Anda di halaman 1dari 10

BOLA TAMPAR

Pengenalan

Sejarah atau bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat.


Walaupun asal usulnya tidak jelas, tetapi dipercayai bahawa terdapat satu
permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus
tahun dahulu di Amerika Tengah, Selatan dan di Asia Tenggara.

Di dalam sebuah buku bertajuk Sports and Games yang di karang oleh
Howard Keith pada tahun 1942 telah menyatakan bahawa bola tampar di Amerika
telah diubahsuai daripada permainan Fraust Ball yang mana telah diperkenalkan di
Jerman pada tahun 1893. pada tahun 1895 David McConnaugh telah
memperkenalkan permainan Minton dan di bawa ke Amerika Kedua-dua jenis
permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar
Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang
telah mencipta permainan bola tampar.

Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium


Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J.
Morgan pada tahun 1870-1942 sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai
seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu
permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang.
Pada peringkat mula,permmainan ini telah menggunakan bola keranjang, bola ini di
pukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara seperti menimbang bola takraw.
Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring
ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah
menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan
seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola
baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan
ini terus diminati dan diterima oleh masyarakat.

Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama
Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896.
Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi Negara
pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang
sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba
(1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum
ianya diperkenalkan ke Eropah.

Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan


permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland
(1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah
berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang
dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan
antarabangsa dan komisi khas telah bermula.

Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah
diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan
banyak persatuan bola tampar ditubuhkan.

Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan
diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan
Belgium masing-masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun
1936,1945 dan 1946.

Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu


sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama
badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37
tahun.
KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

1. Kemahiran servis

Servis dilakukan untuk memulakan permainan. Servis dilakukan dari

bahagian

belakang luar gelanggang.Terdapat dua jenis servis,iaitu servis bawah

tangan dan servis atas kepala.

Servis atas kepala

Gambarajah menunjukkan lakuan servis atas kepala.

1) Fasa Permulaan

 Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu.


 Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan.

 Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang satu

 kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan


kanan.

 Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).


2) Fasa Perlaksanaan

 Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di


hadapan
 bahu lengan yang membuat servis.

 Memindah berat badan dari belakang ke hadapan.

 Menghayun lengan yang membuat servis seperti seperti aksi


membaling

 bola.

 Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola.

 Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan

 putar depan

3) Fasa ikut lajak

 Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan.

 Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Servis bawah tangan

Gambarajah menunjukkan lakuan servis bawah.


1) Fasa Permulaan

 Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu.

 Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan

 kanan (right handed server).

 Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan.

 Bengkokkan sedikit lutut.

 Badan menghadap ke hadapan.

 Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan

sebelah kanan badan.

 Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang.

2) Fasa Perlaksanaan

 Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit.

 Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan

 Tangan akan memukul bola tersebut (striking hand).

 Semasa bola dilambungkan tangan yang membuat servis di tarik kebelakang


mengikut pergerakkan buah bandul jam

 Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan

akan dipindahkan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan.

 Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian


bawah tangan, tapak tangan atau buku lima).

 Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus.

3) Fasa Ikut Lajak

 Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan.

 Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola.

 Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.

menghadang

Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang rejaman oleh pihak lawan. Hadangan yang
berkesan akan menyebabkan bolamati dalam gelanggang pihak yang membuat rejaman.

Cara-cara Menghadang
a) Menolak kedua-dua belah kaki, tangan diluruskan ke atas

b) Bahagian lengan dan tapak tangan


condong ke sebelah pihak lawan

Monday, May 4, 2009

Merejam
Kemahiran merejam digunakan oleh pemain serangan untuk mendapatkan
skor atau mata dengan membuat pukulan smesyi (smash) ke dalam gelanggang pihak lawan. Anda perlu
bersedia berdiri berdekatan jaring dan menghadap ke arah bola yang akan dihantar oleh rakan
sepasukan anda. Semasa bola mula menjunam turun, anda perlu melompat tinggi ke udara dan
menghayunkan tangan anda ke atas untuk memukul bola masuk ke dalam gelanggang pihak lawan.
Pergerakan ini samalah seperti smesyi dalam permainan badminton. Mata akan diperolehi seandainya
bola tidak dapat ditangkis oleh pemain pasukan lawan

dan berjaya menjejaki ke lantai dalam gelanggang.

Anda mungkin juga menyukai