Anda di halaman 1dari 26

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  
DEFINISI

 Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
 Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
 Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah
di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
 Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-
pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan
dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

1. Teknik main peranan


2. Teknik permainan bahasa
3. Teknik latih tubi
4. Teknik bercerita
5. Teknik inkuiri
6. Teknik perbahasan
7. Teknik kuiz
8. Teknik sumbangsaran
9. Teknik soal jawab
10.Teknik simulasi
11.Teknik drama
12.Teknik perbincangan
13.Teknik forum
14.Teknik dialog

TUJUAN TEKNIK
1. Menarik Minat murid
2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK LATIH - TUBI

 Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari.
 Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin
kekekalannya.
 Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
 Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran
menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
 Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat,
memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
penggunaan perkataan-perkataan itu.
 Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya
digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
 Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan
menggunakan bahasa iaitu :

I. Sebutan (accent)

-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi


yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

II. Tatabahasa (grammer)

-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada


semua aspek.

III. Perbendaharaan kata (vocabulary)

-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya


dalam situasi tertentu.

IV. Kefasihan (fluency)

-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan


apakah maksudnya.
V. Kefahaman (comprehension)

-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

 Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.


 Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan
menumpukan daya kreativiti murid.
 Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan
pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

TEKNIK SIMULASI

 Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai


keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri
berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan
masalah, isu atau tugasan semula.
 Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu
dan mencatat isi-isi penting.
 Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri
situasi dan masalah.
 Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
 Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi
kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

TEKNIK MAIN PERANAN

 Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau


peristiwa yang dianggap penting.
 Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan
dalam satu situasi yang disediakan.
 Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip,
dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada
kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka
berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
 Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah
ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan
sebagainya.

TEKNIK SUMBANGSARAN

 Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang


merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea.
 Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah
rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan
kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
 Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan
pembelajaran secara analitis.

Tujuan Sumbangsaran

 Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid


 Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
 Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk
dibincangkan dalam sesi umum.
 Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
 Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
 Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
 Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
 Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan
mencukupi
 Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )
 Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
 Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

 
TEKNIK PERMAINAN BAHASA

 Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui
teknik permainan.
 Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
dianogstik.
 Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.
 Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan
dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara
khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam
permainan bahasa tersebut iaitu :
 merangsang interaksi verbal pelajar
 menambah kefasihan dan keyakinan
 menyediakan konteks pembelajaran
 bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
 bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

TEKNIK SOAL – JAWAB

 Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam
bidang pendidikan
 Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah
bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara
berkesan.
 Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas
yang sewajarnya.
 Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat
menguji dan menilai apa yang diajar.
 Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid


2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
 Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran
pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
dinamik dan berkesan.

TEKNIK BERCERITA

 Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina


kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik
minat dan perhatian pelajar.
 Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
 Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis dikalangan pelajar.
 Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
 Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
 Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
 Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
 Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
 Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
 Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-
kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
 Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
 Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
 Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

TEKNIK DRAMA

 Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan


pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
 Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka,
gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa
atau perbuatan.
 Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
 Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi
sesuatu.
 Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat
bantu pengajaran dan pembelajaran.
 Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada
pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

TEKNIK INKUIRI

 Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.


 Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau
kesimpulan yang berorientasikan masalah.
 Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
 Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan
minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering
mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar
mengemukakan pelbagai soalan.
 Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang
sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
 Pengendalian teknik inkuiri ialah :

1. Proses mengenali masalah


2. Mengkaji ramalan
3. Mengumpul maklumat
4. Menganalisis
5. Membuat rumusa

TEKNIK PERBINCANGAN

1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan


mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar
mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan
1990:85).
2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan
dan kawalan seorang guru.
3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam
mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik
yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.
4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk
bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja
sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk
bercakap dan mengeluarkan pendapat.
5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar
sendiri.
6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan
dijalankan.
8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih
seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua
aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan
cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
10.Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan
yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan
mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
11.Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap
kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-
mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti
penulisan dan sebagainya.

TEKNIK FORUM

1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel
untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk,
dimana ia dijalankan secara formal.
2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana
pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk
meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas,
objektif, kreatif dan rasional.
3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah,
menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat
umur pelajar.
4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas
aktiviti.

