saying kepada anak yatim tersebut.

7
TANDA-TANDA AWAL DAN AKHIR HARI KIAMAT

Salah satu rukun iman ialah keimanan kepada hari kiamat. Seorang Muslim wajib
beriman kepada hari kiamat kerana tidak sempurna iman seseorang itu apabila
jiwanya tidak lengkap walau saturukun pun kerana hal ini berkait rapat dengan
akidah seseorang. Allah SWT menyebut tentang hari kiamat di dalm al-Quran dalam
pelbagai nama. Antaranya adalah Yaumul Ba’athi (hari kebangkitan), Yaumud Deen
(hari pembalasan), Yaumul Hisab (hari perhitungan), Yaumul Fath (hari
kemenangan), dan lain-lain.

Tiada seorang pun yang mengetahui akan tarikh dan waktu berlakunya hari
kiamat. Segala-galanya berada dalam pengetahuan Allah SWT. Kebanyakan
daripada tanda-tanda kecil kiamat sudah pun berlaku dalam masyarakat hari ini.
Segala-galanya telah disebut oleh Rasulullah SAW dalam hadis Baginda.

1) Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “antara tanda-tanda


kiamat adalah terangkat ilmu dan berleluasa kejahilan.” Hadis tersebut
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Kejahilan mengenai ilmu agama pada
akhir zaman ini amat ketara. Bilangan jemaah di masjid-masjid ketika majlis
ilmu adalah amat sedikit jika dibandingkan dengan ramainya manusia di
stadium dan konsert artis kesayangan mereka. Misalnya, keputusan PMR
bagi tahun 1995 dari sudut fardhu ‘ain amat menyedihkan. 6779 pelajar gagal
dalam matapelajaran ini. 616 daripada mereka gagal dalam aspek mengucap
syahadatain, 1553 gagal dalam aspek rukun Islam dan 1901 pula gagal
dalam aspek rukun iman.

2) Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud, “antara tanda-tanda kiamat


adalah perbuatan zina berleluasa.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

3) Sabda Baginda lagi yang bermaksud, “antara tanda-tanda kiamat adalah


minuman arak berleluasa.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Terdapat 10
hingga 15 juta penagih arak di Amerika dan daripada jumlah tersebut 4.5 juta
adalah daripada kalangan remaja. Jumlah kematian mencapai 100 000 orang
setiap tahun. Budaya ini juga telah menyerap masuk ke dalam Malaysia.
Berapa pula jumlah kematian di Negara kita hanya disebabkan oleh ketagihan
arak?

8
4) Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “antara tanda-tanda
kiamat adalah jumlah kaum lelaki berkurangan berbanding wanita sehingga
mencapai nisbah 1 lelaki bagi 50 wanita.” Hadis yang diriwayatkan oleh
Bukhari. Hal ini tidak dapat disangkal lagi. Sehingga kini, lebih ramai kaum
Adam yang menemui kematian berbanding kaum Hawa. Lebih ramai anak
perempuan yang lahir berbanding anak lelaki.

5) Rasulullah SAW bersabda, “Apabila urusan umat diserahkan kepada mereka


yang tidak layak, tunggu kehancuran Hari Kiamat.” Hadis tersebut
diriwayatkan oleh Bukhari. Contoh yang paling baik ialah Mustafa Kamal
Atarturk, pemimpin Negara Turki selepas kejatuhan Uthmaniyah. Beliau
bukan sahaja melarang pemakaian pakaian Islam, malah menggalakkan
pemakaian pakaian Barat. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau
berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta
melarang uamt Islam mengerjakan ibadah haji. Beliau juga tidak mengizinkan
azan dilaungkan dalam bahasa Arab sebaliknya dalam bahasa Latin.

