Anda di halaman 1dari 22

MASALA TELUR

Bahan-bahan

2 cm halia

3 ulas bawang putih

2 sudu besar serbuk ketumbar

1 sudu besar serbuk cili

1/2 sudu teh garam masala

1 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu teh serbuk lada hitam

1 sudu teh serbuk jintan putih

1 cawan air

4 sudu besar minyak masak

1 cm kulit kayu manis

2 tangkai daun kari

2 biji cengkih

1 cawan susu cair

Garam secukupnya

6 biji telur rebus, digoreng hingga kuning emas

4 biji bawang besar, dipotong bulat.

Cara Membuatnya

1. Kisar halia, bawang putih, ketumbar, serbuk cili, garam masala.

serbuk kunyit, lada hitam, jintan putih bersama secawan air.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, daun kari
dan cengkih hingga naik bau.

3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan masak hingga pecah minyak.

4. Tuangkan susu cair dan garam. Masak hingga kuahnya pekat.

Masukkan telur dan bawang besar. Kacau hingga sebati.

TELUR GORENG ALA THAI

Bahan-bahan:

Telur rebus

Bawang merah - cincang

Bawang putih - cincang

Cili kering - hiris

Cili padi - hiris

Kicap ikan

Gula

Air

Daun sup

Bawang gorengCara-cara:

Telur rebus digoreng hingga kecoklatan. Ketepikan. (potong 2)

Masukkan bahan cincang. Biar sampai wangi.

Masukkan pula bahan hiris. Kacau sebati

Masukkan kicap ikan, gula dan air sikit.

Tuang atas telur dan tabur ngan daun sup dan bawang goreng.
ROTI TELUR MAYO

Bahan-bahan ( 4 orang )

5 biji telur rebus, dikupas kulitnya

garam dan lada putih, secukupnya

4 sudu makan mayonnaise

daun lettuce

tomato, dihiris

8 keping roti sandwich

margarine Cara-cara

Satukan telur, garam, lada putih dan mayonnaise dan kacau rata.

Sapukan margarine di atas roti than langsung sapukan telur mayo

tadi.

Top kan dengah daun lettuce dan hirisan tomato.

Akhir sekali, lapik kan dengan sekeping lagi roti.

TELUR GORENG CAMPUR SERUNDING

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

2 biji telur

3 sudu besar serunding daging

secubit garam
minyak utk menggoreng

sos cili

mayonis Cara-cara

pukul telur seketika. kemudian masukkan serunding dan garam

goreng telur tersebut dgn api yg perlahan.

setelah masak, angkat telur tersebut dan boleh lah dimakan bersama

sos cili dan mayonis.

ROLL SOSEJ DAN SOS UNIK

Bahan-Bahannya:-

8 keping roti sandwich Gardenia (brand lain pun ok)

8 batang sosej ayam, celur 5 minit, angkat dan toskan

2 biji telur

1/2 camca teh serbuk lada sulah

2 camca besar bijan

1 camca besar tepung gandum*

Sedikit air*(*disatukan hingga menjadi pes pekat)

Minyak untuk menggoreng

Bahan Sos:-

2 camca besar mayonise

1 camca besar sos tomato

2 camca besar sos cili

1 ulas bawang putih, cincang halus


10 biji jeruk capers, dicincang halus

Cara membuatnya:-

UNTUK ROLL SOSEJ:- Leperkan setiap keping roti dengan torak (alat

penggelek pastri) hingga leper. Ketepikan.

Ambil sebatang sosej, letak dibahagian pangkal roti dan gulung

hingga ke hujung, sapu degan pes tepung sebagai gam dan lekatkan

roti tadi. Buat hingga habis.

Dalam satu bekas, pecahkan telur, campur serbuk lada sulah dan

kacau hingga rata. Celup roti gulung tadi dan golekkan dgn sedikit

bijan. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Angkat dan

toskan atas paper towel. Goreng gunakan api sederhana. Potong ikut

suka dan hidangkan bersama "sos unik".

SOS UNIK:- Satukan semua bahan2 untuk sos dan kacau hingga rata dan

sebati. Hidangkan bersama roll sosej tadi..

ROTI GORENG SPECIAL

Bahan-bahannya

1 bantal roti perancis, potong ikut suka

2 biji bawang besar, dipotong dadu

4 biji telur

1/2 cawan sayur campur

garam secukup rasa

1/2 sudu teh serbuk lada putih


4 batang hotdog, dihiris serong

mentega/ margarine secukupnya

Cara-caranya

Panaskan 1 sudu besar mentega dalam kuali dan goreng hotdog yang

telah dihiris serong.

Telur, sayur campur, bawang, garam, lada sulah dicampurkan dan

juga hotdog yang telah dihiris. Gaul sebati.