TEKNIK PERBAHASAN

1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu


pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah
menengah.
3. Antara manfaat teknik ini ialah :
4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan
teratur
6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul
dan laras bahasa yang sesuai.
7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di
kalangan pelajar.
10.Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada
perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif,
peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

TEKNIK KUIZ

 Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran


British (B.B.C).
 Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa
pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di
sekolah-sekolah Melayu.
 Tujuannya ialah :
 Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar
mengenai topik-topik tertentu.
 Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
 Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-
soalan secara teka-teki.
 Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
 Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk,
makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
 Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini
iaitu :
 Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan
penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan,
penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
 Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

http://bobezani.tripod.com/teknik.htm

TUESDAY, MARCH 16, 2010

Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah & Teknik (Bahagian 2)

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA

Pendekatan pengajaran bahasa di atas menghasilkan beberapa jenis kaedah pengajaran . Di antaranya
ialah :

 • kaedah Nahu –Terjemahan/ tradisional

 • kaedah membaca

 • kaedah Terus

 • kaedah fonetik/linguistik

 • Kaedah Eklektif

 • Kaedah Audio-Lingual

 • Kaedah Nahu Terjemahan

1.KAEDAH NAHU
Tujuan kaedah Nahu Terjemahan :

1. Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis
menggunakan bahasa yang betul.

2. Membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya.

3. Melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan.

4. Membolehkan pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku- buku yang dibaca ke
bahasa ibuanda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca.

Teknik Mengajar

1. Pelajar –pelajar diperkenalkan kepada undang-undang nahu dahulu.Guru memberi penerangan


kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi misalan. Undang-undang nahu
ini perlu dihafalkan.

2. Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaaraan kata yang perlu dihafal.Dalam pembelajaran bahasa
kedua senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua.Pelajar-pelajar
kemudianya disuruh membuat ayat- ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu
berdasarrkan undang-undang yang dipelajari. Dalam pembelajaran bahasa kedua asing pelajar-pelajar
juga dikehendaki membuat terjemahan ayat-ayat daripada bahasa asing/kedua ke bahasa ibuanda atau
sebaliknya.

Sifat-sifatnya

1. Kaedah ini bersifat deduktif

2. Kaedah ini lebih mementingkan bahasa tulisan daripada bahasa lisan. Kaedah Bacaan Kaedah bacaan
ini merupakan satu “ short cut “ untuk penguasaan bahasa.

Tujuan

1. Untuk memperkembangkan kebolehan mereka membaca.

2. Membolehkan pelajar mempelajari bahasa kedua/ asing tanpa terjemahan.

Teknik Mengajar

1. Guru cuba menggunakan cara yang paling berkesan supaya di akhir kursus itu pelajar dapat membaca
bersendirian.

2. Pelajar-pelajar dilatih menyebut sebutan-sebutan dengan betul dan menggunakan pola-pola


pertuturan yang mudah.
3. Bacaan secara kuat dan senyap dijalankan untuk mereka memahami 3 teks yang dibaca.

4. Latihan bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan yang membolehkan pelajar-pelajar


mengingatkan struktur-struktur dan pembendaharaan kata yang penting pada fahaman teks.

5. Pembelajaran tatabahasa hanya didasarkan pada bacaan supaya membolehkan pelajar-pelajar


mengenali beberapa bentuk katakerja, katanama dan lain-lain.Penghasilan struktur-struktur ayat secara
aktif tidak diutamakan.

6. Biasanya kaedah ini memulakan pelajaran bahasa dengan bahagian lisan, pelajar-pelajar
diperkenalkan dengan system bunyi bahasa yang dipelajari dengan cara mendengar dan bertutur
dengan menggunakan rangkaikata simple . Bila ini sudah tercapai pelajar-pelajar membaca buku teks, ini
diikuti dengan latihan lisan dan menjawab soalan.

2.KAEDAH MEMBACA

1. Menambahkan kebolehan pelajar-pelajar yang baik dalam bacaan tetapi akan mendatangkan
kesusahan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kesulitan membaca.

2. Hasil kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak dalam bentuk kualiti.Pelajar-pelajar
mungkin habis membaca sebuah buku tetapi tidak dapat memahami apa yang dibaca .

3. Kaedah ini juga menimbulkan pelajar-pelajar yang dapat membaca buku teks tetapi tidak dapat
membaca serta memahami bahan bacaan lain ataupun menghasilkan pelajar-pelajar yang boleh
membaca tetapi dapat memahami dan bertutur dalam bahasa yang dipelajari.

3.KAEDAH TERUS

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah tentera kerana kaedah ini mula digunakan untuk melatih pegawai
tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua dahulu.

Tujuan

1. Membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran bahasa,contohnya mendengar,


bertutur, mmembaca dan menulis.

2. Membolehkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat yang


berkenaan.

Teknik Mengajar

1. Pelajaran bahasa dimulai dengan menghubungkan pelajar-pelajar itu terus dengan bahasa yang
hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu. Sebutan penutur naratif
dijadikan model dan pertuturan ini ditiru oleh pelajar-pelajar ..Terjemahan tidak digunakan langsung.

2. Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan
seerti, perrkataan berlawan dan lain-lain.
3. Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif ,pola-pola ayat yang hendak diajar dilatihtubi dahulu
sehingga pelajar-pelajar dapat menguasainya. Undang-undang tatabahasa hanya diajar selepas
penguasaan struktur ayat.

4. Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-bahan yang ada kaitan dengann latihan lisan
yang dibuat.

Sifat-sifat

1. Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah ini
menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa pertama/ibuanda/natif kanak-kanak belajar secara
mendengar dan bertutur.

2. Pelajar-pelajar dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar.

3. Terjemahan tidak digunakan langsung. Oleh kerana sebutan yang betul diutamakan, kaedah ini
memerlukan ilmu fonetik. Jadi kaedah ini merupakan gabungan linguistic dengan pengajaran bahasa.

Kelemahan-kelemahan

1. Oleh kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan ,pelajar-pelajar tidak dapat menulis dengan betul.
Hasil tulisan mereka merupakan struktur-struktur natif yang disalut dengan perbendaharaan kata asing.
Ini adalah kerana murid- murid telah mempunyai kebiasaan pertuturan bahasa ibuanda yang kukuh
sebelum belajar bahasa kedua atau bahasa asing.

2. Oleh kerana masa yang diperlukan untuk pengajaran kaedah ini terlalu lama, ia mungkin dapat
dipraktikkan di sekolah, keraana di sekolah mata pelajaran lain juga perlu diajar.

3. Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini merupakan bahan-bahan yang boleh dihafalkan,
ataupun bahan perrbualan yang telah ditetapkan ,maka ini mungkin tidak sesuai untuk perkembangan
kebiasaan pertuturan yang sistematik.

4.KAEDAH KOD KOGNITIF

J. B . Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan pengubahsuaian terhadap
kaedah nahu terjemahan. Chomsky berpendapat bahawa bahasa merupakan sitem rumus-rumus bahasa
yang ternyata melalui bentuk linguistic.Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat
sejadi dan sejagat.Seorang kanak-kanak telah dianugerahkan keceekapan semula jadi rumus-rumus
bahasa ibuandanya dalam jangka masa yang singkat. Pada umumnya Diller (1971 ) berpendapat bahawa
kaedah ini mempunyai andaian berikut terhadap bahasa :

· Merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturan- peraturan.

· Boleh digunakan untuk berfikir.

· Peraturan-peraturan tatabahasa nyata dari segi psikologi.


· Manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa.

Di samping itu kaedah ini pula mempunyai andaian berikut terhadap pembelajaran bahasa (khusus
bahasa kedua):

· Ia merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan leksikal sesuatu bahasa kedua
secara sedar.

· Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama seperti pembelajaran ilmu pengetahuan .

· Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada kebolehan mereka


menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna.

· Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada taraf kognitif yang tertentu, maka kebolehan
untuk menggunakan bahasa akan berkembang secara automatik.

Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi murid-murid memahami
rumus-rumus tatabahasa. Ayat –ayat pecahan digunakan dan huraian unsur-unsur tatabahasa pula
dibuat secara deduktif. Dalam pengajaran bahasa kedua perbezaan-perbezaan antara unsur-unsur
tatabahasa sasaran dengan bahasa pertama, unsur perbandingan struktur ayat digunakan untuk
memastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang diajar. Contohnya membandingkan struktur-
struktur ayat yang mengandungi imbuhan akhiran – kan dan - i bagi membolehkan murid-murid
memahami imbuhan transitif dan transitif lokatif.

Setelah murid-murid memahami huraian unsur-unsur tatabahasa yang diajar baharulah mereka diberi
latihan peneguhan. Langkah-langkah pengajaran untuk kemahiran bahasa iaitu mendengar , bertutur
,membaca dan menulis juga adalah berasaskan huraian dan penerangan guru tentang konsep-konsep
yang diajar. Hakikat yang dinyatakan di atas memberi gambaran bahawa kaedah ini mengutamakan
pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam pengajaran bahasa.