6) Baginda bersabda lagi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi yang
bermaksud, “Demi Allah kiamat tidak akan berlaku sehingga binatang buas
bercakap kepada manusia, hujung cemeti dan tali kasut seseorang bercakap
kepadanya serta paha seseorang memberitahu kepadanya perbuatan yang
dilakukan oleh keluarganya di belakangnya.” Pada akhir zaman manusia
bercakap dengan menggunakan alat komunikasi yang canggih dan dengan
meledak teknologi komunikasi maklumat, ramalan ini menjadi kenyataan.
Berdasarkan sebuah akhbar Malaysia yang bertarikh 7 Jun 1996, dilaporkan
bahawa sebuah system pengesan berasaskan satelit dicipta baru-baru ini.
Antara fungsinya ialah mengintip suami atau suamiyang curang. Ia
menggunakan rangkaian satelit ‘Sistem Penentu Kedudukan Global’ yang
berpangkalan di Amerika Syarikat.

7) Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kiamat tidak akan berlaku sehingga masa
menjadi singkat, setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminngu,
seminngu seperi sehari, sehari seperti sejam dan sejam seperti masa bagi
menyalakan api.” Hadis riwayat Tirmizi.

9
8) Baginda Rasulullah SAW juga bersabda, “Tanda Hari Kiamat yang paling
awal adalah api yang menghimpunkan manusia dari Timur ke Barat.” Hadis
riwayat oleh Bukhari. Megikut Ali Akbar di dalam Israel and the Prophecies of
the Holy Quran di UK, ramalan ini sedikit sebayak sudah menjadi kenyataan
dengan berlakunya perang dunia pertama dan kedua yang melibatkan
Negara-negara Timur dan Barat. Ini diikuti dengan penubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu.

9) Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadisnya yang lain yang bermaksud,
“(Alamat hamper kiamat adalah) apabila seorang hamba melahirkan tuannya.
Dan kamu melihat orang-orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, hidup
miskin sebagai pengembala kambing duduk bermegah-megah dalam
bangunan yang besar.” Hadis riwayat Muslim.

10) Akhir sekali, Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Hari kiamat
tidak berlaku sehingga umat Islam memerangi orang-orang Yahudi dan
mereka bersembunyi di belakang batu dan pokok. Semasa itu batu dan pokok
berkata, ‘Wahai hamba Allah, di belakangku terdapat seorang Yahudi,
bunuhlah dia,’ kecuali pokok Garqad kerana ia adalah pokok Yahudi.” Hadis
riwayat Muslim. Kini, kita seakan-akan mampu melihat rejim Israel
memerangi orang-orang Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan.

Apabila hari kiamat semakin menjelang tiba, tanda-tanda besarnya menonjol.


Antaranya adalah seperti sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “(Kiamat)
tidak tiba sebelum berlakunya sepuluh perkara iaitu asap, dajal, haiwan(yang
bercakap), terbitnya matahari dari Barat, turunnya nabi Isa, Yakjuj dan Makjuj, bumi
tenggelam di tiga tempat, terbitnya api dari Yaman.” Hadis tersebut diriwayatkan
oleh Muslim.

10
Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud, “ Al-Mahdi daripada
aku dan beliau mempunyai dahi yang luas dan hidung yang mancung. Beliau
mengembangkan keadilan dan kesaksamaan di dunia sebagaimana dunia dipenuhi
dengan kezaliman dan penindasan sebelumnya.” Hadis riwayat Abu Daud.

Adakah kita sekarang berada dalam era Dajal? Pernahkah kita terfikir aka hal
tersebut sebelum ini? Rasulullah SAW bersabda, “Apabila Dajal datang, mata
kanannya adalah buta dan mata kirinya bersinar seperti bintang.” Hadis riwayat
Bukhari dan Ahmad.

Sesetengah hadis Baginda juga dapat dikaitkan dengan perkembangan teknologi


dunia sekarang. Baginda bersabda yang bermaksud, “Dan Dajal menyembuhkan
orang buta, pesakit kusta dan menghidupkan orang yang mati.” (Kanzul Ummal,
jil.7, hal. 2080). Teknologi perubatan Dajal menjadi begitu canggih sehingga mampu
menyembuhkan penyakit yang selama ini tidak dapat disembuhkan. Pemindahan
organ seperti jantung juga Berjaya dilakukan, seolah-olah menghidupkan kembali
orang yang mati.

