Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN

Setelah hampir dua minggu mencari maklumat dan mengumpul data dari pelbagai
sumber.akhirnya tugasan kerja kursus berasaskan ilmu subjek kemahiran belajar ini
dapat juga saya siapkan dengan jayanya.Saya telah mengambil artikel dari akhbar
Berita Harian sebagai tajuk penulisan saya yang bertajuk “Negara Perlu Rangka Pelan
Darurat H1N1”.Merujuk pada tajuk ini saya begitu tertarik untuk menulis tentang tajuk ini
memandangkan negara sedang menghadapi masalah ini dan boleh dianggap sebagai
masalah yang serius kerana telah meragut banyak nyawa manusia yang tidak
berdosa.Tanpa kita sedari Malaysia menjadi negara ke lima dalam kes penularan
wabak H1N1 lapor WHO.Tindakan yang kurang efisien dalam pencegahan H1N1
mengakibatkan semakin ramai rakyat Malaysia mengalami penularan H1N1 dengan
menyebabkan kematian rakyat Malaysia semakin hari semakin bertambah.Masyarakat
hanya tahu menuding jari bagi menyalahkan pihak tertentu yang tidak mengambil jalan
yang berkesan untuk menangani penularan ini.Sepatutnya semua pihak termasuk
pihak kerajaan dan masyarakat sama-sama bekerjasama dan berganding bahu dalam
usaha mencegah penularan virus selesema babi ini disamping langkah –langkah untuk
menangani virus ini bukannya saling menyalahi diantara satu sama lain.Akhir
sekali,kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab seharusnya
berusaha untuk menangani masalah selesema ini dengan mengamalkan langkah-
langkah penjagaan kebersihan ditahap yang maksimum seperti yang telah di nyatakan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selain selalu peka dengan perkembangan dan
isu semasa tentang penularan wabak virus selesema babi ini.

Anda mungkin juga menyukai