Ciri ini adalah sama dengan cirri pengajaran bahasa melalui kaedah nahu terjemahan. Pengajaran unsur-
unsur bahasa pula adalah secara deduktif dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan ayat pencilan
bukan ayat-ayat dalam kontkes penggunaan. Pengajaran bahasa pula lebih mengutamakan kecekapan
bahasa daripada kecekapan berbahasa.

5.KAEDAH ORAL – AURAL ( Dengar–tutur )

Kaedah oral-aural atau kaedah dengar–tutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara
ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog dianggap realistiK dan ia dilatih tubi secara
berulang kali.Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada
intonasinya yang betul. Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa
itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika gurunya bukan penutur jati
bahasa yang diajar itu. Alat pandang dan dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya
dibentuk dalam situasi yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan
menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah sisusun rapi. Sistem tatabahasa yang
diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan yang teratur.
Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks
yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu ialah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada
gunanya. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Mula-mula
latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari, dan hanya selepas itu baharulah
latihan menulis bebas dibenarkan.

Tujuan Kaedah Oral-aural ( Dengar-Tutur )

Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah ini adalah untuk membolehkan pelajar
memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa , iaitu : mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Tetapi dalam hal ini , mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini
kemudiannya dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga membolehkan
pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.

6.KAEDAH KOMUNIKATIF

1. Kaedah ini berasaskan teori interaksi .Penganjur kaedah ini berpegang kepada beberapa prinsip
penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa mestilah berpandukan proses perolehan bahasa kanak-
kanak.Oleh sebab proses pemerolehan bahasa kanak –kanak melibatkan proses kognitif dan proses
interaksi bahasa,maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa ( tatabahasa ) serta
kecekapan komunikatif ( ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaan ) .

2. Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar dengan cara yang lebih berkesan sekiranya
mereka memberi perhatian terhadap makna. Andaian ini juga berasaskan proses pemerolehan bahasa
kanak-kanak,kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat
menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu.Oleh itu pengajaran bahasa pelajar
mestilah menglibatkan aktiviti penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara
dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.

3. Pengajaran bahasa melalui kaedah ini mementingkan huraian unsure-unsur bahasa dalam teks dan
wacana .

4. Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu semata-mata kepada aktiviti latih amal atau latih tubi unsur-
unsur bahasa tetapi pengajaran perlu memasukkkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsure-unsur
tatabahasa yang dilatih tubi. Kesilapan bahasa selalunya bukanlah kesalahan bahasa.

5. Dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kesilapan merupakan satu ciri yang lumrah. Keadaan
ini berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar
untuk cuba menggunakan bahasa dalam situasi-situasi tertentu. Tegasnya kaedah ini bukan sahaja
bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan bahasa , tetapi kaedah ini juga bertujuan
untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan menggunakan unsure-unsur yang dipelajari dalam
berbagai konteks. Aktiviti komunikasi merupakan teras kaedah ini, dalam aktiviti
6. Pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam melaksanakan tugas yang
dirancangkan oleh guru. Tiap-tiap tugas yang dirancangkan ini memerlukan pelajar-pelajar memilih dan
menggunakan unsure-unsur bahasa yang telah dilatih dalam praaktiviti untuk berinteraksi dalam
kontkes social yang diberi.

7. Beberapa teknik pengajaran perlu digunakan untuk memastikan yang pelajar-pelajar dapat menguasai
struktur tersebut dan konteks pewujudannya.Teknik-teknik soal jawab dan latih tubi digunakan bagi
melatih pelajar-pelajar menguasai unsure-unsur bahasa dalam pra aktiviti.

Kaedah ini didapati mempunyai beberapa kejayaan dan kelemahan bagi Bahasa Melayu di sekolah
menengah. Antara kejayaannya ialah bahasa ( tatabahasa) tidak dipelajari secara abstrak tetapi sebagai
alat berkomunikasi. Guru dapat menggabungjalinkan pelbagai kemahiran bahasa dalam satu aktiviti
pengajaran. Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid daripada guru. Murid yang diajar melalui
kaedah ini berminat untuk belajar. Walau bagaimanapun, guru yang menggunakan kaedah ini
berpendapat bahawa kaedah ini tidak bergantung semata-mata kepada buku teks sebagai bahan
pengajaran.