Dalam sabda baginda yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“(Kelajuan perjalanan Dajal) adalah seperti awan yang dipukul angin.” Hadis yang
diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmizi. Dalam hadis yang lain Baginda bersabda,
“Dajal menaiki keldai. Jarak antara kedua telinganyaadalah 70 ela.” Hadis riwayat
Baihaqi. Rasulullah juga bersabda, “Dajal melompat antara langit dan bumi.” Hadis
riwayat Abu Daud.

System pengangkutan yang wujud pada hari ini dengan kapal terbang dan jet
menepati kata-kata Baginda yang terdapat dalam hadis. Jet-jet pejuang Amerika dan
sekutu-sekutunya di Barat mendatangkan malapetaka yang dahsyat kepada Iraq,
Afghanistan dan negara-negara lain. Terdapat banak lagi hadis Rasulullah SAW
yang berhubungkait dengan kemunculan Dajal.

11
KESIMPULAN

Sesungguhnya telah jelas kepada kita seluruh umat manusia bahawa hari kiamat
itu pasti dan semakin menghampiri. Bilakah hari itu akan berlaku, tiada siapa pun
yang tahu. Segala-galanya telah ditentukan oleh Allah SWT yang Maha Berkuasa
atas tiap-tiap perkara.

Sekarang adalah masa untuk kita kembali kepada fitrah kejadian manusia
sebagai hamba kepada Yang Khaliq. Sehingga kini kita telah menyaksikan pelbagai
ragam manusia yang semakin tidak peduli akan tanggungjawab sebenar manusia
yakni sebagai khalifah dan abid di muka bumi ini. Sermakin hari, kita semakin kabur
dengan kenikmatan dunia yang sementara di mana iblis dan syaitan laknatullah
sentiasa mendampingi mereka yang sudah terlalu jauh dari landasan syariatullah.

Adakah kita mahu mengulangi sejarah kehancuran umat nabi-nabi terdahulu


yang telah menerima azab Allah di dunia lagi? Allah telah memberi peringatan
kepada sekalian hambaNya. Hanya hamba yang beriman dan bertakwa sahaja yang
mampu untuk mentafsir segala jenis petunjuk yang Allah berikan. Sesungguhnya
Allah itu Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

12
REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya


akhirnya saya mampu menyiapkan kerja kursus Pendidikan Islam Teras ini.
Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai manfaat.

Untuk menyiapkan tugasan ini, saya perlu melakukan sedikit kajian dan
pembacaan mengenai keimanan kepada nama-nama Allah yang baik dan hari
kiamat. Sepanjang tempoh tersebut, segala maklumat yang saya peroleh sedikit
sebanyak mengingatkan saya tentang tahap keimanan manusia yang bertambah
dan berkurang. Bagi saya, dengan melakukan kerja kursus ini dapat membantu saya
untuk muhasabah kembali diri sendiri yang sering lalai dengan perintah Allah SWT
dan ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulllah SAW.

Selain itu, saya juga dapat menambah ilmu di dada yang cetek mengenai
keimanan kepada Allah dan hari akhirat. Baru kini saya dapat merasakan kesusahan
seorang penulis dalam mengumpulkan maklumat untuk menulis mengenai topic
yang dikehendaki.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada


pensyarah Pendidika Islam Teras, Ustaz Abdul Rahman bin Siraj yang telah
memberikan peluang kepada saya untuk melakukan tugasan ini. Terima kasih atas
tunjuk ajar yang diberikan bagi menyiapkan kerja kursus ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan sekelas yang banyak


memberikan bantuan kepada saya untuk melengkapkan tugasan ini. Jasa kalian
semua tidak mampu untuk saya membalasnya. Semoga kalian dirahmati oleh Allah
selalu. Sekian,

13
RUJUKAN

Al-Quranul Karim. Surah al-Israk: 110, Surah al-Baqarah: 165, Surah al –An’am: 95

www.masjidsiber.net/file.php/1/enota/Aqidah.swf

forum.kolejshahputra.edu.my/viewtopic.php?f=13&t...

