Anda di halaman 1dari 7

PERINGKAT PENGUASAAN

KEMAHIRAN
MENDENGAR DAN
BERTUTUR

Disediakan oleh:
Mohammad syazwan bin Masruddin
PISMP G7 (pemulihan)
Peringkat Penerimaan
(mendengar dan memahami)
 Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka
perlu diberi kefahaman mendengar. Pada peringkat ini
latihan diberi kepada murid-murid, tidak memerlukan
mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan.
Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah
mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan
boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid
berkenaan.
Penghasilan Semula
(bertindak balas)

 Pada peringkat ini, latihan yang diberi


memerlukan murid bertindak balas
secara pertuturan. Semasa bertutur
banyak aspek yang terlibat, seperti
intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan,
kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya
dan isi penyampaian.
Peringkat-Peringkat Kemahiran Bertutur

 Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan

fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan

bahasa yang tepat, guru harus menegaskan betapa perlunya

kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat,

yakni peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid

dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid boleh bertutur

dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah.

 pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi

mengikut peringkat: peringkat awal, pertengahan dan maju.


Peringkat awal

(a) Melafazkan pengucapan bertatasusila;

(b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;

(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat;

(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi;

(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu;

(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;

(g) Memberi arahan;

(h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan

(i) Membuat ayat-ayat daripada gambar.


Peringkat pertengahan
(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;

(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri;

(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;

(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;

(e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi

seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah;

(f) Membaca iklan, peraturan-peraturan;

(g) Memberi ucapan pendek dan mudah;

(h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;

(i) Memberi komen secara mudah; dan

(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.


Peringkat maju

(a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses


dan sebagainya;
(b) Bercerita dengan me nggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;
(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;
(d) Bertanya untuk mendapat kan maklumat;
(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;
(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;
(g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);
(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar
dan lain-lain;
(i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;
(j) Mendeklamsi puisi
 

Anda mungkin juga menyukai