POSTED BY CIKGU GRIFFEN AT 8:19 PM 

http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/konsep-strategi-pendekatan-kaedah_16.html

FRIDAY, MARCH 19, 2010

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (Kemahiran Membaca)

Definisi

Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.
Bacaan juga merupakan sebagai punca utama kegagalan kanak-kanak di sekolah. Malah dikatakan juga
bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi, dan
perasaan rendah diri (Mercer, 1992). Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi
diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas,
iaitu ”nyah kod” (decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan
antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa
lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan yang ditulis dengan
betul. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan seseorang memahami makna sesuatu
perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.

Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Harris dan Sipay (1980)
menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang
lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai
keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa
atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan
seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff,
1999). Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca
adalah satu proses yang kompleks.

Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya, Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan
proses membaca seperti berikut:

1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua
komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran
mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.

2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman


selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya,
untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat
menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna
perkataan-perkataan yang dibacanya.

3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca.

Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan
mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan
seperti berikut:

· mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.

· mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.

· menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di kepala.

· mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan,dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang kengkap.

· mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.


Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa membaca adalah satu
proses yang memerlukan pemikiran yang aktif. Berdasarkan definisi membaca dan rumusan yang dibuat
berkaitan dengan proses membaca, dapatlah dimengerti bahawa membaca adalah kemahiran yang
kompleks yang melibatkan beberapa kemahiran lain.

Proses Membaca

Daripada definisi-definisi yang telah dibincangkan, ternyata bahawa membaca adalah proses yang
kompleks yang yang terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses sensori
(kederiaan), proses pengamatan, proses bahasa (linguistik), dan proses kognitif. Setiap proses
memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan.

1. Membaca sebagai proses sensori (kederiaan)

Deria atau panca indera adalah pintu masuk berbagai rangsangan ke otak untuk diproses. Dua deria
yang terlibat secara aktif dalam proses membaca adalah penglihatan dan pendengaran. Kedua-dua deria
ini berhubung rapat antara satu sama lain dalam proses membaca.

Deria penglihatan

Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan disalurkan ke otak untuk diproses bagi
mendapat makna sebenar. Bagi individu yang bermasalah penglihatan (buta) deria penglihatan akan
digantikan dengan deria sentuhan.

Deria pendengaran

Seseorang memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya membaca dengan baik.
Seseorang perlu mendengar dengan baik mesej yang diterima supaya ia dapat menghasilkan semula
mesej itu dengan jelas dan tepat. Keadaan ini tidak berlaku kepada individu yang mengalami masalah
pendengatan

2. Membaca sebagai proses pengamatan

Pengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca indera berdasarkan
pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat dengan pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan
membolehkan seseorang mengenal dengan tepat lambang-lambang dan mengaitkannya dengan bunyi-
bunyi dan juga makna. Pengamatan dalam bacaan adalah seperti:

· mendiskriminasi iaitu mengecam dan juga membezakan

· “figure ground” iaitu mengenal objek-objek, bentuk, atau corak-corak

· ingatan, iaitu mengingat kembali apa yang dilihat atau didengar,

· turutan, iaitu seperti memahami giliran dan urutan.


3. Membaca sebagai satu proses bahasa

Bacaan adalah sebagaian daripada kemahiran bahasa (language arts) iaitu yang bermula daripada
mendengar, bertutur, membaca, dan seterusnya menulis. Membaca dapat membantu manusia
berkomunikasi dan berhubung sesama mereka melalui sistem lambang-lambang tulisan yang mereka
cipta.

4. Membaca adalah satu proses kognitif

Membaca bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan proses kognitif atau berfikir
pada semua peringkat membaca seperti mengecam, mendiskriminasi, dan memaham. Oleh itu
kecerdasan seseorang akan mempengaruhi kemajuannya dalam membaca.

Faktor-faktor yang Berkaitan Dengan Membaca

Kesediaan Membaca

Kesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran.
Seorang kanak-kanak tidak boleh terus berjalan sekiranya otot-otot anggota kakinya cukup kuat untuk
berdiri dan seterusnya berjalan. Oleh itu bagi menyediakan kanak-kanak berjalan, dia akan memulakan
dengan merangkak, duduk, bangun, berdiri, bertatih, dan barulah berjalan. Begitu juga dengan
membaca, seseorang kanak-kanak harus mempunyai keadaan perkembangan yang diperlukan terlebih
dahulu sebelum kemahiran membaca diperkenalkan diajar kepadanya.

