“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan Bumi serta silih bergantinya siang dan malam
terdapat tanda-tanda orang yang berakal” Ali Imran : 190
Perkataan malam dan siang di dalam al Quraan diulang berulang kali ( malam- Al-Lail : 73
kali dan .siang An-Nahr : 53 kali. )
Diantara kekuasaan Allah ialah menjadikan langit malam berbeza dengan langit siang.
Malam dapat kita dapat melihat bintang- bintang dan objek langit menghiasi langit
malam. Langit siang terang dengan Matahari menyinari Bumi. Siang lebih panas dari
malam. Malam untuk isterehat dan siang untuk mencari kurniaan Allah. Siang beransur-
ansur pergi dan malam beransur-ansur datang. Siang dan malam silih berganti.
Keadaan ini berlaku kerana Bumi berputar pada paksinya semasa ia mengorbit Bumi. Satu
putaran Bumi pada paksinya memakan masa selama 24 jam. Bumi berputar pada paksinya
dengan kelajuan 1700km per jam dan mengorbit Matahari dengan kelajuan 30 km sesaat.
Apabila Bumi mengorbit Matahari menyebabkan bahagian yang menghadap Matahari akan
mengalami siang dan yang membelakanginya akan mengalami malam. Oleh kerana paksi
Bumi condong sebanyak 23.5 darjah, menyebabkan ada bahagian Bumi yang akan
mengalami panjang siang dan malam yang berbeza.
Siang bermula apabila Matahari terbit dan berakhir apabila Matahari ghurub. Malam
berlaku apabila keadaan sebaliknya berlaku.
Musim
Suria
Panas
Musim
sejuk
Bumi Bumi
Hemisfera utara; siang > malam. 21 Jun siang paling panjang 17 jam, 21 Disember siang
paling pendek 7.5jam; 21 Dis- 21 Jun siang bertambah panjang. Hemisfera selatan; Malam
> siang. Kutub Bumi mengalami siang atau malam yang panjang.