Minda Muslim Super, Dr Danial Zainal Abidin, terbitan PTS MILLENNIA SDN. BHD,
terbitan pertama 2008.

Copyright ©2009 www.yadim.com.my on Monday, October 5, 2009

14
Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus

NAMA PELAJAR : NAQIBATUL AFIQAH BINTI SHOIB

NO KAD PENGENALAN : 900215-06-5674

KUMPULAN : PPISMP JULAI 2009 SEMESTER 1

PA /BI /BA

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM TERAS

PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK ABDUL RAHMAN BIN SIRAJ

TARIKH PERKARA CATATAN TANDA TANGAN

10. 09. 2009 Menerima soalan Tugasan perlu


tugasan daripada dihantar selewat-
pensyarah lewatnya 1.10.2009

18. 09. 2009 Mula mencari


maklumat dari
internet dan buku
ilmiah

19. 09. 2009 Mula menaip kerja


kursus

15
LAMPIRAN

‘Rasul Umat Melayu’: Dakyah Yang Menyesatkan


Wednesday, June 29, 2005

Oleh ROSMAN MD SHAH

´Rasul Umat Melayu´ sudah muncul! Rasul untuk semua umat Melayu – takrifan
´Melayu´ mengikut kitab Rasul Umat Melayu adalah mereka yang bertutur dalam
bahasa Melayu, faham cakap Melayu biarpun sekadar faham ´sikit-sikit´ bahasa
Melayu. Kitab sandaran yang ´diturunkan´ atau ´diwahyukan´ kepada ´Rasul´ terbaru
ini adalah Surah Yaasin dan naskhah ´al-Quran Melayu´ – tafsiran berdasarkan logik
akal dan kedangkalan intelektual individu yang mendakwa menerima ´wahyu´
daripada malaikat utusan Allah.

Antara ajaran ´menarik´ dan ´pelik´ yang di ketengahkan oleh ´Rasul Umat Melayu´
ini; Surah Yaasin merupakan kitab suci yang diturunkan kepadanya dan solat lima
waktu tidak wajib kerana ´Rasul Umat Melayu´ mendakwa tidak ada sebarang dalil
daripada kitab suci Al-Quran berhubung kewajipan menunaikan solat. Kitab suci al-
Quran dinafikan oleh ´Rasul Umat Melayu´ ini sebagai kalam Allah dengan menulis,
mencetak dan mencipta senaskhah al-Quran dalam bahasa Melayu, sekali gus
menolak al-Quran yang diturunkan sejak 1500 tahun lalu dalam bahasa Arab.

Kebobrokan dan kedangkalan pemikiran Haji Kahar Ahmad, 56, menggemparkan


umat Islam di Malaysia. Dakwaan diwahyukan oleh Allah sebagai ´Rasul Umat
Melayu´ tidak ubah seperti manusia normal yang menghidap penyakit mental – tidak
mampu berfikir secara rasional dan pemikiran ´diserang´ sindrom riak dan takbur.
Berani mengaku menjadi utusan Allah biarpun pemikirannya itu sudah ternyata
´songsang´ dan ´gila´.

Ajaran Haji Kahar Ahmad yang berpusat di Bukit Kemensah, Hulu Kelang,
mengetengahkan ajaran yang dianggap ´menarik minat´ golongan yang cuba
mencari jalan mudah mendalami Islam secara membabi buta. Menurut ajaran ´Rasul
Umat Melayu´ ini, umat Islam boleh mengerjakan haji pada bila-bila masa di muka
bumi ini tanpa perlu pergi ke Mekah. Mereka yang menunaikan fardu haji di Mekah
itu sebenarnya hanya sekadar ´melawat´ kesan tinggalan sejarah nabi-nabi
terdahulu sebelumnya termasuk junjungan besar Rasulullah s.a.w.

