Anda di halaman 1dari 1

PUCHONG 15 Jun.

- Sebuah rumah telah musnah dalam kebakaran di Kilometer 13, Jalan


Pucong, malam tadi. Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Pasukan lapan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Puchong telah berjaya
mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah-rumah yang berhampiran.

Pemilik rumah itu Encik Iqbal Mohamad ketika ditemui berkata, dia dan keluarganya berada
di Puchong kerana menghadiri jamuan makan malam di rumah saudaranya.

Siasatan pihak bomba menunjukkan bahawa kebakaran berpunca dari api lilin. Kenyataan
ini diakui oleh pemilik rumah Encik Iqbal Mohamad. Menurutnya sebelum pergi, isterinya
telah memasang lilin di ruang tamu kerana bekalan letrik telah terputus.

Yang Berhormat Adun Puchong yang turut berada di tempat kejadian, menyeru orang ramai
menghulurkan derma bagi membantu mangsa. Menurut pemilik rumah, kerugian
dianggarkan RM 30 000

Pihak bomba menginatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila memasang lilin.
Terutamanya apabila berlaku terputus bekalan letrik

Anda mungkin juga menyukai