dengan baik sudah tentu akan menyebabkan air tidak mengalir dengan lancar. Sampah sarap yang dibuang ke dalam longkang dan parit dengan sengaja juga akan menyebabkan longkang mudah tersumbat. Kita hendaklah sentiasa memelihara kebersihan persekitaran. Jika kita abaikan kebersihan orang yang tinggal di kawasan persekitaran tidak berasa selesa kerana terganggu oleh bau busuk.
Kawasan persekitaran rumah yang dijaga dengan baik
sudah tentu mewujudkan suasana persekitaran yang bersih, cantik dan harmoni. Apatah lagi jika dihiasi dengan lanskap atau tanaman bunga-bungaan yang cantik dan menghijau.
Tempat-tempat air bertakung boleh menyebabkan
pembiakan nyamuk. Orang akan mudah mendapat penyakit denggi. Jangan biarkan nyamuk membiak di tempat-tempat yang menakung air seperti bekas-bekas tin, tempurung kelapa dan tayar terpakai. Bagi menjamin kebersihan persekitaran pembuangan sampah khas hendaklah disediakan oleh setiap rumah. Kebersihan tempat pembuangan sampah juga perlu diberi perhatian. Sampah-sampah perlu disimpan dalam plastik khas.
Untuk keselamatan dan keselesaan bersama
tempat-tempat letak kereta di kawasan rumah juga hendaklah bersih. Elakkan membuang minyak di kawasan letak kereta dan longkang- longkang. Buang minyak di tempat khas untuk menjauhkan dari berlakunya kebakaran. Jangan sekali-kali membakar bekas tin-tin dan botol-botol minyak kerana ini boleh mencemarkan udara.
Cara-cara menjaga kebersihan tempat tinggal ialah:
1. Bergotong royong membersihkan longkang dan membuang sampah adalah tanggungjawab bersama. 2. Rajin membersihkan persekitaran rumah akan mententeramkan fikiran. 3. Membersihkan tempat-tempat air bertakung boleh menjauhkan diri daripada terkena penyakit berjangkit. 4. Membuang sampah di tempat yang disediakan dapat mendisiplinkan diri supaya tidak jadi pengotor.
Mengapa kita perlu mengamalkan cara hidup yang
sihat????? - untuk menjaga kesihatan - supaya tidak dijangkiti penyakit - supaya tidak menganggu kita belajar - untuk keselamatan dan keselesaan bersama - agar kita tidak jadi pengotor - kita tidak akan disukai orang ramai