Golongan ahli hadis termasuk Ahlus Sunnah Wal Jamaah ditolak mentah-mentah
oleh Haji Kahar Ahmad sebagai satu rekaan manusia selepas kewafatan Rasulullah.
Dakwanya, Allah mengutuskan malaikat Jibril a.s untuk turun kepadanya dan
mewahyukan bahawa dia dilantik menjadi rasul menerusi Surah Yaasin. Al-Quran
16 pada hari ini bukanlah al-Quran yang
yang dibaca oleh umat Islam di seluruh dunia
November 16

4 watak isteri dalam Al Quran

4 watak isteri dalam al-Quran

Dalam al-Quran, ada digambarkan empat jenis wanita yang bergelar isteri.

Pertama, jenis ideal isteri Musa. walaupun al-Quran tidak menyebut namanya,
namun isteri Musa ini dikenali sebagai Safura anak perempuan Syuaib. Safura
digambarkan seorang gadis murni. Dia tertarik dengan Musa. Cintanya kepada calon
suami, tidak hanya demi kebahagiaan keluarga, iaitu membantu ayahnya. Al-Quran
menggambarkan cinta mulia dan halus Safura melalui ayat 26 surah al-Qashash
yang bermaksud:

Salah seorang dari kedua wanita itu berkata "Ya bapaku ambillah ia sebagai orang
yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu
ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai"

Dan sesungguhnya perkahwinan yang ideal ialah perempuan yang mulia serta setia
berpasangan dengan suami yang kuat lagi amanah. Inilah pasangan romantis
sebenar.

Kedua, jenis isteri Abu Lahab iaitu perempuan jahat berganding dengan suami
terkutuk. Dalam surah al-Lahab ayat 3 dan 4 yang bermaksud:

"Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya,
pembawa kayu bakar"

Isteri Abu Lahab bernama Ummu Jamil tidak disebut dalam al-Quran. Abu Lahab
memiliki akhlak buruk dan dikatakan pernah mencuri emas yang terdapat di Kaabah
kerana tamak dan rakusnya.
Isterinya pula seorang penyombong dan memiliki perasaan hasad dengki yang kuat.
Jadi, tugasnya ialah pembantu setia kejahatan suaminya.
Kalau Abu Lahab merupakan penentang utama terhadap nabi s.a.w, maka isterinya
adalah pendorong utama yang turut aktif di dalam kegiatan jenayah suaminya.
Jadi jika suami diumpamakan terbakar dalam kejahatan nafsu, isteri pula pembawa
kayu api - iaitu pengobar kejahatan suami. Maknanya isteri aktif dalam kegiatan
jahat suami.

Ketiga, isteri baik dalam genggaman suami yang jahat. Watak ini menyebut isteri
Firaun sebagai contohnya. Walaupun Firaun melalui al-Quran merupakan seorang
Raja Besar yang dikutuk Allah, namun isterinya disanjung tinggi dalam al-Quran.
Isteri Firaun yang kononnya bernama Asiah ini juga tidak diberikan nama oleh al-
Quran. Ia disebut sebagai "imraatu Firaun" atau perempuan Firaun sahaja.

Walaupun Asiah ditakdirkan berpasangan sebagai suami isteri dengan Firaun,


namun tindakan akhlaknya sangat bertentangan dengan suaminya yang zalim itu.
17
Asiah menyelamatkan Musa, sebaliknya Firaun ingin menghapuskan Musa. Dia
berkenan dan beriman dengan ajaran Islam yang dibawa Musa. Semua manusia
dilingkungannya menyembah Firaun sebagai Tuhan, tetapi dia diam-diam
menyembah Allah.

