Anda di halaman 1dari 2

Penglibatan Ibu Bapa Kanak-kanak Istimewa

Posted on October 18th, 2008 by hildaain

Disediakan oleh PUAN LILY SURIANI (Guru Pendidikan Khas SK Sungai


Tinggi).

Sekolah pendidikan khas mengalu-alukan kehadiran anak-anak istimewa melalui


program pendidikan khas Bermasalah Pembelajaran. Penglibatan ibu bapa yang
mempunyai anak istimewa juga sama pentingnya di pendidikan khas.

Sikap ibu bapa

Penglibatan ibu bapa di pendidikan khas dapat mengurangkan tekanan emosi,


kesugulan, kesedihan kerana mempunyai anak istimewa. Ia juga dapat
mengubah sikap ibu bapa pada anak sama ada ia dianggap sebagai beban
ataupaun suatu dugaan serta dapat menyemai pandangan positif di kalangan
masyarakat pada anak istimewa.

Pengetahuan berkenaan keperluan anak istimewa

Ramai ibu bapa menganggap anak istimewa hanya memerlukan keperluan asas
dan kasih saying.Sebenarnya mereka juga memerlukan keperluan seperti kanak-
kanak biasa hingga tercapai keperluan pemenuhan kendiri (self-actualisation).
Tanpa pengetahuan ini, kanak-kanak istimewa tidak tidak akan membesar ke
tahap keupayaan mereka. Ramai ibu bapa oleh kerana kesian kapada anak
biasanya memanjakan anak istimewa dan ini menyebabkan anak  sentiasa
bergantung kepada ibu bapa seumur hidup. Apa akan terjadi selepas ibu bapa
tiada lagi?

Pengetahuan Berkenaan Peringkat-Peringkat Pekembangan Anak Istimewa

Pengetahuaan ini perlu kerana i8ni dapat membantu ibi bapa mendidik anak
memperolek kemahiran-kemahiran yang sesuai (adaptive behaviour) untuk
tingkah laku yang di terima oleh masyarakat. Kemahiran-kemahiran penyesuaian
termasuk kemahiran sensori-motor, komunikasi (bahasa dan pertuturan),
kemahiran membantu diri (self-help skills), kemahiran sialisasi, aplikasi
kemahiran asas dalam kehidupan seharian dan kemahiran membuat keputusan
sendiri.
 

Masa depan kanak-kanak Istimewa

Ibu bapa perlu memikirkan masalah-masalah yang akan dihadapi oleh anak
mereka pada masa depan dan mencari resolusi untuk masalah-masalah ini.
Sebagai ibu bapa mereka mesti berusaha menjadi kuasa penggerak bagi
menyedarkan masyarakat berkenaan  keperluan, hak asasi dan kemahuan anak
istimewa. Ibu bapa adalah orang yang benar-benar mengetahui, prihatin dan
peka pada anak istimewa. Oleh itu menjadi tanggungjawab mereka untuk
berusaha mendapatkan penglibatan masyarakat demi masa depan anak mereka.
Tanpa penglibatan ibu bapa yang baik dan tanpa usaha gigih, kemungkinkan
nasib anak istimewa pada masa depan tidak cerah. Falsafah yang harus
mendiring ibu bapa ialah `Fikirkan berkenaan keupayaan bukan ketidakupayaan`
Think Ability Not Disability`.

(Dipetik dari buku Pendidikan kokurikulum.)

Disemak Tahun 2003.

Anda mungkin juga menyukai