Tekap roti dalam campuran telur dan kemudian susun bahan2 seperti

bawang, sayur campur, hotdog.

Panaskan kuali non stick dan letakkan sedikit mentega dan

tangkupkan roti macam buat roti john. Masak dikedua-dua belah

sehingga garing.

Angkat potong ikut suka dan hidangkan bersama sos cili dan

mayonnaise jika mahu.

TELUR LADA HITAM

Bahan-bahan ( 5~6org )

10 biji telur rebus

bhn ditumbuk: 1 sudu besar ketumbar, 1 sudu besar jintan manis dan

2 sudu besar lada hitam

3 sudu besar air

5 tangkai cili kering ( direbus dan dipotong dlm anggaran 2 cm)

bhn dihiris: 1 bj bwg besar, 3 ulas bwg putih dan 2cm halia
garam dan minyak Cara-cara

goreng telur rebus sampai kekuningan dan ketepikan

tumiskn bhn hirisan, ketumbar dan jintan manis. setelah garing,

masukkn air dan kacau perlahan2 masukkn lada hitam, cili kering dan

garam ikut rasa.

Setelah lebih krg 2minit, masukkn telur rebus tadi dan kacau rata.

Tutup api dan boleh dihidangkn.

KENTANG BERTELUR

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

3 biji kentang saiz sederhana

3 biji telur

Daun kucai ikut suka

sedikit serbuk lada hitam

garam n gula

1 cawan daging cincang

1 biji bawang besar

sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

rebus kentang tapi jangan sampai lembik

toskan kentang dan buang kulitnya. potong nipis-nipis.

bawang besar dicincang. kemudian tumiskan.

masukkan daging cincang sampai daging masak.

masukkan kentang tadi. kacau sebentar dan masukkan telur yang telah
dipukul. taburkan daun kucai yang telah dipotong dan oregano (tujuan

nak menaikkan aroma)

kemudian bakar didalam oven. selama mana yang suka

BAKED SPANISH OMELETTE

Bahan-bahan ( 4 orang (20cm) )

4 biji telur

150ml susu segar

100g garden peas / brokoli

1 biji bawang besar (Dadu)

2 biji kentang saiz sederhana (Dadu)

2 sdb olive oil

1 ulas bawang putih (Cincang)

5 keping hirisan tomato

Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Cara-cara

Naikkan suhu oven 180'C. Sapu butter pd tin pembakar dan ketepikan.

Panaskan olive oil, tumis bawang besar dan kentang hingga naik bau.

Masukkan bawang putih dan gaul hingga kentang lembut. Masukkan

peas atau brokoli dan tutup api. Gaul hingga rata. Masukkan ke dalam

tin pembakar. Ketepikan.

Dalam mangkuk lain, pukul telur dgn garpu sekejap, masukkan garam

dan serbuk lada hitam, pukul lagi.

Masukkan susu segar, pukul hingga sebati. Tuang ke dalam tin


pembakar. Atur hirisan tomato di atasnya.

Bakar selama 45 minit, 180'C atau hingga masak.

TELUR DADAR UDANG

Bahan :

5 biji telur

8 ekor udang, dikupas kulitnya dan potong kecil

garam secukup rasa

serbuk perasa jika suka

minyak untuk menggoreng

Bahan untuk kisar :

1 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

2 batang cili merah

Cara membuat:

i. Campurkan telur, bahan yang telah dikisar,

udang, garam dan serbuk perasa. Pukul dengan garpu sehingga ia

sebati.

ii. Panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick

dan goreng adunan telur seperti telur dadar sehingga ia masak.

Angkat dan hidangkan.


TELUR PUYUH MASAK TAOCO

Bahan

20 butir telur puyuh, direbus, dikupas, digoreng sampai

berkulit

3 helai daun salam

1 tangkai serai, dititik

2 cm lengkuas, dititik

3 buah cabai hijau, dipotong serong tipis

15 biji cili benggala merah

10 mata petai, masing-masing dipotong 2 bahagian

200 ml air

1/2 sudu teh garam

3/4 sudu teh gula pasir

1/2 sudu teh air asam

2 sendok makan minyak untuk menumis

Bahan Hirisan:

10 biji bawang merah

5 biji cabai merah

3 ulas bawang putih

1 buah tomato kecil

2 sudu makan taucu

CARA MEMBUAT :

Panaskan minyak. Tumis bahan yang dihiris halus, daun salam,


serai dan lengkuas sampai harum. Tambahkan cabai hijau dan

cili benggala. Masak hingga layu.

Masukkan petai dan telur. Campurkan

Tambahkan air, garam, gula, dan air asam.

Masak sampai sebati.