Keempat ialah watak perempuan Nuh dan Lut. Isteri dua orang nabi a.s ini
dinyatakan Allah melalui al_Quran surah at-Tahriim ayat 10 yang bermaksud:

"Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut perumpamaan bagi orang-orang kafir.
Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang salih di antara
hamba-hamba Kami;lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka
kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun, dari (seksa) Allah;
dan dikatakan (kepada keduanya);"masuklah ke neraka bersama orang-orang yang
masuk (neraka)"

Isteri Lut kononnya bernama Wa'ilah, tetapi isteri Nuh tidak diketahui namanya.
Namun kedua perempuan ini juga tidak disebut dalam al-Quran siapakah nama
mereka.
Keduanya adalah isteri kepada dua lelaki pilihan Allah, namun mereka disifatkan
oleh Allah sebagai pengkhianat dan menjadi ahli neraka.

Demikianlah gambaran watak isteri dalam al-Quran.

Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah,
dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan
yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit
atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering


menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan
menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali
sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

18
Orang Muslim beriman kepada asmaul husna (nama-nama baik), dan sifat-sifat
agung yang dimiliki Allah Ta’ala. Ia tidak mempersekutukan Allah Ta’ala dengan lain-
Nya, tidak menafsirkannya kemudian meniadakannya, dan tidak menyerupakannya
dengan sifat-sifat manusia dengan cara menyerupakan Allah Ta’ala dengan
manusia. Itu sesuatu yang mustahil. Orang Muslim tidak bersifat seperti itu. Namun
ia menegaskan untuk Allah Ta’ala apa yang telah ditegaskan Allah Ta’ala untuk diri-
Nya, dan sifat-sifat dan nama-nama yang ditegaskan Rasulullah saw. untuk Allah
Ta’ala. Ia buang dari Allah Ta’ala apa yang dibuang Allah Ta’ala dari dalam diri-Nya,
dan aib dan kekurangan yang dibuang Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dari
diri-Nya baik secara umum, atau secara rinci. Itu semua berdasarkan dalil-dalil
wahyu, dan dalil-dalil akal seperti berikut.

Dalil-Dalil Wahyu

Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), "Hanya milik Allah asmaul husna, maka
bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaul husna dan tinggalkanlah
orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya.
Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."
(Al-A’raaf: 180).

"Katakanlah, 'Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja
kalian seru. Dia mempunyai asmaul husna (nama-nama yang terbaik)'." (Al-Isra:
110).

Allah Ta’ala mensifati diri-Nya bahwa Dia Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha
Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Kuat, Maha Perkasa, Maha Lembut, Maha
Menerima Syukur, Maha Pemurah, Maha Pengampun, Maha Pengasih, Dia
berdialog dengan Nabi Musa, bersemayam di atas Arasy-Nya, Dia menciptakan
dengan kedua tangan-Nya, mencintai orang-orang yang baik, ridha kepada kaum
mukminin, dan sifat-sifat kepribadian dan sifat-sifat tindakan lainnya seperti Dia
datang, turun, dan lain sebagainya yang telah Dia turunkan di Kitab-Nya, dan
diucapkan Rasul-Nya saw.

Rasulullah saw. menjelaskan tentang hal tersebut dalam hadits-hadits shahih dan
tegas dari beliau. Sabda beliau saw. (yang artinya), "Allah tertawa kepada dua orang
salah seorang dari keduanya membunuh orang satunya, namun keduanya masuk
surga." (Muttafaq Alaih).