Kebolehan membaca kanak-kanak wujud sekiranya kanak-kanak itu memahami dan bertindak secara
bersesuaian apabila melihat perkataan-perkataan yang ditulis. Maksudnya kanak-kanak mesti
berkeupayaan memahami konsep iaitu;

· semua “benda” mempunyai nama,

· nama benda boleh ditulis dalam perkataan,

· kedua-duanya saling bertukar,

· simbol-simbol perkataan boleh dibaca (Mechado, 1985).

Kanak-kanak boleh cepat membaca sekiranya mereka hidup dalam persekitaran yang intelektual yang
sentiasa berfaedah dengan tulisan seperti buku, surat khabar, dan sebagainya, kanak-kanak yang kaya
dengan pengalaman persekitaran seperti ke pasar raya, ke pameran atau ke pusat-pusat peranginan,
dan juga kanak-kanak mempunyai banyak peluang untuk berinteraksi dengan orang lain.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanak-kanak adalah:

· keadaan fizikal
· pengalaman dan persekitaran

· emosi, motivasi, dan sahsiah

· kecerdasan

· pengamatan

· penguasaan bahasa

Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan yang sempurna.
Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat
merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. misalnya mendengar cerita, lawatan ke
perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka, dan sebagainya.

Keadaan rumah tangga yang dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi, dan
sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca
kanak-kanak.

Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-
kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat
berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya diskriminasi
penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf
dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf.

Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat
dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan,
kehendak ,dan sebagainya semasa berkomunikasi.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan juga guru untuk memastikan kanak-kanak sudah
mempunyai kesediaan membaca yang mencukupi sebelum mula mengajar kemahiran membaca kepada
kanak-kanak.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Membaca

Kemahiran membaca adalah satu proses kognitif yang kompleks. Oleh itu faktor-faktor yang
mempengaruhi kemahiran membaca juga adalah rumit dan saling mempengaruhi. Kesedaran tentang
faktor-faktor yang mempengaruhi bacaan ini akan dapat membantu guru merancang pengajaran bacaan
untuk murid-muridnya. Menurut Marohaini Yusoff (1999) faktor yang mempengaruhi bacaan terbahagi
kepada dua kategori besar, iaitu:

i. faktor yang ada pada diri murid atau pembaca

ii. faktor yang ada pada bahan bacaan.


Peringkat-peringkat Mengajar Bacaan

Pengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru bahasa tertumpu kepada dua kemahiran iaitu bacaan
secara kuat (bacaan mekanis) dan bacaan secara senyap (bacaan mentalis/akaliah). Kemahiran
membaca kuat lebih menumpukan kepada kemahiran sebutan, intonasi, dan gaya membaca (membaca
berita). Manakala bacaan senyap merupakan kemahiran membaca untuk memaham dan juga
kepantasan membaca petikan sesuatu bahan.

Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah dibuat secara berperingkat-peringkat


supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Kamarudin Hj. Husin (1988)
membahagikan pengajaran bacaan kepada lima peringkat:

i. peringkat menyediakan murid

ii. peringkat mendirikan asas

iii. peringkat melatih membaca dan memaham

iv. peringkat melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumat

v. peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca.

Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan, guru perlu menyiasat terlebih dahulu tahap
kesediaan murid terutamanya penguasaan bahasa dan juga emosi murid. Pengetahuan guru tentang
tahap kesediaan membaca murid dan juga kemahiran sedia ada murid akan dapat membantu guru
untuk menyediakan murid bagi pelajaran membaca.

Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting dalam pengajaran kemahiran membaca kepada murid-
murid. Pada peringkat ini guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan juga bahan bacaan
yang sesuai. Bahan bacaan yang digunakan hendaklah ringkas, menarik, dan bermakna. Kemahiran asas
bacaan bermula dengan mengenal abjad, suku kata, perkataan, frasa, dan seterusnya ayat. Pada
peringkat ini juga galakan dan dorongan perlu diberikan kepada murid secara berterusan.

Peringkat seterusnya adalah melatih membaca dan memaham. Pada peringkat ini bahan bacaan yang
digunakan hendaklah dipilih dengan baik. Selain menekankan aspek sebutan dan kelancaran, guru juga
mula menekankan aspek pemahaman. Kebiasaan murid membaca nyaring boleh dikurangkan kepada
bacaan senyap secara beransur-ansur. Soalan-soalan guru berkaitan bahan yang dibaca akan membantu
murid membina kemahiran memahami.
Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan lancar dan seterusnya memahami isi bahan yang
dibaca, mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk memilih bahan bacaan lain untuk mencari
maklumat dan juga untuk mengisi masa lapang. Guru boleh membantu kanak-kanak dengan mengajar
mereka kemahiran mencari maklumat di pusat sumber dan juga internet.

