Anda di halaman 1dari 2

mellydlowe@darulrdwn

Latihan
Karangan umum.

Baru-baru ini beberapa kawasan di negara kita telah dilanda banjir kilat. Hal ini telah
menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk di kawasan tersebut.

Berikan cadangan anda tentang usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk mengatasi banjir kilat.

Pengenalan.
- beberapa kawasan di negara kita sering dilanda banjir.
- dahulu hanya berlaku di kawasan rendah – kini banjir kilat mula menjengah banda-
bandar besar.
- Antara kawasan yang sering dilanda banjir kilat ialah kawasan sekitar Lembah Kelang
dan yang terbaru bandar raya Shah Alam.
- Mengundang penderitaan dan kepayahan kepada penduduk.
- Usaha-usaha wajar dilakukan agar fenomena banjir kilat ini tidak berterusan.

Isi-isi.

1. Menyediakan sistem perparitan yang sempurna.


- hutan diteroka dan bukit digondolkan untuk dijadikan tapak pembangunan.
- kawasan perumahan dan kilang-kilang tumbuh bagai “cendawan tumbuh selepas hujan”
- pihak pemaju alpa untuk menyediakan sistem perparitan yang sempurna
- pihak berkuasa perlu menyediakan peraturan yang lebih ketat dna pemantauan lebih
kerap.
- pastikan pihak pemaju menyediakan sistem perparitan yang memenuhi piawaian yang
ditetapkan.
- air dapat mengalir dengan lancar ke sungai-sungai dan seterusnya ke laut.
- pemaju yang tidak memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan hendaklan diambil
tindakan undang-undang.
- mencegah lebih baik daripada mengatasi.

2. Menyediakan sistem pelupusan sisa yang sempurna.


- sesetengah kilang dan ladang ternakan sengaja dibina berhampiran sungai.
- memudahkan mereka membuang sisa buangan termasuk toksik ke sungai.
- bukan sahaja mencemarkan sungai malah mendapam sisa tersebut akamn menyebabkan
sungai menjadi cetek.
- air sungai akan melimpah setiap kali hujan lebat yang turun tanpa henti untuk tempoh
yang lama.
- pihak pengusaha kilang dan penternak yang terbabit perlu lebih bertanggungjawab.
- sikap mementingkan keuntungan dan kesenangan diri harus dikikis.
- sepatutnya membuang sisa kilang dan sampah sarap di tempat pelupusan yang ditetapkan.
- jika hal ini berterusan, tindakan menamatkan operasi kilang atau ladang ternakan tersebut
hendaklah diambil.

3. Membersihkan sungai dan parit yang tersumbat.


- pembangunan di kawasan tanah tinggi kerap kali menjadi punca berlakunya pemendapan
di dasar sungai yang menyebabkan sungai menjadi cetek.
1
mellydlowe@darulrdwn

- mendalankan semula sungai wajar dilakukan sebaik sahaja gejala ini dikesan. Janganlah
sudah terhantuk baru tergadah.
- sampah sarap yang menghalang pengaliran air juga hendaklah dibersihkan
- akta menghalang pembanguan di kawasan bukit berhampiran kediaman hendaklah
dikuatkuasakan.

4. Membina benteng atau tebatan banjir.


- menghalang air daripada melimpahi kawasan sekitarnya.
- penduduk-penduduk di kawasan rendah juga akan dipindahkan manakala jalan raya yang
kerap dilanda banjir kilat akan dinaiktarafkan.
- kerajaan Selangor melalui Menteri Besarnya Dato’ Seri Mohamad Khir bin Toyo telah
memohon peruntukkan kepada kerajaan pusat untuk melaksanakan cadangan tersebut.
- menelan belanja jutaan ringgit – perlu dilaksanakan segera untuk mengelakkan
berlakunya tragedi kemanusiaan yang lebih dahsyat.

5. Sistem amaran banjir.


- banjir boleh mengancam nyawa manusia selain merosakkan harta benda serta
memusnahkan dokumen penting yang lain.
- sistem ini boleh dipasang di tempat-tempat atau di kawasan yang berpotensi untuk
dilanda banjir kilat.
- mengeluarkan amaran isyarat apabila paras air menghampiri indeks yang ditetapkan.
- penduduk boleh mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan nyawa serta barang
berharga.

Penutup.

- dapatlah disimpulkan bahawa menangani banjir kilat bukanlah satu kerja yang mudah.
- komitmen dan penggemblengan tenaga semua pihak dalam melaksanakan usaha-usaha
seperti yang dinyatakan di atas penting untuk menangani masalah banjir kilat.
- keresahan penduduk yang menjelma akibat banjir kilat akan dapat dihapuskan.
- tegasnya masalah banjir kilat ini perlu diatasi segera agar hasrat mewujudkan negara
maju menjelang 2020 dapat direalisasikan.

Anda mungkin juga menyukai