"Neraka Jahannam tidak henti-hentinya dimasuki (penghuninya). Jahannam berkata,


‘Adakah tambahan lagi?’ Hingga kemudian Pemilik kebesaran meletakkan kaki-Nya
ke dalamnya – dalam riwayat lain telapak kaki-Nya – kemudian sebagian Jahannam
menyatu dengan sebagian yang lain. Jahannam berkata, ‘Sudah, sudah’." (Muttafaq
Alaih)

"Tuhan kita turun ke langit dunia pada setiap malam, tepatnya pada sepertiga
malam terakhir, kemudian berfirman, ‘Siapakah yang berdoa kepada-Ku kemudian
Aku kabulkan doanya? Siapakah yang memnita kepada-Ku kemudian dia Aku beri?
Siapakah yang meminta ampunan kepada-Ku kemudian dia Aku beri ampunan?"
(Muttafaq Alaih).
19
"Allah pasti lebih berbhagia dengan taubat hamba-Nya daripada kebahagiaan
seseorang dengan hewannya yang hilang kemudian ia temukan kembali."
(Diriwayatkan Muslim).

Sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam kepada salah seorang budak wanita,
"Di mana Allah?" Budak wanita tersebut menjawab, "Di langit". Rasulullah saw.
bersabda, "Siapa saya?" Budak wanita tersebut menjawab, "Engkau Rasulullah,"
Rasulullah saw. bersabda,"Merdekakan budak wanita ini, karena ia beriman."

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, "Allah menggenggam bumi pada hari


kiamat, dan melipat langit dengan tangan kanan-Nya, kemudian berfirman, ‘Aku
raja. Mana raja-raja dunia?" (Diriwayatkan Al-Bukhari).

Pengakuan generasi salafush shalih dari para sahabat, tabi’in, dan empat imam
tentang sifat-sifat Allah Ta’ala, ketidakmauan mereka mentakwilkannya, atau
menolaknya, atau mengeluarkannya dari arti dzahirnya. Tidak ada seorang sahabat
pun yang mentakwil salah satu sifat Allah Ta’ala, atau menolaknya, atau berkata
bahwa arti dzahirnya tidak tidak seperti itu. Mereka beriman kepada maksud sifat,
dan membawanya kepada arti dzahirnya. Mereka tahu, bahwa sifat-sifat Allah Ta’ala
tidak sama dengan sifat-sifat makhluk-makhluk-Nya. Imam Malik Rahimahullah
pernah ditanya tentang maksud firman Allah Azza wa Jalla, "(Yaitu) Tuhan Yang
Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas Arasy." (Thaha: 5).

Imam Malik menjawab, "Bersemayam itu sudah bisa diketahui, caranya itu tidak
diketahui, dna menanyakan caranya adalah bid’ah."

Imam Syafi’i Rahimahullah berkata, "Aku beriman kepada Allah dan kepada apa
yang dibawa dari Allah sesuai dengan maksud Allah. Aku beriman kepada
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, dan kepada apa yang dibawa dari beliau
sesuai dengan maksud beliau."

Imam Ahmad Rahimahullah berkata seperti sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi wa


Sallam, "Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia, sesungguhnya Allah melihat
pada hari kiamat, sesungguhnya Allah merasa takjub, Allah tetawa dan marah, Allah
ridha, membenci dan mencintai."

Imam Ahmad juga berkata, "Kita beriman kepada itu semua, dan membernarkan
tidak dengan cara dan maknanya. Maksudnya, bahwa kita beriman bahwa Allah itu
turun, bisa dilihat, dan di atas Arasy jauh dari makhluk-Nya. Namun kita tidak tahu
cara turunnya Allah, cara penglihatan oleh-Nya, cara bersemayamnya Allah, dan arti
hakiki itu semua. Kita serahkan pengetahuan tentang itu semua kepada Alah yang
berfirman, dan mewahyukan kepada Rasul-Nya Shallallahu Alaihi wa Sallam. Kita
tidak membantah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, tidak mensifati Allah
melebihi penyifatan Allah terhadap Diri-Nya, dan tidak mensifati-Nya melebihi
penyifatan oleh Rasul-Nya terhadap-Nya tanpa batas, dan tanpa tujuan. Kita tahu,
bahwa tidak ada sesuatu yang mirip Allah, dan Allah Maha Mendengar, dan Maha
Melihat."

