Anda di halaman 1dari 4

ARAHAN SEGMEN 1 : KETAHANAN FIZIKAL

PERMAINAN : BALING PUNDI KACANG ATAU BOLA


KE DALAM GELUNG.

Garisan
Mula A B C Akhir

Gelung Gelung Gelung Gelung Gelung


Pertama Terakhir

Arahan : Setiap kumpulan diberi MASA10 MINIT untuk


menyelesaikan tugasan.
1. Permainan bermula di garisan permulaan.

2. Peserta pertama dikehendaki melompat ke gelung pertama.

3. Apabila peserta pertama berada di dalam gelung,peserta terus melontar 1 biji pundi
kacang atau bola ke dalam mana-mana gelung.

4 Setiap gelung membawa markah yang berbeza.


Gelung A=1markah, gelung B = 2markah, gelung C= 3markah.

5 Pundi kacang atau bola perlu masuk dan berada di dalam gelung A atau B atau C.
Selagi pundi kacang atau bola tidak berada di dalam mana - mana gelung, peserta
perlu mengambil semula pundi kacang atau bola dan kembali ke dalam gelung
pertama untuk melontar semula.

6. Setelah pundi kacang atau bola masuk ke dalam gelung, peserta pertama terus berlari
ke garisan penamat dan duduk di dalam gelung terakhir. Tunggu sehingga semua
peserta selesaikan tugasan.
7. Peserta kedua akan meneruskan permainan sebaik sahaja peserta pertama duduk di
dalam gelung. Peserta kedua terus memulakan aktiviti yang sama dilakukan oleh
peserta pertama. Apabila selesai tugasan, peserta kedua akan berlari dan duduk di
belakang peserta pertama.

8. Peserta ketiga akan mengulangi aktiviti yang sama dilakukan oleh peserta pertama
dan kedua sehingga peserta terakhir.

9. Apabila semua peserta dalam kumpulan selesai melakukan


tugasan dan diakui betul oleh hakim bertugas, semua peserta
(dalam kumpulan ) akan berjalan dengan pantas ke lokasi
seterusnya berdasarkan teka-teki yang diberikan untuk mendapatkan
sampul soalan kedua.

TEKA-TEKI UNTUK KE LOKASI SETERUSNYA

WAHAI KAWANKU YANG BIJAKSANA,

TEMPATKU TERDAPAT BANGKU DAN MEJA YANG BANYAK,

TEMPATKU SENTIASA SIBUK DI WAKTU REHAT,

AGAKNYA DI MANAKAH TEMPATKU?

10. Sekiranya masa yang di beri telah tamat, wisel akan


dibunyikan, peserta yang belum menyelesaikan tugasan
perlu berlari kearah kumpulan masing masing dan
berdiri di belakang. Semua peserta (dalam kumpulan )
akan berjalan dengan pantas lokasi seterusnya
untuk mendapatkan sampul soalan kedua.

11. Penilaian diberi berdasarkan bilangan pundi kacang dan bola yang terdapat dalam
gelung rotan A, B dan C.

Selamat Menjalankan tugasan anda.


Aspek keselamatan perlu dititik beratkan.
Pemarkahan Soalan Segmen 1 : Ketahanan Fizikal

KUMPULAN : ……………………………………

Ketua Kumpulan : ………………………………………………………

Gelung A
Bilangan pundi kacang dan bola
x 1 markah
Gelung B
Bilangan pundi kacang dan bola
x 2 markah
Gelung C
Bilangan pundi kacang dan bola
x 3 markah

Jumlah / 30
SEGMEN 1

KUMPULAN 1

Anda mungkin juga menyukai