Akhir sekali adalah peringkat membina sikap suka membaca. Sikap suka membaca hendaklah dipupuk di
peringkat sekolah lagi supaya sebati dengan jiwa kanak-kanak. Kebiasaannya sekolah kerap mengadakan
pertandingan membaca, pameran buku, peraduan mengarang, dan sebagainya.

Pemulihan Bacaan

1. Menguji Kemahiran Membaca

Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh kanak-kanak supaya mereka
dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga kualiti kehidupan mereka. Sebab itulah sekiranya
seorang murid gagal membaca dengan baik selalunya dikaitkan dengan kegagalan pengajaran guru dan
juga pendidikan di sekolah berkenaan. Sebab itu guru perlu didedahkan kepada alat, kaedah dan teknik
menguji kemahiran bacaan terutamanya ujian bacaan secara diagnostik. Ujian diagnostik bacaan akan
dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran khusus bacaan murid.

Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secara objektif kesukaran-
kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses membaca. Bermula dari sinilah guru akan dapat
merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan bacaan. Murid yang bermasalah dalam bacaan tidak
boleh dibiarkan berterusan dengan masalah membacanya kerana akan memberi kesan terhadap
pencapaiannya dalam pelajaran secara keseluruhan.

Ujian bacaan hendaklah dijalankan secara berterusan supaya maklumat yang diperolehi dapat memberi
gambaran sebenar kelemahan murid. Masalah bacaan sebenar murid penting supaya guru dapat menilai
semula rancangan pemulihan bacaan dan boleh membantu guru menentukan objektif pengajaran
bacaan seterusnya. Kaedah dan teknik mengajar membaca perlu dipelbagaikan bagi mengelak
kebosanan.

2. Ujian Bacaan Nyaring

Terdapat berbagai-bagai jenis ujian bacaan yang boleh dilaksanakan guru kepada murid-muridnya.
Namun begitu ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk mengesan kesukaran-kesukaran
secara khusus dalam bacaan secara diagnostik. Berdasarkan kajian-kajian lepas, Abdul Aziz Talib (1989)
telah menyenaraikan kesukaran-kesukaran dalam kawasan-kawasan yang perlu ditubuhkan dalam
sesebuah ujian bacaan:

A. Peringkat huruf (abjad)

· Huruf kecil (a-z)


- mengenal bentuk huruf

- mengenal nama huruf

- mengenal bunyi huruf

· Huruf besar (A-Z)

- mengenal bentuk huruf

- mengenal nama huruf

- mengenal bunyi huruf

- memadan huruf besar-huruf kecil

· Diskriminasi penglihatan

- huruf-huruf yang berdekatan bentuk

- huruf besar dalam perkataan

- huruf-huruf kecil dalam perkataan

· Diskriminasi pendengaran huruf-huruf yang berdekatan bunyi foniknya

· Pembalikan huruf (reversals)

- huruf besar

- huruf kecil

B. Peringkat Perkataan

· membatang suku kata terbuka

· membatang suku kata tertutup

· membatang suku kata yang mempunyai gugusan konsonan

C.Peringkat Perkataan

· pembalikan perkataan

· membezakan bunyi fonem /e/ dan /a/ dalam perkataan

· membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata terbuka dalam


perkataan
· Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata tertutup dalam
perkataan

· Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata yang


mengandungi gugusan konsonan dalam perkataan

· Kekeliruan antara ejaan dan sistem bunyi Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris dalam perkataan

· Menyebut perkataan dasar dan perkataan berimbuhan

D. Peringkat Frasa

· Membaca frasa-frasa sebagai satu unit makna/pemikiran.

E. Peringkat Ayat

· Membaca ayat-ayat pendek

· membaca ayat-ayat panjang

Daerah-daerah kesukaran yang disenaraikan di atas hendaklah diuji melalui item-item soalan yang
dibina oleh guru yang dibina secara berasingan. Guru boleh menggunakan kad-kad ujian bagi setiap
daerah kesukaran yang hendak diuji dan tidak perlu dijalankan serentak bagi kesemua tajuk.