Dalil-Dalil Akal

20
Allah Ta’ala telah mensifati Diri-Nya dengan sejumlah sifat, menamakan Diri-Nya
dengan sejumlah nama, tidak melarang kita mensifati-Nya dengan sifat-sifat-Nya
dan menamakan-Nya dengan nama-nama-Nya, serta tidak memerintahkan kita
mentakwilkannya, atau membawanya kepada arti di luar arti dzahirnya. Apakah
masuk akal kalau dikatakan, jika kita mensifati Allah Ta’ala dengan sifat-sifat-Nya itu
berarti kita telah menyerupakan Allah Ta’ala dengan makhluk-Nya sehingga itu
mengharuskan kita mentakwil arti sifat-sifat tersebut, dan membawanya kepada arti
di luar arti dzahirnya? Kalau begitu, kita berarti menjadi orang-orang yang
meniadakan, membuang sifat-sifat Allah Ta’ala, dan tidak mengakui nama-nama-
Nya.

Allah Ta’ala mengancam orang-orang seperti itu dengan firman-Nya, "Hanya milik
Allah asmaul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaul
husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam
(menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa
yang telah mereka kerjakan." (Al-A’raaf: 180).

Bukankah orang yang menolak salah satu sifat Allah Ta’ala dengan alasan takut
menyerupakan-Nya dengan makhluk itu malah menyerupakan sifat Allah Ta’ala
dengan sifat-sifat makhluk? Ia takut menyerupakan sifat Allah Ta’ala dengan sifat
makhluk, kemudian ia lari dari padanya menuju kepada penolakan sifat-sifat Allah
Ta’ala, dan meniadakannya. Ia tolak sifat-sifat Allah Ta’ala yang ditegaskan Allah
Ta’ala untuk Diri-Nya, dan ia meniadakannya. Jadi ia menghimpun dua dosa besar
dosa menyerupakan sifat Allah Ta’ala dengan sifat makhluk, dan meniadakan sifat-
sifat-Nya.

Dalam kondisi seperti itu, bukankah masuk akal kalau Allah Ta’ala bisa disifati
dengan sifat-sifat yang Dia sifatkan untuk Diri-Nya, dan dengan sifat-sifat yang
disifatkan Rasulullah saw. untuk Diri-Nya dengan disertai keyakinan bahwa Dia
mempunyai sifat-sifat yang tidak mirip dengan sifat-sifat makhluk, dan bahwa Dzat
Allah Azza wa Jalla tidak sama dengan dzat makhluk?

Iman kepada sifat-sifat Allah Ta’ala, dan pensifatan Allah Ta’ala dengan sifat-sifat-
Nya tidak berarti menyerupakan sifat-sifat Allah Ta’ala dengan sifat-sifat makhluk,
sebab akal tidak memustahilkan Allah Ta’ala memiliki sifat-sifat dengan Dzat-Nya
yang tidak mirip dengan sifat-sifat makhluk, dan sifat-sifat-Nya tersebut tidak
mempunyai titik temu dengan sifat-sifat makhluk kecuali pada namanya saja, sebab
Al-Khaliq (Pencipta) memiliki sifat-sifat khusus untuk Diri-Nya, dan makhluk juga
memiliki sifat-sifat khusus untuk dirinya.

Ketika orang Muslim beriman kepada sifat-sifat Allah Ta’ala, dan mensifati-Nya
dengan sifat-sifat-Nya, maka ia sama sekali tidak meyakini, dan bahkan tidak
terlintas dalam benaknya bahwa tangan Allah Tabaraka wa Ta’ala itu sama dengan
tangan makhluk dalam makna apa pun selain sama pada namanya saja. Ini karena
perbedaan besar antara makhluk dan Al-Khaliq (Pencipta) dalam dzat, sifat, dan
perbuatan.

Allah Ta’ala berfirman, "Katakanlah, ‘Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah
Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak
diperankan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia’." (Al-Ikhlas: 1-4).
21
Allah Ta’ala berfirman, "Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia
Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Asy-Syura: 11)

22

Anda mungkin juga menyukai