Anda di halaman 1dari 4

SINOPSIS STEALING TIME

Kisah stealing time ini telah ditulis oleh Robert Carter, seorang guru yang
mempunyai pengalaman mengajar selama 7 tahun. Sebagai seorang guru tahun
4, Robert telah menetapkan satu standard pada setiap awal tahun iaitu dengan
memastikan semua pelajar tahu akan had dan batasan bagi sesuatu tingkah laku
yang dapat diterima di dalam bilik darjahnya.
(baris 1-3, para 1)

Robert percaya kepada ketegasan tetapi perlulah dikuatkuasakan bersama


undang-undang yang adil, dan dia dapati murid-muridnya dapat mematuhi
standard yang beliau tetapkan.
(baris 4-5, para 1)

Robert juga percaya, jika dia berlaku adil dengan murid-muridnya, maka mereka
juga akan berlaku adil dengannya.
(baris 5-6, para 1)

Kesannya, bilik darjah tersebut menjadi seperti sebuah komuniti kecil di mana
setiap ahlinya tahu apa yang perlu diharapkan dan bagaimana untuk
berkelakuan baik pada setiap masa. Robert juga dapati murid-murid yang
sentiasa mendatangkan masalah di dalam kelas turut berubah seperti yang dia
harapkan.
(baris 6-10, para 1)

Semester musim luruh berlansung seperti yang Robert harapkan. Dia sangat
gembira apabila Andy dan Martin, murid yang mempunyai latar belakang dan
tingkah laku bermasalah serta lemah dalam akdemik telah menunjukkan
peningkatan terhadap kemampuan mereka. Kara, seorang murid yang juga
bermasalah tingkah laku turut menunjukkan kemajuan atas bantuan guru
pendidikan khas. Begitu juga David, seorang murid daripada kelas bermasalah
pembelajaran telah disahkan normal bagi mata pelajaran harian pendek yang
bukan akademik.
David akan datang ke kelas Robert pada waktu pagi untuk roll-call, kutipan wang
makan tengah hari, ikrar taat setia dan sebagainya. David juga menghadiri kelas
seni, muzik dan PJ bersama murid kelas Robert.

Tidak lama kemudian, selepas, cuti Krismas, David telah layak untuk
ditempatkan di dalam kelas biasa sekurang-kurangnya 51 peratus setiap hari.
Kini, Robert menjadi guru matematik David.
(baris 4-7, para 3)

Tidak lama kemudian, Robert dapat menghidu permulaan kepada pengakhiran


apa yang dirasakan tahun persekolahan yang menarik. Bagi subjek matematik,
David tidak menghantar tugasan dan tidak menyiapkan kerja yang Robert
berikan.
Semasa Robert mengajar, David akan membuat bunyi yang pelik dan
mengganggu Robert dan pelajar lain.
(David akan menghempas buku dengan kuat atas lantai, mengetuk-ngetuk pensil
di atas meja, dan membuat bising di mejanya).
David tidak menghiraukan teguran Robert. Robert menganggap tingkah laku
David itu sebagai satu gangguan serangan yang kejam dan tidak sopan.
Para 4

Tingkah laku David menjadi bertambah teruk. dia selalu menjerit bahawa dia
mahu kembali ke kelas ‘sebenar’ bersama guru yang ‘sebenar’. Dia lansung tidak
memberi Robert peluang untuk menjadi gurunya. Hubungan David dengan
murid-murid lain menjadi bertambah buruk.
Para 5

Robert menjalankan pengajaran matematik menggunakan kaedah pengajaran


korperatif. Keengganan David untuk menyiapkan tugasan menyebabkan markah
kumpulannya merosot. Apabila ada rakan yang mahu membantunya, dia akan
menolak dengan kasar usaha mereka. Hal ini menyebabkan rakan-rakan
sekelasnya mula mengadu tentang perbuatannya itu.
Para 6

Pada hari David mengambil tugasan yang diberikan oleh Robert, dia telah
mencampakkannya di atas meja. Hal ini menyebabkan Robert marah padanya
sehinggalah waktu rehat tiba.
Para 7

Selepas waktu rehat, tingkah laku David menjadi bertambah teruk. Robert telah
mengenakan ‘time-out’ kepada David. Walau bagaimanapun, setelah tiba di
tempat yang David perlu duduk, dia telah menghempaskan barang-barangnya
dengan kuat menyebabkan Robert menjadi marah padanya. Robert
kemudiannya membawa David ke meja pelajar di dalam pejabat pengetua.
Para 8

David berhasrat mahu bercakap sesuatu kepada Robert. Namun setelah


bertemu Robert, dia hanya berkata,”lupakan saja”. Namun setelah sekian lama
berdiam diri, akhirnya David meminta maaf atas segala perbuatannya tetapi dia
tidak mahu semua rakan dalam kelasnya, merenungnya. Robert menjelaskan
kepada David mengapa rakan-rakannya merenungnya. Namun, David yakin dia
akan melakukan kerja dengan lebih baik jika mereka tidak merenungnya dan dia
tidak suka Kevin menyibuk tentang dirinya. Semasa perundingan itu, David
berjanji untuk berubah menjadi lebih baik. Tingkah laku David menjadi
bertambah baik untuk beberapa hari selepas itu.
Para 10

Bagaimanapun, sekali lagi David menunjukkan tingkah laku seperti sedang


marah pada semua orang. Robert tidak membenarkan David keluar rehat kerana
dia tidak menyiapkan tugasan dan dia lebih banyak menghabiskan masa di bilik
pengetua. Robert telah menjelaskan kepada pengetua tentang David.
(Baris3-11, para 11)

Suatu hari semasa David tiada di dalam kelas, Robert telah berbincang dengan
pelajar-pelajar lain tentang tingkah laku David. Robert merasakan dia telah
berlaku jujur terhadap para pelajarnya. Para pelajarnya merasakan David seperti
seorang pembelot dan mereka tidak suka dia berada di dalam kelas tersebut.
Para 12

Suatu tengah hari, Robert tidak membenarkan David keluar rehat kerana dia
tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. David dibiarkan bersendirian di dalam
kelas. Selepas waktu rehat, sekembalinya para pelajar ke dalam kelas, Bob
mendapati jam tangannya telah hilang.
Para 13

Keesokan harinya, David berlari ke meja Robert dan memberitahu bahawa


bapanya telah memberikan dia jam tangan. Robert meminta David
menanggalkan jam tersebut. Setelah diteliti, Robert berasa begitu marah dan
kecewa. Dia begitu yakin jam tangan tersebut milik Bob.

Anda mungkin juga menyukai