Anda di halaman 1dari 12

PERLAKUAN GURU

Saidina Umar al-Khatab pernah


berpesan:
Hisablah diri kamu, sebelum kamu
dihisab. Timbanglah diri kamu,
sebelum kamu ditimbang.
CIRI-CIRI PERLAKUAN GURU YANG
DISUKAI OLEH PELAJAR

1. Seorang guru mestilah periang, gembira dan


memiliki perwatakan menarik. Justru guru
hendaklah mengelakkan diri daripada bersikap
garang, kuat membebel, tidak pernah senyum,
suka menyindir dan mudah hilang kesabaran
2. Seorang guru hendaklah bertimbang rasa,
mudah mesra, pengasih dengan pelajar. Guru
hendaklah menghindarkan diri dari sifat
sombong, angkuh dan sukar menerima
pandangan orang lain.

3. Seseorang guru mesti tegas terhadap kawalan


kelas supaya ia dihormati dan disegani.
4. Seorang guru hendaklah bersikap adil dengan semua
muridnya, terutamanya dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Janganlah ada guru yang
mengamalkan pilih kasih dengan memberikan
perhatian kepada pelajar yang tertentu sahaja.

5. Seseorang guru yang bermint dan memahami


masalah pelajar-pelajarnya. Guru hendaklah
menhabiskan kerja di sekolah seronok dan
menghiburkan. Elakkan daripada memberi tugasan
dan kerja rumah tanpa kewajaran yang sepatutnya.
6. Kaedah pembelajarannya hendaklah dirancang
dari awal supaya murid mudah memahaminya.

7. Menerangkan sesuatu pelajaraan atau tugasan


dengan jelas agar mereka melakukan sesuatu
tugas dengan baik dan sempurna.

8. Seorang guru yang sentiasa memberikan bantuan


dalam kerja-kerja sekolah.
Akauntabiliti keguruan.
 
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab
yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seseorang guru.  Dalam erti kata yang lain,
akauntabiliti keguruan membawa maksud
tanggungjawab terhadap profesionalisme
keguruan.    Akauntabiliti atau tanggungjawab
seorang guru yang dimaksudkan di atas
merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah
laku, murid-murid dan profesion keguruan.
 
 
 

Akauntabiliti guru terhadap:


 
 
 
1. Pelajar  
 
 
 
 
1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di bilik darjah
termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut
kaedah dan teknikyang berkesan.
2. Mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan
murid-murid berbanding hal-hal lain.
3. Bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira bangsa,
agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan
sebagainya.
4. Membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah
tanpa meminta apa-apa bayaran atau hadiah.
5. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian
kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa
bertugas.
 
2. Diri
1. Menjaga kebersihan dan kesihatan agar dapat
menjalankan tugas dengan sempurna.
2. Mengawal emosi sendiri dan menghindarkan ketegangan
jiwa.
3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana dan
mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan.
4. Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
5. Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di
sekeliling melalui media massa atau elektronik.
6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah
di masa lapang.
3. Bangsa dan Negara

1. Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan


Matlamat Pendidikan Negara berlandaskan Rukun
Negara.
2. Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan
masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar.
3. Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia
dengan mengambil bahagian secara cergas dalam
kegiatan-kegiatan masyarakat.
4. Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan
guru dan ibu bapa pelajar.
5. Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala
aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.
4. Terhadap Tugas dan Kerja

1. Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan


berkaitan mata pelajaran yang diajar.
2. Memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran
yang diajar.
3. Menyertai seminar pendidikan dengan menyertai kursus-
kursus yang dianjurkan oleh jabatan atau pentadbir sekolah.
4. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran
sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara
maksimum.
5. Mengajar fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang
betul dan tepat.
Kalau Guru ….
Kalau guru malas membaca, ilmu diajar tidak tentu punca.
Kalau guru tidak bersedia, dalam kelas banyak bercerita.
Kalau guru sentiasa sibuk, murid di kelas hiruk pikuk.
Kalau guru sentiasa marah,murid keluar tak tentu arah.
Kalau guru tak sukakan pelajar,tidak berkat ilmu yang diajar.
Kalau guru tidak galak mencuba,murid sekadar asyik
menerima.
Kalau guru suka berdamping, semua murid dapat dibimbing.

Kalau guru menunggu arah, semua kerja kena kerah.


Kalau guru kenal pelajar, di luar sekolah dia tak liar.

Kalau guru kurang merancang, dalam keras banyak temberang.

Kalau guru banyak tak tahu, bimbinglah dia agar berilmu.

Kalau guru ada kepandaian, bantulah dia dengan kemudahan.

Apa guna menjadi guru, kalau fikiran masih bercelaru.

Apa guna menjadi pelajar, kalau masih berkurang ajar.

Jadilah insan yang seimbang yang sentiasa mendapat keredhan


Allah S.W.T

Anda mungkin juga menyukai