TELUR MASAK PEDAS

Bahan:

25 butir telur puyuh rebus

500 ml santan dari 1/2 butir kelapa

2 helai daun salam

1 batang serai, dititikkan

10 biji cili benggala merah

3 sudu makan kelapa parut , dihaluskan

2 sudu makan minyak goreng

Bahan Hirisan

5 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

5 biji cabai merah

1 cm lengkuas

1 sudu teh garam Cara membuat:

Panaskan minyak lalu tumis bahan hirisan , daun salam,

serai, dan cabai . Campur hingga sebati.


Masukkan telur puyuh. Kacau dan kemudian tuangkan santan.

Kacau sampai sebati

Masukkan kelapa parut. Kacau sehingga masak

TELUR MASAK GURIH

Bahan:

20 butir telur puyuh rebus

600 ml santan pekat

5 helai daun limau purut

1 tangkai serai, diketuk

sedikit asam

garam dan gula pasir secukupnya

2 sudu makan minyak goreng untuk menumis

Bahan Hirisan

6 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1/2 cm lengkuas

1 sudu teh ketumbar

3 cm kunyit

Cara membuat:

Tumis bahan hirisan hingga wangi. Tambahkan limau purut dan

serai. Kacau dan kemudian bubuh telur. Kacau sehingga telur

sebati dengan bahan hirisan


Tambahkan santan, garam, gula, dan sedikit asam. Masak

sampai mendidih dan kuah menjadi pekat

TELUR KUAH ASAM

Bahan:

5 biji telur rebus

2 sudu makan kicap manis

2 buah tomato hijau, dipotong-potong

2 helai daun salam

2 cm lengkuas,

1 1/2 sudu teh garam

500 ml air

Bahan Hirisan:

4 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1/2 sudu ketumbar

1 1/2 sudu teh garam

1/2 sudu teh lada sulah

3 cm kunyit Cara membuat:

Tumis bahan yg dihiris, salam, dan lengkuas. Setelah harum,

tambahkan tomata. Masak sampai layu. Setelah masak tuangkan

air stok dan telur.

Masukkan kicap manis dan garam. Masak sehingga bahan-bahan

sebati .
SAMBAL GORENG TELUR PUYUH

Bahan:

4 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

2 biji cili merah

6-7 udang segar, kupas dan bersihkan

15 biji telur puyuh

2 helai daun salam

1 batang serai, dipotong-potong

1 sudu makan lengkuas

sedikit perasa

250 g kacang buncis dipotong dua bila perlu

1 buah tomat, dipotong-potong

250 cc air

500 cc santan

Cara membuat:

Hiris halus bawang merah, bawang putih dan cabai merah.

Tumis ketiga bahan ini sampai layu, masukkan terasi, salam,

serai dan langkuas

Tambahkan udang segar dan telur puyuh. Tuang air dan

didihkan. Masukkan kacang buncis dan masak sampai cukup

layu.

Tambahkan santan, garam dan gula, kecilkan api dan masak dan

kacau sehingga santan mendidih. Terakhir masukkan potongan

tomata, campur hingga rata.


BUN TELUR

Resepi menggunakan bread maker. Sesuai untuk sarapan pagi.

Bahan-bahan ( 14 biji )

250g tepung roti (strong white bread flour)

50g tepung biasa

1 biji telur

120cc susu segar

3 sudu besar gula

Bazil (optional)

[Inti]

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil yis

50g mentega

[bahan glaze]

1/2 biji telur

1 sudu besar air

2 biji telur rebus

mayonis secukupnya

garam

serbuk lada putih

1/2 bawang besar

Cara-cara

Masukkan semua bahan kecuali bahan glaze ke dalam bread maker. On

kan.
Bila dah siap, keluarkan doh dan bahagikan kepada 2 bahagian.

Bentukkan jadi bulat. Biarkan selama 20minit

Sementara itu sediakan inti. Cincang bawang besar dan telur.

Gaulkan dengan garam, mayonis dan sebuk lada putih sehingga

sebati. Ketepikan

Ambil sebahagian doh tadi. Canaikan jadi 4 segi. Masukkan inti dan

gulong.

Kemudian potong kepada 7 bahagian

Ulang langkah 4 dan 5

Masukkan ke dalam oven. rendahkan suhu kepada 40c. Penaikkan

selama 40-50minit.

Kemudian sapukan dengan bahan glaze tadi. Bakar pada suhu 180c

selama 10-15minit

Inti tadi sesuai juga diganti dengan tuna .

SUP PUYUH BERHERBA

Bahan-bahannya:

Burung Puyuh 2 ekor

Kee Chee 10 gm

Pak Kee 10 gm

Tong Kui 10 gm

Tong Chung Choe 1 biji

'Red Date' 4 ulas

Air 3 Cawan
Halia 2 sm

Cara membuatnya:

Bersihkan burung puyuh.

Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan puyuh beserta

herba-herba. Masak sehingga lebih kurang 1 jam di atas api

yang perlahan

TELUR DADAR DENGAN TUNA

Bahan-bahan ( 1-2 orang )

2 biji telur ayam

1 tin tuna (perasa tuna dan cili padi)

1/2 biji bawang besar - potong dadu

1-2 btg pickles cucumber - potong dadu

2 sudu besar minyak masak

Cara-cara

Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk. Kacaulah

biar semua bercampur rata.

Panaskan minyak di dalam kuali.

Masukkan telur ke dalam kuali. Masak dengan api kecil.

Bila dah agak masak. Balikkan untuk masak belah yg satu lagi.

Sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih.


SANDWICH TELUR REBUS

8 keping roti

4 helai daun salad (atau hirisan timun)

mentega untuk sapu

Bahan Inti

3 biji telur rebus

2 camb mayonis

1 camb Thousand Island Dressing

1/2 camt serbuk ada hitam

secubit garam

Hancurkan telur, campurkan dengan bahan inti yg lain. Jika

suka, boleh tambah cili merah yg dicincang halus.

Sapu mentega pada roti, alas 4 keping dengan daun salad.

Ratakan campuran telur pada 4 keping lagi kemudian

tangkupkan. Tekan sedikit,hiris tepi kelilingnya kemudian

potong tiga segi.

DAGING SUKIYAKI GULUNG

BAHAN:

100 gram daging sukiyaki

3 keping daging salai

3 batang asaparagus yang direbus sekejap

BAHAN SOS:

1 sudu makan kicap jepun

100 ml stok ayam


2 sudu teh tepung gandum

2 ulas bawang putih, cincang halus

1/8 sudu teh serbuk perasa

2 sudu teh minyak bijan

CARA MEMBUAT:

Letakkan daging sukiyaki, lapis dengan daging salai.

Sisipkan asparagus lalu gulung. Ikat dengan benang kasar

lalu kukus 15 minit.

Rebus bahan sos sehingga mendidih. Di potong-potong serong

lalu disajikan dengan sos.

SCRAMBLE EGG

BAHAN:

2 camb mentega

4 biji telur

4 camb susu cair

sedikit garam & serbuk lada sulah

1 camb krim segar/putar

CARA MEMBUAT

Pukul telur dengan susu cair, garam dan serbuk lada sulah.

Cairkan 1 camb mentega dalam kuali. Bila berbuih, masukkan

telur tadi dan kacau cepat-cepat dengan senduk kayu tetapi

mesti diketepikan dari api bila separuh telur menjadi kental

(masih ada separuh yg cair sedikit).

Masukkan baki mentega dan krim, kacau lagi hingga sebati.


Telur akan masak dengan kepanasan kuali, tak perlu memasak

di atas api kerana telur akan menjadi keras. Utk mendapatkan

telur yg lebih halus 'ketulnya', gunakan pemutar 'belon'

(balloon whisk).

TAUHU TELUR KUKUS

Bahan-bahan ( 2-4 orang )

2 biji telor

11/2 cawan air

3/4 sudu besar minyak masak

sedikit minyak bijan (jika suka)

secubit garam dan lada sulah (lada putih)

bawang goreng, daun sop dan daun

bawang (untuk hiasan dan penambah rasa)

Cara-cara

Pukul telor hingga berbuih.

Masukkan air, minyak, garam dan lada sulah.

Kacaukan kesemua bahan-bahan tadi.

Kukus sebentar hingga telor masak.(jangan lama sangat nanti

air masuk ke dalam tauhu)

Taburkan bawang goreng dan daun sop/daun bawang.


TELUR BISTIK

Bahan-bahan

5 biji telur

60 ml susu segar

garam, serbuk lada sulah secukupnya

4 camb minyak

1 camb mentega

3 biji bawang merah

50 g serbuk sos perang (boleh didapati di pasaraya)

air secukupnya

1/2 biji cili benggala merah } dadu halus

1/2 biji cili benggala hijau }

1 biji cili merah, dicincang halus

3 biji cendawan butang, dihiris nipis

2 camb susu cair/krim

Cara-cara

Pukul telur, susu segar, garam dan serbuk lada. Panaskan

minyak, masukkan telur tadi dan kacau hingga menjadi ketulan

yg kecil (scrambled eggs). Angkat dan ketepikan.

Cairkan mentega, tumis bawang merah hingga layu. Ketepikan

seketika. Larutkan sos perang dengan air hingga sebati.

Kacau di atas api sederhana hingga sederhana pekat. Masukkan

bawang merah dan semua bahan lain. Tambah garam dan serbuk

lada sulah atau serbuk lada hitam. Bila sos mendidih,

campurkan dengan telur scramble tadi dan hidangkan.

Anda mungkin juga menyukai