Dalam ujian bacaan nyaring, murid diminta membaca petikan dengan kuat dan guru merekod kesalahan
–kesalahan yang dilakukan murid. Abdul Aziz Talib (1989) menyenaraikan jenis kesilapan yang perlu
direkod seperti berikut:

· membuang/meninggalkan (omission) – bunyi huruf/perkataan /imbuhan yang ditinggalkan

· Ulangan (repetition) - mengulang-ulang perkataan/suku kata

· Gantian (substitute) - bunyi huruf/perkataan diubahgantikan

· Tambahan (insertion) – bunyi huruf/imbuhan/perkataan ditambah

· Pembalikan (reversals) - huruf/perkataan/frasa dibaca secara terbalik/songsang.

Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi
perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu merekodkan masalah-masalah atau
tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca, iaitu:

· membatang suku kata terlebih dahulu

· bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan

· membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan


· membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak

· tidak boleh membaca langsung

Maklumat lain yang perlu direkodkan guru adalah sekiranya murid mempunyai kecacatan yang boleh
menjejas bacaannya seperti gagap, sengau, pelat, telor, masalah penglihatan, dan masalah
pendengaran.

Prinsip-prinsip pengajaran Pemulihan Bacaan

Segala maklumat yang guru perolehi membolehkannnya merancang rancangan pengajaran pemulihan
bacaan untuk muridnya. Margaret et.al., 1989) telah menyarankan beberapa prinsip pengajaran
pemulihan bacaan yang boleh dijadikan pegangan oleh guru dalam membantu muridnya membaca.

Guru haruslah memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai. Keputusan ujian diagnostik bacaan dapat
membantu guru mengenal pasti daerah kelemahan dan tahap bacaan murid.

Murid perlu diberi tangungjawab terhadap pembelajaran mereka. Murid akan dapat belajar dengan
lebih baik sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Gunakan bacaan nyaring dan bacaan senyap mengikut kesesuaian. Gunakan setiap jenis bacaan ini
mengikut keperluan murid. Bacaan senyap sangat berkesan untuk mengajar murid mengawal proses
bacaan mereka sendiri. Manakala bacaan nyaring pula sangat berkesan untuk meningkatkan kemahiran
sebutan dan kelancaran bacaan.

Komponen Pengajaran Pemulihan Bacaan

Sepanjang sesi pengajaran bacaan guru disarankan mengikut langkah-langkah pengajaran yang meliputi
komponen-komponen bacaan berikut:

Bacaan peringkat pengajaran bermaksud murid membaca bahan bacaan mengikut tahap pembelajaran
mereka. Di sini mereka akan menjumpai perkataan-perkataan baru dan juga konsep-konsep baru di
bawah bimbingan guru yang akan membantu menyelesaikan masalah dan juga membantu mereka
menguasai bahan bacaan dengan baik.

Pengajaran berfokus dilaksanakan bergantung kepada keperluan murid. Guru mungkin akan
memperuntukkan sedikit masa untuk membantiu murid tertentu membaca dengan memberi fokus
kepada aspek tertentu dalam bacaan. Cara ini akan membantu murid memfokus kepada aspek bacaan
yang mereka hadapi kesukaran.

Menyemak atau meneliti semula dilakukan untuk membantu murid untuk mengingat semula perkara
yang telah dipelajarinya. Sedikit masa yang diperuntukkan digunakan untuk mengingat semula seperti
makna perkataan dan bahan bacaan yang telah dipelajari sebelum itu.
Bacaan bebas adalah untuk membentuk sikap membaca yang kekal, iaitu murid mendapati membaca
dapat memberi maklumat, dan menyeronokkan. Pada peringkat ini murid digalakkan memilih bahan
bacaan mereka mengikut tahap bacaan bebas mereka iaitu dapat membaca sendiri tanpa bimbingan
guru.

Kesimpulan

Kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak kerana melalui pembacaan mereka
dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran, meluaskan pengetahuan, mencari dan
mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dan lain-lain lagi. Guru memainkan peranan penting
dalam mengajar kanak-kanak kemahiran membaca. Oleh itu guru perlu nmenggunakan pelbagai kaedah
dan teknik pengajaran bacaan supaya kemahiran membaca dapat dikuasai dengan baik. Ujian-ujian
pemahaman bacaan perlu dijalankan secara berterusan bagi mengetahui dan mamantau pencapaian
murid dalam bacaan.

POSTED BY CIKGU GRIFFEN AT 12:48 AM

http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/pengajaran-kemahiran-bahasa-melayu_19.html

Anda mungkin juga menyukai